Tuesday, August 9, 2011

SAP Training in Shanghai,China

Seminggu selepas balik dari Surabaya, aku terbang plak ke Shanghai,China. Tujuan sama, SAP Training. Aku pgl siri training sbg Training Tour.Kali ni berbeza sket suasananya. Sme users yg terlibat dari seluruh Greater China berkumpul di Shanghai office utk join training ni. Dlm senarai ada lbh krg 100 lebih. Buat kat conference hall (mcm lecture hall bentuknya), siap ada video cam lg utk rakam. Alasan, so that derang leh buat jadi rujukan in future.

Aku sampai di Pudong International Airport. Kuar je gate, dah ada org tunggu dgn sepanduk nama aku. Terus aku ikut pakcik driver tu ke kete. Suhu masa tu dlm sekitar 14'C. Sejuk tp leh tahan lg la x pakai baju tebal.

Sampai di perkarangan Parkyard Hotel, pintu kereta dibuka utk aku. Terus check in and masuk bilik. Nak cuci badan mcm malas sb sejukkkkk sgt. Tp x selesa plak..cucilah jugak.Lgpun kan ada heater. Lepas siap sme, mcm bese review slides dl sat. Nak amik mood. Maklum la audience nnt dlm 100 org wpun aku konfiden mesti less punya.


Lobby - Parkyard Hotel
Esoknya, aku mintak hotel dapatkan teksi utk ke office. Aku bg alamat yg dah siap2 tulis dlm bhs mandarin kat driver tu. Kat cina ni pun x ramai yg leh ckp bhs inggeris.Lbh krg Jepun je. Aku rs maybe sb kerajaan dia amalkan dasar tertutup. So perkembangan dari segi sosial tu x seberapa wpun negara dah maju. Ceewaah berfalsafah plak rs!hehehe..

Sampai office, aku tya le kat customer service, kat mana dewan utk SAP Training. Tak paham la plakkkk..... xleh ckp omputih rupanya..adusss.. Aku pun duduk je kat seat yg disediakan. Tiba2 ada sorg pompuan sampai and bila nampak aku, dia terus tegur aku, "Are you SAP trainer?". Aku ckp, "Yes".

Dia pun bawak la aku ke work station dia dl. Dia bg pas office satu kat aku so that senang the next days aku nak datang x payah lg sign buku attendance kat pondok guard. Maklumla training ni 4 hari. China training ni plg lama dlm siri tour tu, 5hari 4mlm.

Dah dekat kul 9pg,aku dibawa ke conference hall. IT admin tolong setupkan aku punya laptop, projector and microphone. 1st day mmg sesi aku sorang. Member aku lg 2 org akan sampai mlm tu. Esok sesi derang berdua. Aku free esok tp kena datang jugak la sb kot2 ada soalan inter-related.


Session aku...

Santai je..

Audience
Hari ke-3, ada separate session utk 3 modules tu. Kali ni terus aku masuk system,senang sket la. Pastu sesi soal jawab. Sempat la aku settlekan dua tiga issue yg simple2. Malam tu kitorg kuar makan kat restoren arab skali ngan 2 org Manager client.Derang la yg cari restoren tu sb dah tau aku muslim. Ada certain makanan xleh makan. So mlm tu derang belanja..hehehe..

Hari ke 4 tu plg dinanti. Tak sabar aku nak habiskan training ni. Malam nnt kitorg dah plan nak gi jenjalan kat Wai Tan Lake. On the way ke situ, singgah beli makanan yg makcik ni jual kat tepi hotel. Aku tak to pe nama mknan ni tp yg penting aku tau halal sb aku amik yg telur je and dia masak depan aku.


Kitorang melantak sambil jalan ke train station. Nak pegi nek train. Satu haram pun aku tak paham ape yg ditulis kat ticket. Sme dlm mandarin. Sib bek pegi ngan member chinese. Yeayyy!! let's go to Wai Tan Lake!! Derang ckp kat situ plg best. Ada mercu tanda kota Shanghai. Bangunan2 kat situ pun cantik2. Pemandangan mmg cantik cuma masa tu nak start musim sejuk, kat situ lebih sejuk la.Dah nama pun dekat tasik.Suhu aku rasa dlm 9'C - 11'C kot.


Cantik bangunan2 ni.. waktu malam tp disuluh spotlight oren. So nice! Pe lagi, abadikan la dlm gambar hehehhe...


Unik van yg pakcik ni pakai wat berniaga kat situ

Puas merayau-rayau kat Wai Tan Lake, kaki pun dah lenguh, kitorang pun balik la ke hotel. Sblm balik sempat la aku rembat sourvenir sket wat kenangan. Bese la, fridge magnet benda wajib klu travel mana2. Sampai hotel, terus cuci2 sme, packing and tido! kepenatan weh..

Esok pagi amik transport hotel ke Pudong International Airport..
Malaysia!!! Here i come back!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... -----LINK WITHIN-------- -----TIK TOK TIK TOK-----

-----TIK TOK TIK TOK----- -----WELCOME TO MY BLOG-----

-----WELCOME TO MY BLOG-----