Tuesday, November 15, 2011

Pengenalan SAP - Golongan SAP

Aku tergerak hati utk buat posting ni disebabkan ramai gak member2 yg tya pasal SAP. Apa bende SAP ni? Apa keje2 org SAP ni? Klu aku nak buat SAP jugak macam mana? macam2 persoalan yg aku penah hadapi. Ada juga yg mempersoalkan bayaran yg diterima oleh seorang SAP Consultant yg dikatakan agak tinggi berbanding market keje dlm sesetengah bidang2 lain. Kebanyakan yg bertanya adalah mereka yg berlatar belakangkan IT dan Komputer, ada jugak dari Customer Service.

SAP ni secara umumnya ialah satu software yg digunakan syarikat2 korporat untuk menjalankan aktiviti harian perniagaan mereka. Satu benda yg aku nak tekankan kat sini, when we talk about SAP, we talk about business, not IT,Computer,Network,platform,server or what so ever. Klu org yg dari bidang IT atau Computer, if you want to do SAP, you have to put your computer 'minded' away, close all your computer books. Dah tak pakai and tak relevan dah. Dalam SAP, lagi byk bisnes proses yg kita tahu, lagi byk bisnes proses yg kita boleh mapkan dlm SAP, lg bernilai la kita kat pasaran. Nothing to do with program and so on. Just business processes. