Thursday, July 14, 2011

Memori Universiti Kebangsaan Malaysia : 1st Year

Tamat matrikulasi, bermulalah diari baru dlm hidup aku bergelar mahasiswi universiti. Betapa sonok aku dpt masuk UKM. Dah la dpt course aku mintak. Actually sampai ke alam kampus pun aku x tau nak jadi ape..yg pasti, time pilih course tu aku nak course yg plg pendek, bila keje nnt x kena pakai uniform, x keje dlm kilang atau tempat panas, yg kena pakai ala2 sofistikated, berurusan secara multinasional dan tempat keje pun sofistikated.Klu bleh aku nak keje dlm KLCC tp aku xnak amik course engineering sb lama sgt.So aku pilih ler komputer..Maka dapat la yg tu..

Mgu orientasi mmg membosankan. Part best cuma tang kena wat persembahan masa hari penutup orientasi tu jerk.Aku amik bahagian dlm pementasan teater. Dapat la 4 ke 5 kerat dialog..leh tahan gak le blakon ni ye. Mcm dok dlm dunia len.Menjiwai watak la katakan..haha! Asalnya saja cuba2 test power buat persembahan pentas utk penutup minggu orientasi tp lama2 rasa mcm suke plak. Lepas habis minggu orientasi ada pertandingan pekan teater universiti. Setiap kolej kediaman kena anta satu kumpulan teater utk ambil bahagian wat persembahan. Aku pun pe lg, masuk arr. Pegang watak nenek. Jalan citer penuhnya aku dah lupa. Tp secara ringkasnya teater kolej aku tu pasal anak derhaka dan ada kes dera sket la.Meleleh airmata audience yg tgk. Bajet dpt arr nombor tp huh!hampeh..Alasannya props yg digunakan x meyakinkan, byk kelemahan. Mmg xde chance la aku nak dpt pelakon wanita terbaik..wakaka!penat je aku mekap burok2 mcm tua, wat sore nenek,jalan bongkok2..

First year tu mmg aku agak baik ler...maklum freshies..Tapi disebabkan 'baik' tu la aku tertipu dek senior2. Kononnya suruh join kelab Xtreme C beramai-ramai sb mencabar dan byk aktiviti lasak. Ye le, mmg ada aktiviti berkhemah. Tapi ada agenda tersembunyi. Malam hari pertama perkhemahan tu, derang buat sesi brainwash daa...ini politik Universiti punya kess...tp yg aku nampak, politik universiti mencerminkan politik dunia sebenar kat luar tu. Aku puji jugak la derang ni yek, pandai buat helah. Promo kelab lasak, buat aktiviti perkhemahan kat luar, buat persembahan mlm tu pastu terus selit dgn ceramah2 utk brainwash budak2 hingusan yg baru kenal alam kampus nih. Ada yg x kisah, ada yg memihak dan ada yg menyampah and rasa tertipu. Aku antara sorang dlm kategori ketiga yg aku sebut td. Aku pekakkan tinga je sb tujuan aku masuk dan datang perkhemahan ni nak enjoy bukan nak berpolitik. Aku x minat politik dan aku xnak terlibat langsung. That's not me. Aku ingatkan bende ni habis kat sini jer. Rupanya bila dah balik kolej, sambung plak ngan aktiviti2 politikus kat kolej. Rupa2nya sb dah dekat pilihanraya universiti.

