Tuesday, August 2, 2011

Memori Universiti Kebangsaan Malaysia : Hospital Kajang

Bila bukak mata, aku dah terbaring atas jalan tp xde org kerumun plak. Penglihatan aku kabur jap. Kepala aku terus cuba mengingat apa yg berlaku dan yg penting cuba igt balik apa yg aku dah study. Risau takut ilmu yg aku dah study tu tercampak kuar jugak masa kepala aku hentam blakang lori tu. Alhamdulillah igt lg.. Motor aku dah hanco, kemik and terbaring atas kaki kiri aku. Perlahan-lahan aku tarik kaki kiri dr bwh motor. Pastu kaki kanan plak tp rasa mcm kebas teruk xleh nak gerak padahal kaki kiri aku yg kena himpit motor, badan aku sakit2. Masa tarik tu tiba2 betis aku mcm jatuh ke bawah, aku dgr mcm bunyi gigi dikacip. Serentak dgn itu....perrhhhhhhhhhhh sakit gilerrrrrr!! Satu badan rasa sakit yg teramat, kaki kanan tu xyah ckp arr.Rasa mcm hancur! Pedih, panas.Muka aku rasa mcm parah sebelah.Aku raba2 muka kot2 ada darah tp xde plak.

Sekejap lepas tu, ada sorang mamat motor ni baik hati tolong. Dia tya aku leh bangun ke tak. Aku geleng! Muka aku berkerut tahan sakit.Aku tgk motor aku dah hanco bahagian depan.Ooonnnooo!!moto aku!!Punya la aku jaga baiikkk punya, gilap tiap2 hari..adussss sudah hanco..

Mamat moto tu pegi ketuk cermin driver lori. Agaknya besar sgt sampai x terasa ada org hentam dia kat blakang. Driver tu india. Pastu mamat tu mintak tolong driver tu anta aku pi hospital kajang. Dia ikut dari blakang.

Naik je lori tu, driver tu tya aku dok mana. Aku cakap UKM. Pastu tekak aku terasa perit sgt dahaga, mata aku kabur...ngantuk..rupanya aku pengsan! Sedar2 je doktor tgh tolak aku ke wad kecemasan. Kepala rasa pening. Nurse yg tolak stretcher tu betau, aku kat hospital. Accident. Aku pun cuba la imbas balik apa yg blaku. Mula2 tu mcm bingung jerk.Mcm dok dlm fantasi pun ye.Haa betul la aku pegi tiket pastu accident.

Sementara tunggu doktor datang, mamat motor td datang sebelah aku. Dia pesan kat aku, klu doktor tya dia sape, ckp saudara aku sb tadi dia betau doktor dia saudara aku. Wallet ngan kunci moto dia pegang. Aku x kenal pun mamat nih, ada rasa was2 gak bila dia simpan wallet and kunci. Tapi memandangkan aku pun xde sape2 lg yg teman waktu tu, aku tawakkal je la bg dia simpan.

Doktor datang nak wat rawatan kecemasan, mamat tu blah. Dia ckp nnt dia datang melawat and bagi barang2 aku tu skali.

Doktor tya aku boleh igt apa2 tak, aku angguk. Agaknya dia nak test, dia tya nama aku. "Adlina". Pastu dia soh aku tgk jari dia and cakap berapa jari yg dia tunjuk tu. "2".Pastu dia soh aku tgk ikut pergerakan jari dia ke kiri ke kana. Aku ikut le. Dia tya lagi, aku accident ngan ape.Aku ckp la lori.Pastu dia tya no fon rumah aku. Aku xnak betau. Aku ckp, x payah la.

Pastu doktor tu sambung keje dia.Dia potong seluar aku sampai kat bahagian peha.Aduss..dah la seluar kesayangan aku.Dia ckp nak suruh cabut pun payah sb tulang tersembul kat luar. Wat??!! tulang keluar??? Aku x tgk masa dia wat rawatan kat kaki tu. X larat! Pastu dia cakap ni nak kena operate sb nak betulkan tulang tu. Aduiiii...masalah masalah..Pastu dia tya lg no fon rumah sb dia ckp kena betau parents pasal nak operate ni. Aku pun bg la.

Alamak... habis la risau mak ayah aku.Dah la nurse tu pi cakap aku accident ngan lori. Weii,mmg la ngan lori tp ko x tya aku mcm mana aku accident tu, Aku pi langgar blakang lori yg berenti traffic light merah! Kan x serius sgt bunyinyer tuu..adehhh la. Siap ckp, aku dah sedar ni. waduh waduhhh..mesti derang igt aku kena teruk giler...

