Penat x leh nak ckp. Hari sebelum bertolak tu, aku masih di Huangzhao, China. Sampai rumah dah malam. Pagi esoknya kul 11pg, dah kena terbang ke Surabaya. Rasa mcm kebingungan pun ada. Berada di 3 zon masa berlainan dlm tempoh 2 hari 1 malam. Nasib baik aku masih ada tenaga utk conduct training tu. Klu xde pun terpaksa la paksa diri.
Di Surabaya, aku stay di Hotel Sheraton, sebelah ngan Tunjangan Plaza. Tengah2 kota Surabaya. Cantik jugak la bandar ni. Cuma dari segi kebersihan dan keadaan lalu lintas agak kurang sket banding KL.
Sheraton Surabaya Hotel |
Sampai di Juanda Airport, mcm bese ada driver hotel tunggu sambil pegang sepanduk tertulis nama aku. Ikut la dia ke kete. Kat sini org2 dia ske pakai kete MPV. Tak tau la sb anak ramai ke pe.
Dlm perjalanan ke hotel, bapak driver tu excited dok citer pasal sejarah2 kat kota Surabaya tu especially klu lalu depan monumen2. Ada satu moumen tu bentuk ikan dan buaya. Katanya, sejarah Surabaya ada kaitan dgn monumen tu. "Sura" tu maknanya ikan. "Baya" tu maknanya buaya. Dulu depa ni bergaduh. Pastu aku lupa dah peristiwa yg dia citer.......last2 derang namakan kota tu dgn nama "Surabaya".hihiihihi..sonok gak aku dgr citer dia.Mcm atuk2 citer kat cucu pun ye.
Dia tya gak keadaan kat KL. Dia x penah ke luar Indonesia.Ongkos mahal katanya. Aku citer la sket2 psl KL. Dr cara dia ckp, aku bleh agak seolah2 org indon pandang Malaysia lebih ke depan berbanding negara sendiri. Bagi aku, ntah la.. x sempat plak aku nak compare2 hehehe..
Sampai di hotel, aku terus check in. Mcm bese, aku review slides sepintas lalu nak make sure aku tak hilang fokus. Esok pagi, aku pegi dgn driver yg dah diatur oleh company. Naik la kete dia. User pun ada skali. Training kali ni dibuat kat plant, not the main office. Mak aiihhh..jauh bebenor plant nya..ada yg sampai terlelap dah dlm kete tu. Aku plak asik dok menengok pemandangan sekeliling. Ada something yg unik kat indon ni. Org leh menjaja sesuka hati even kat traffic light jalan raya. Dipikulnya barang yg nak dijual tu sambil menunjuk2 mengetok2 cermin tingkap kenderaan. Boleh ekk camtu?? hmm..
Training tu berlangsung di main board room derang. As i said, audience datang dr pelbagai level. Tak heran ada sesetgh tu x leh ckp bahasa inggeris. Disebabkan dia tau aku org Malaysia dan boleh berkomunikasi dlm bahasa melayu yg lbh krg indon tu, dia pun ckp la bahasa indonesia. Tapi presentation aku tetap dlm english. Aku x biasa present dlm event camtu dlm bhs melayu.
Sesi tu memang memenatkan berbanding kat Bangkok dl. Derang mcm susah nak faham and byk tak tau. Aku faham, ada yg baru join company and baru buat SAP but i didn't expect derang se'blur' camtu. Setiap bende tya. Drag sampai kul 5.30ptg. Dah gelap time tu. Lepas habis tu, derang belanja makan kat luar. Kat mana tah aku lupa. Sempat la aku abadikan gambar makan bersama derang :-)
Keesokan paginya,aku bersiap2 and check out. Lepas breakfast, driver hotel hantar aku ke Juanda Airport. Lega...akhirnya dah nak balik Malaysia. Benarlah kata orang, hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri. Sejauh mana kita melangkah, negara sendiri jugak yg dirindui. I miss my dear sweetheart, Balqis!
No comments:
Post a Comment