Baruku tahu rupanya kelab Xtreme C ni ditubuhkan sebagai 'kaki kanan' salah satu parti kat universiti and kolej ni. Cara gerakan kononnya underground berpayungkan kelab lasak kolej. Ahli2nya especially budak2 1st year dikerah utk menjaga kawasan asrama masing2 utk menghalang parti lawan menyebarkan fliers yg dikatakan sbg 'fitnah lawan'.Kena wat giliran sampai kul 4pg. Giler! Mula2 mmg aku ikutkan sb x bape nak faham lg tp aku mmg xnak yg tang kena bgn pagi2 buta kul 2 3 pg semata2 nak ronda kawasan.Ada sorang ni beria2 tul sampai bawak batang besi tuu pi ronda. Keje bodo.. Pastu ada lak mamat senior sekor ni mcm nak ngurat aku la plak. Kul 12mlm ajak aku turun ke bilik gerakan. Ada le senior2 pompuan len gak kat situ, ajk tertinggi. Igtkan ape, rupanya nak tunjuk dia men gitar kat aku.cett!hampeh..aku tido lg bagus.Penah skali siap join aku training basketball. Berlagak pandai tp skali aku drive and shoot,terus terdiam dia. Beberapa kali gak la dia cuba cari peluang tp bila aku asyik berdaleh, kata aku mcm2 plak, jual mahal la, perasan bagus la itu ini. Aku rs mamat ni sewel sket la. Sib bek hati aku keras.

Sampai time pilihanraya, aku tersempak ngan tutor kat kawasan kolej. Rupanya dia ni antara calon yg bertanding utk parti lawan. Dia student master rupanya. Mmg baik orgnya, tudung labuh, cakap pun sopan tp lantang. Aku borak la ngan dia jap.Maklumla tutor pun pengajar jugak. Layak dihormati anak murid, x kira la dia student master ke pe. Tgh2 borak ni tiba2 sorang senior laki dtg cuba halau dia. Pastu siap halang aku borak ngan tutor tu. Pehal ni?? Tutor tu soh aku ikut je. Tp sblm tu dia sempat pass satu kertas tertulis nombor undian utk calon parti dia kat aku. Then senior td ajak la aku duduk kat kerusi batu kat tepi kwsn parking kolej tu jap.Pe lg,soal selidik le ape yg aku borak ngan org tu td. Aku pun explain lerr..'Dia tu tutor aku. Ajar subjek pengaturcaraan. X salah rsnya sekadar nak borak ngan tutor. Kena hormat sket sb dia tu kira mcm cikgu aku ler'. Aku sorokkan kertas yg dibagi tutor tu td kat aku.Nombor2 genap adalah calon dari parti lawan. Nombor2 ganjil adalah calon dari parti pro derang.Dalam hati, aku akan undi sesiapa yg aku rs ada karakter sbg pemimpin utk mewakili suara2 siswa-siswi.Bukan sekadar yg hanya gilakan pangkat dan jawatan.Tak kira dia parti mana skali pun. Jiwa aku bebas dan aku x suke terikat dgn mana2 peraturan atau undang2 remeh buatan manusia!

Derang ckp,klu undi calon lawan, akan dibuang kolej utk 2nd year nnt. Terpaksa cari rumah sewa kat luar. Kecuali kalau merit tinggi. Ok, so aku akan pastikan merit aku tinggi and i will set up my own strong base kat kolej tu so that pengaruh aku kat kolej tu cukup kuat utk tidak dibuang.kihkihkih...they want a game, i give them a game.Let's see what can you do and will i do.. itu le antara yg terdetik dlm hati aku masa tu.

Lepas campak kertas undi, aku balik ke asrama. Kat lobi tu tersempak la ngan sorang member ni. Dia pun jenis otai gak tp ms tu dia mcm cemas sket. Katanya dia terkeliru nombor genap and ganjil. Mana satu utk pihak mana. Dia pi pangkah sme genap.Mcm nak nangis aku tgk sb takut kena buang kolej.hahaha! 'Wei, ko takut pehal? Aku ada cara utk ko stay dlm kolej. Jgn risau..' hehhee.. sejak dari tu, dia salah sorang yg plg awal jadi geng aku.Akademik, aku maintain so that result nnt org xleh pertikai sgt.Xde le meletop tp bleh le utk kumpul merit stay dlm kolej. Sukan, aku wakil kolej dlm basketball. Kebudayaan, aku wakil kolej dlm teater dan tarian.Kokurikulum, aku aktif PBSM,siap ada jawatan lagi.Dalam karnival kolej pun aku amik bahagian. Dlm setiap bende tu aku heret sama member aku tu td. Betapa sibuknya sampaikan pengetua and jawatankuasa kolej pun dah kenal kitorg. Alhamdulillah.. akhirnya utk 2nd year,nama kitorg tersenarai dlm pelajar yg kekal di kolej..