Lepas siap doktor tu cuci kaki aku, nurse pun tolak aku ke wad. Kejap kemudian, sepupu aku yg dok UIA datang. Dia org 1st datang.Aku rs mak aku dah call sedara2 yg kat KL ni pi tgk dl kot.. Kmdn sepupu aku yg dok kajang dtg. Tepon dia berbunyi. Mak aku yg call. Pastu dia pass fon tu kat aku. Menangis-nangis suara mak aku dihujung talian. Suara aku perlahan antara kuar ngan tak sb kesan dari sakit yg amat di kaki dan seluruh badan. Mak aku ckp, dia dah beli tiket flight mlm tu. Dia ngan ayah nak dtg. Aku pesan kat mak aku, nnt tolong amikkan buku2 aku kat kolej, nak study..exam.Ambik aku kena marah. Dlm keadaan camni leh pikir buku lg.
Di sebabkan kes aku ni open fracture, operation kena buat dgn segera sb takut ada jangkitan bakteria plak kat tulang yg terdedah tu. Muka aku rs pedih lg, susah rasa nak bukak mulut. Sepupu aku ckp, muka aku biru sebelah.Bengkak. Aku rs mesti kesan terhantuk kat bontot lori tu. Pastu nurse tolak aku masuk ke bilik X-Ray. Kena le x-ray kepala and kaki. Dah siap, dia tolak balik masuk wad.

Belum sempat mak ayah aku sampai, nurse dah datang bawak operation cap soh aku pakai. Dlm setengah jam kmdn, aku ditolak menuju ke bilik OT. Lepas bius, pandanganku terus gelap...................

Mataku rasa berair. Serentak dgn itu rasa sakit yg amat2 kat kaki kanan yg patah tu. Sampai aku konfius, aku sedar masa org tgh operate ke pe??? sakit Allah saja yg tau. Nurse yg dok kat sebelah panggil nama aku 2 kali. Aku pusing tgk dia. Xleh nak bersuara dah.Tgh menahan sakit yg melampau.Lg sakit dr sblm operate!

Bila tgk aku dah ada response, dia pun tolak aku keluar bilik pra-OT. Kat luar rupanya dah penuh sanak sedara aku yg menunggu. Mak ayah aku pun ada. Mak aku panggil aku masa strecher melintas depan dia. Aku cuma mampu memandang.

Sampai di wad, mak ayah and beberapa sepupu aku datang tgk. Lepas sepupu sme dah balik, ayah aku cium dahi. First time sejak sekian lama. Aku pun x igt bila last skali ayah aku cium aku. Agaknya itulah yg dpt dizahirkan kasih sayang dan rasa syukur seorang ayah apabila anaknya selamat dlm kemalangan. Aku terharu. Mak aku mengusap-usap rambut aku. Pastu aku muntah,habis sme nasi kerabu yg aku makan tgh hari td. Ye la, patutnya nak operate kena puasa tp dah kecemasan camtu mana leh tunggu.

3 hari aku terlantar kat wad di Hospital Kajang tu. Ramai gak kawan2 yg datang melawat. Pengetua kolej kediaman aku pun datang dgn JPP UKM. Terima kasih sme, kedatangan korang mengurangkan sket beban sakit yg aku tanggung masa tu. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada kedua ibu bapa ku sb bertungkus-lumus selesaikan urusan dan memaklumkan kejadian pd pihak universiti. Alhamdulillah sme berjalan lancar dan aku diberi kebenaran utk tangguhkan exam ke waktu cuti semester tu. Terima kasih sekali kepada kedua ibu bapaku yg sentiasa berada di sisi menjaga makan, pakai dan kesihatan aku sampai la bleh berjalan dan meneruskan kehidupan mcm bese balik.. Jasa yg tak mungkin dapat aku balas di dunia mahupun akhirat adalah jasa kedua IBU BAPA ku..

1 comment:

  1. Amazing & informative. Saya suka membacanya, anda seorang penulis hebat. Teruskan kerja-kerja indah.
    best online florist in Malaysia


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... -----LINK WITHIN-------- -----TIK TOK TIK TOK-----

-----TIK TOK TIK TOK----- -----WELCOME TO MY BLOG-----

-----WELCOME TO MY BLOG-----