Tuesday, April 2, 2013

They say : Kelantan After Dark


Semenjak issue yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan; New Sunday Times dan TV3 beberapa hari lepas, jiwa dan fikiranku sedikit kacau. Berbaur rasa dihati. Marah,sedih,kesian..semuanya bercampur baur. Aku marah dengan kelantangan tuduhan yang menjatuhkan maruah setiap anak negeriku, aku sedih dengan setiap fitnah tanpa fakta jelas dan kukuh, aku kesian dengan kesungguhan yang sebenarnya menampakkan kebodohan setiap mereka. Kudiamkan diri seribu bahasa,tidak sedikit pun mengulas atau meluah..namun,atas dasar kejujuran dan tanggungjawabku utk membela negeriku yang dirobek maruahnya,maka aku coretkan isi hatiku di sini..

Yes, I was born in Kelantan. I grew up in an average family in Kota Bharu. Until now i always proud and bless to be born as Kelantanese. We are different. Until i entered a University in KL, i never put my feet in Cinema. Why? Because there is no Cinema in Kelantan. I never knew how a Disco looks like. Why? Because there is no Disco in Kelantan. I never see any wine or beer bottle. Why? None of them in public market. Only non-muslim restaurant can sell them and they can only sell them to non-muslim. I never knew how a live concert looks like. Why? Because in Kelantan, state government never approve any concerts. I know all of these things after i step into campus life in KL.

You think i will have a culture shock??? NO. Because in Kelantan, pendidikan agama sangat diutamakan. Bermula dari peringkat pentadbiran negeri sehingga ke peringkat persekolahan kanak-kanak. Sentiasa ada majlis2 ilmu terutama pada hari Jumaat. Alhamdulillah atas didikan begitu jugalah yang membuatkan aku tau membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Even until now selepas berumah tangga dan mempunyai 2 cahaya mata, aku tidak pernah sesekali menjejakkan kaki ke mana2 konsert,disco,kelab dan sebagainya. Bagiku, tempat begitulah yang boleh menjerumuskan manusia ke arah kelalaian dan kehancuran.

Sebagai anak Kelantan, kami juga kuat dengan semangat jati diri yang mana mereka menamakannya "semangat kenegerian". Kebanyakkan mereka tidak sukakannya padahal bagiku, semangat jati diri inilah yang patut ada dalam diri setiap warga Malaysia. Dengan semangat inilah kami berdiri teguh dibelakang satu sama lain. Apabila seorang dari kami dihina, yang lain akan bangkit membela. Jika seorang dari kami disakiti, yang lain akan berdiri melindungi. Apabila seorang dari kami memerlukan pertolongan, yang lain akan segera menghulurkan bantuan. Dan semua itu tanpa mengenal warna kulit, bangsa dan keturunan. Kami semua bercakap dalam hanya 1 bahasa iaitu bahasa dialek Kelantan :-) Inilah yang tidak aku temui sepanjang bergelar perantau di negeri orang. Mereka tidak sama. Dan aku sentiasa merindui waktu2 untuk pulang ke negeri tumpah darahku.

Kenapa kami begitu? Kerana kami sentiasa dipinggirkan dan dianak-tirikan. Maka jika tidak menongkat sesama sendiri, akan robohlah kami. Jika tidak bersandar satu sama lain, pada siapa lagi harus kami menumpang? Inilah faktor yang memudahkan jati diri dibentuk di kalangan kami.

Sebenarnya ini bukan pertama kali aku mendengar cemuhan dari mereka yang membenci anak negeri Kelantan. Sudah berkali-kali malah pernah juga ianya keluar dari mulut rakanku sendiri. Bagiku, mereka hanyalah insan yang diberi kekurangan dari segi pemikiran dan penilaian oleh Allah swt. Sekali sekala terdetik di hati, mungkinkah mereka menbenci kami atas faktor pengaruh politik? Kerana antara mereka yang aku dengar mengutuk negeri dan rakyat negeriku adalah dari sebuah parti yang memerintah seantero Malaya. Kalau itu sebabnya mereka membenci dan menabur fitnah, maka abaikanlah wahai rakyat kelantan. Mereka tak lain tak bukan hanyalah manusia dungu yang berhujah tidak menggunakan akal dan tidak berlandaskan ajaran islam. Hanya doa yang mampu kita panjatkan semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka.

Kepada NST dan TV3, jika benar bagai dikata..maka dengan rendah dirinya saya sebagai salah seorang anak Kelantan memohon agar diberi bukti dan fakta yang jelas berkenaan gejala pelacuran dan sebagainya di negeri kami. Ini untuk memudahkan pihak berkuasa negeri mengambil tindakan sewajarnya kepada individu terlibat. Untuk makluman semua, kerajaan Kelantan tidak pernah mengeluarkan atau mengiktiraf mana2 lesen pusat2 hiburan, pelacuran, judi dan sebagainya.Berbeza dengan negeri lain yang mempunyai istilah judi haram dan judi berlesen, pusat hiburan haram dan berlesen, dan sebagainya. Bagi negeri kami, tidak ada istilah BERLESEN untuk kegiatan seperti ini.

Jika apa yang dikatakan itu adalah fitnah untuk kepentingan tertentu semata2, saya doakan semoga apa yang difitnah dan dikatakan itu akan dibalikkan oleh Allah kepada individu atau keluarga individu itu sendiri. Semoga mereka beroleh pengajaran yang berguna kelak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... -----LINK WITHIN-------- -----TIK TOK TIK TOK-----

-----TIK TOK TIK TOK----- -----WELCOME TO MY BLOG-----

-----WELCOME TO MY BLOG-----