Wednesday, July 13, 2011

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Tahun 2002..first time aku jejak kaki ke laman Kolej Matrikulasi Kuala Pilah... aku dah tak suka. Dah bleh rasa dah aura sengsara untuk hari hari seterusnya kat sini. Aku rasa sekolah aku dl dah cukup besar dah, rupanya kat sini lagi besar!Mata aku melilau mencari kot2 ada yang aku kenal. Mana la tau dari sekolah sama. Sebelum pendaftaran aku dah bertanya khabar geng2 sekolah sape lg yg dapat sama tempat ngan aku. Ada le 2 3 tp tak nampak batang idung pun masa pendaftaran tu. Lepas dpt nombor bilik, blok, level sme, maka angkut la aku beg2 pakaian, baldi dan kelengkapan2 lain. Mak aihhh.. tingkat 4 tuuu...dah la xde lif. Jenuh nak ngangkut. Sib bek ayah ada. Tapi at least aku dpt blok A1, dekat ngan dewan utama, cafe pun depan tangga je. Klu dpt blok C, perrhh..nun jauh di atas bukit sana. Xleh nak bayang kena ulang alik ke dewan utama sepanjang orientasi. Bukan setakat orientasi,nak gi dewan kuliah pun nanti jauh amat.. Cafe x kisah la sb setiap cluster mmg dah ada cafe masing2.

Sampai kat bilik, fuuhhh betapa leganya aku, ada room-mate dr sekolah sama cuma kat sekolah x geng. Tp arrghh peduli ape, itu zaman sekolah punya citer. Skang matrik, kat negeri orang plak tu. Mana yg kenal aku rembat wat geng..utk permulaan ni.hehe.. Tgh sonok2 berkenalan dgn roomates (1 bilik 4 org), tiba-tiba.. Adlina!!! Rupanya geng aku kat skolah dl! woohoooo!! betapa sonoknya aku akhirnya jupe gak geng lama, dah la depan bilik lak tu. Baru le semangat sket aku nak blajo kat situ.. Dah ada member cani xde la aku cuak sgt nak berjauhan ngan family. 1st time dok asrama niiii..

Seminggu berlalu, tamat la minggu orientasi..pastu sibuk la plak dgn pilihanraya JPP. Best gak nengok derang ni berdebat dok ngangkat diri masing2. Tapi aku peduli apa, bukannya aku kenal derang tuh. Org suruh turun pangkah, aku pun turun le pangkah.Tp tgk gak le nak pangkah pun..kena pilih yg skema2,baik2..bukan dak otai cam aku ni. Kang hancus lak kolej tu kang..

Makin lama aku bertapa menuntut ilmu kat kolej tu, makin pandai aku memilih 'geng' hehhee.. pangai lama dah datang balik dah..selain belajar ilmu sains biologi, aku belajar gak cara2 'fly' (aku rs budak2 yg penah dok asrama konpem tau istilah ni). Byk jugak lubang2 yg leh digunakan terutama kat belakang bukit blok A4. Nak menyusur bawah longkang besar bleh, nak lompat pagar dawai bleh ataupun yg lagi senang, malaun mana yg dah siap2 potong pagar dawai tu buat lobang hahaha! tima kasih le ye... memudahkan keje aku. Masa test jalan fly tu aku and da geng siap amik foto tuuu wat kenangan. Mana la tau kot esok2 masing2 dah berkeluarga, bawa haluan sendiri..tiba2 teringat waktu2 'bertanduk'..leh gak tersenyum lebar sorang2..macam aku skang ni ha.. :) Dek kerana gambar tu jugak la aku kantoi ngan Puan Bibi, lecturer bio masa kelas tutorial. Tgh syok belek2 album,dia datang jenguk. Sib bek le Pn Bibi ni sporting gak. Dia tersengih jerk tgk gambar aku fly tuh. Tp sempat la dia bg sebijik 'nampak muka cam baik tapi mcm ni rupanya..'

Yang membuatkan kitorg berkobar2 nak fly tu bukannya pe.. kat matrik dl mmg ada time outing tp masalahnya kena pakai uniform...cett!hampeh..wat malu arr dah besar panjang pun nak beruniform lg. Pastu balik xleh lebih dr kul 6ptg. Sib bek aku pandai kautim ngan mak gad and pak gad tuh. Lama2 mak gad ngan pak gad tu pun mcm dah jadi sekutu aku hahaha!! Maka aku abadikan jugak sekeping gambar ngan mak gad yg baik hati itu...

Ponteng kelas mmg still ada lg tp skali dua je le sb masa belajar kat matrik ni singkat, setahun je.. sukatan byk. Aku xnak le miss byk sgt, penat nak ngejor nnt. Dah le istilah bio pun mcm dah makin merapu tah hape2, berbelit lidah aku nak nyebut, belum lagi tang ngeja.Sape ler yg bg nama bende2 alah tu..xleh ke bagi nama yg senang nak igt senang nak eja sket??

Masa berlalu... baru setengah tahun kat situ, blok A1 terutama budak2 aras 4 dah terkenal ke seluruh pelosok matrik tuh. Paling byk kelentong, plg byk wat hal, tp result, most of us dpt result baik.Siap ada top scorer lg (bkn aku lerrr.aku belajar utk lepas ke next level jerk haha). Nak kata x study, result ok. Ye la kitorg blaja cuma bese le byk selingan.Baru best hidup ni penuh warna warni..Warden nak marah pun xbyk point sgt nak hentam.Cuma dia teeeerrus je bebel setiap kali kitorg wat pangai atau naik nama kat management.Tak sme yg mcm kitorg tp bilangan derang tu bape lah sgt banding yg jenis mcm aku nih.Tapi derang x kisah wpun slalu terpaksa tadah telinga time warden bebel asalkan time derang ada kemusykilan nak tya psl subjek pape,kitorg tolong..

Penah skali, kitorg wat birthday party utk sorg geng ni.Bergegar satu blok tu.Asalnya makan2 cam bese, masuk time potong kek, elok2 je kek tu di agihkan,piuuuttt melayang krim kek tepat hala kat aku, sib bek aku sempat ngelak,kecepukkk kena member. Huh apa lg, berdetak berdentum ler meriam krim melayang sana sini.Setiap kali birthday party, mmg dajal la jadinya. Dari bawah leh dgr gegak gempita suara memekik,lari dari hujung ke hujung wing. Last2, ketua blok (yg jugak JPP) naik ke atas.Nampak muka yg comot2 dgn krim sme, agaknya dia pun tergamam. Dia just lalu sambil tgk jerk. Agaknya cuak pun ada tu sb kitorg pun keliling dok nengok dia.hahaha!! Dia turun camtu je x kuar sepatah pun dari mulut. Byk gak aksi yg kitorg abadikan dlm gambar tp xleh lerr nak upload kat sini sb aurat mesti dijaga.

Lepas dari peristiwa tu, ada ler ceramah hape tah kat dewan utama.. Dalam ceramah sorang ustaz kolej ni, ada le plak menyebut alkisah aktiviti menyambut hari lahir. Kitorg sme wat muke poyo cam xde pe yg blaku. Tp yg peliknya warden x bebel sgt pasal birthday party tu.Agaknya dia pun dah penat bebel kot..sian plak dia..tp tu la,nak wat cane..tabiat.. :D

Aku kesian gak ngan HEP tu(aku lupa apa nama dia n post dia kat situ). Pagi2 perhimpunan, xde bende len nak bersyarah.Fly, rokok di asrama laki, berdua-duaan(ni satu bende yg mmg aku x layan.aku otai mana leh jiwang2..lembik arr beb),samseng kolej( yg plg glamer.. Komeng!) Aku terfikir gak, klu xde bende2 ni sme, pe lg yg dia nak bawak sbg topik perhimpunan?? Agaknya nasyid byk2 sket, ceramah pendek motivasi diri, akhlak mulia..aihhh alamat meleleh la air liur basi aku kat perhimpunan tu kihkihkih..

Wpun slalu gak blok A1 ni naik nama sb masalah disiplin, tp slalu gak harum sb top scorer pun dari A1, ramai yg CGPA tinggi pun dari A1, sukan pun menang. Mmg A1 glamer masa tu especially aras 4. A1 siap ada peminat tuu..ada sorang dak aras 2 tu siap ckp, best arr korang...aku tingin nak dok aras 4 ngan korang.Hmm dia xtau yg kitorg ni slalu dok ngeluh kena panjat tangga tah bape kali sehari. Turun makan kenyang2 kat cafe bawah, baru je sampai bilik, nasi dah pun separuh hadam.. Dak2 blok len plak slalu gak bertenggek kat cafe A1. Derang ckp makanan kat cafe cluster A paling best.

Dalam byk2 kisah gila2 ni, cam bese ada gak selingan citer hantu..Paling femes hantu makcik karipap. Aku rs makcik karipap ni dah pegi ke seluruh matrik di Malaysia nih.Mana2 dak matrik yg penah aku jupe pun mesti ada citer hantu makcik karipap. Slalu jual karipap dia kat budak2 yg study lewat mlm. Tp sepanjang aku study lewat dl, x penah plak dia ketuk tingkap jual karipap kat aku. Agaknya level aku tu dah slalu huru hara, dia pun cuak nak naik berniaga hahahaha! Aku mmg jenis x layan sgt bende2 tahyul camni.Cuma..ada satu hari tu, kebetulan kitorg satu bilik sme tido awal. Esoknya tu, sorg roomate aku ni citer. Budak2 depan bilik kitorg tu tya, pehal yg kitorg gelak sakan smlm. Dah pukul 12mlm tp riuh bukan men lg.Gulpp!smlm tu belum kul 11mlm sme org dlm bilik tu dah dibuai mimpi dah pun. Pe lg, member aku tu pun sarankan la kitorg sme baca yasiin mlm tu. Hmm..klu aku jadi budak bilik depan tu, dah lama aku ketuk pintu tya pehal gelak riuh ni.Ade pape yg best ke?? Haa nnt baru betul2 konfem yg bunyi gelak tu dr bilik kitorg ke bilik len.

Citer2 hantu ni sme aku leh tahan lagi. Yg aku plg x tahan, bila xde air. Terpaksa la angkut dari pili bomba kat bawah.Perhh masak weii ulang alik ngankut baldi air dari bawah ke tingkat 4. Bergetar ganglion aku. Neurotransmitter aku pun agaknya lelah dok passing mesej ke sendi2. Bukan sekali dua xde air. Slalu jugak la sampaikan penah skali, arahan dikuarkan supaya balik cuti hujung minggu sb masalah air dah kritikal!

Pejam celik pejam celik..dah sampai ke penghujung.Alhamdulillah dlm huru hara dok buat hal saban hari,dapat jugak aku result yg melayakkan aku ke menara gading. Sedih nak tinggalkan matrik tu. Wpun setahun tp byk kenangan yg dihimpun. Tah bila plak dapat jumpa derang ni sme. Lepas ni, masing2 akan mengikuti kursus pengajian di universiti dan kolej yg akan menentukan hala tuju kerjaya masa depan. Bermakna,klu kita berjumpa sekali lagi pun, mgkin keadaan dah berbeza.Apa pun, hidup mesti diteruskan. The journey of life will never ends until the final breath..

Tuesday, July 12, 2011

Nostalgia Zaman Sekolah

For some people, school time is a golden time especially secondary school. So do i. Aku bukanlah budak skema, baik, jalan tunduk kepala.. nak kata pandai pun,stakat suam2 kuku boleh la haha!

Mana taknya, orang lain pegi sekolah belajar betul2.Kepala sibuk pikir buku la, latihan la, gerak gempur la itu ini. Aku pegi sekolah sibuk pikir arini cikgu ada mesyuarat tak? Cikgu masuk kelas tak? Ada apa2 event tak? Bukan pe..supaya tak perlu nak duduk diam dlm kelas ngadap papan hitam!

Klu ada cikgu2 yg jenis suke bercerita, aku and da geng suke heret citer tu panjang2. Sedar2 loceng dah bunyi. Habis waktu.. selalu yg kena mcm ni ustazah bahasa arab tingkatan 2;Ustazah Has(bukan nama sebenar). hehehhhehehe...

Bosan2 fly ikut pagar kantin. Kena plak makcik kantin sporting. Penat la cikgu dok bersyarah kat perhimpunan pasal ponteng keluar ikut pagar kantin..kesian plak.

Tu ok lagi..at least jejak gak kaki ke sekolah. Kdg2 time malas giler, mula la aku mencari alasan utk tak pegi sekolah terus. Macam2 alasan aku bagi tp plg senang dapat "approval" kalau ada perhimpunan kat sekolah.

Antara alasan standard yang selalu aku pakai :
1. thobor(perhimpunan) tu lama. 2-3 jam.dari pagi sampai waktu rehat.
2. lepas waktu rehat tu besenya cikgu byk x masuk kelas..
3. kdg2 cikgu ada update meeting lepas thobor tu.lama sampai x sempat masuk kelas lepas rehat tu..

Conclusion yg bese aku bg:
1. baik dok rumah ulang kaji pelajaran :D
2. wat penat je gi skolah klu cikgu x masuk kelas
3. thobor lama sgt,nak pengsan rasa.x elok utk kesihatan.

Bila ada game badminton antara sekolah or daerah.. slalu la ada latihan wpun belum habis waktu kelas. Time tu mmg aku seronok nak gi sekolah sb byk x masuk kelas. Kena dok di court, praktis!hehe..

Satu lagi klu latihan taekwondo terpaksa wat extra training lepas habis waktu kelas. Konfem aku  semangat pegi sekolah masa ni. Tak sabar tunggu habis waktu kelas. Nak pegi training taekwondo! Ada tournament.

Hehehee.. mmg kepala berjambul tul la time tu..

Penah skali aku lupa salin sirah. Slalu cikgu x cek,tp time aku tak salin tu la time dia nak cek..adoii.. pe lagi, berdiri la kat luar kelas sampai habis satu masa!perrhh leh tahan gak arr lenguhnye setengah jam berdiri xde buat ape. Budak2 kelas sbelah plak sibuk dok intai2 mcm tak penah tengok org berdiri.korek bijik mata tu kang baru tau!

Lepas PMR, alhamdulillah..dalam tunggang langgang aku belajar sambil buat hal,dpt jugak result yg membolehkan aku masuk kelas sains. Konon insaf. Boleh lerr utk 2 3 minggu.Pastu kepala aku bertanduk balik..haha! bukan stakat ponteng skolah tp gerak gempur pun aku ponteng! Rupanya separuh kelas x datang time tu. Naik la nama kelas di perhimpunan.. Kena panggil masuk badan disiplin(BD). Berpeluh aku kelentong cikgu disiplin tu.haha!

Aku respect cikgu kelas aku time tuh.Wpun kitorang dah conteng arang ke muka dia tp dia maintain cool..Siap ckp tu benda biasa.Dia dl zaman skolah pun penah kena jalan itik keliling padang.Dah tu puji plak kelompok aku yg kat blakang kelas nih,suke tolong menolong each other wpun nakal. Sb dia tgk kitorg dok pass2 jawapan bila ada yg kena soal sejarah tp x dpt jawapan betul.Fuhh!sejak dari tu aku bertekad mcm2 mana pun aku mesti dpt A1 sejarah SPM sbg hadiah utk cikgu! Alhamdulillah jadi kenyataan..for u cikgu!

Peliknya wpun nama aku slalu gak terpampang dlm bilik BD tu, derang nak gak pilih aku jadi pengawas. Tersalah org ke pe wallahua'lam.. Dah jd pengawas tu pe lg,memanipulasikan jawatan lerr haha!

Klu jaga gate,org dtg lambat aku saman 50sen.klu aku lambat,selamber je aku pecut motor laju2 lepas pagar skolah.Xsempat derang nak tahan aku.kehkehkeh..

Time wat spot check plak, wat2 x nampak je liquid klu yg member2 punya. Kesian plak nak rampas and amik nama. Lgpun klu rampas kang aku jugak yg xleh nak pinjam liquid!

Skolah tu pun satu,liquid pun nak berkira. Dah kena tulis ngan pen,mmg la kena pakai liquid klu salah tulis. Pakai pemadam kang terkoyak plak buku sb pemadam pen tu bukan mcm pemadam pensil,sng nak padam.

Macam2 hal lg aku buat sementara nak sampai ke exam SPM tu.Pegi kem motivasi, org dok ceramah kat depan kita bukak forum kat belakang,siap ada twisties lg tuuu. Pegi ceramah agama,org dok ceramah kat depan aku dok wat senaman kat blakang. Pegi qiamullail,org bangun pagi2 buta berebut mandi amik air smayg,aku dok wat taik mata lagi..

Tapi alhamdulillah aku still waras lagi utk pastikan result SPM aku x ler merudum sampai x dpt sambung blajo..dapat gak masuk Matrik Kuala Pilah....

Monday, July 11, 2011

The journey of life will never ends until the final breath..

Hello..

I may not knowing all of my readers but i might have something that can cheer up everyone's life. I never thought that one day i will end up writting in blog. I'm a mother for a beautiful little daughter, a wife and also a career woman with lots of stuffs to do everyday.

As a Consultant, i'm meeting up with so many great people around the world, handling so many headache issues in business daily operations world wide, being a key person in con-calls and sometimes it requires me to be onsite. This fantastic job has brought me to many countries in the world which once i never imagine i could reach. They sent me to Shanghai, Yokohama, Osaka, Surabaya, Bangkok and i'm not sure where else would be my next destination.

Long time ago, i was just an ordinary student in a primary and secondary school. Nothing special, plus i was not among the top in school. It was always up and down for me and mostly i was just at average level. My family is also just an ordinary family. My father is a teacher and my mother was a clerk in a government agency. We did not live in lavishness like some people did. That doesn't matter for me because i knew that i'm very lucky to have such a happy family.

Entering matriculation colleague and university with an average achievement, i was very lucky. I have a dream but i was not that too straight by just focusing on study without enjoying the campus life. Still i was quite a bad one with title 'brutal' given by my faculty's Dean. Even colleague's Principal also knew me very well. Yes, a woman biker whose crashed in an accident which caused an open fracture on her right leg. That has stopped me from being a motobiker.

End up with a bachelor degree scroll and came out with a fresh graduate status was another sweetest thing ever happened in my journey. One question which i think could be a question for most of graduate students; what's next??

Welcome to the real world! Now we have to decide our own path and step forward with our very own legs. Family and friends can just watch with full of hope but we are the one who control the steering. Button has been passed to us as our parents are heading to the end of the career journey. After supporting for a long time since our first breath until we hold a scroll, it is now our time to support them until their final breath..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... -----LINK WITHIN-------- -----TIK TOK TIK TOK-----

-----TIK TOK TIK TOK----- -----WELCOME TO MY BLOG-----

-----WELCOME TO MY BLOG-----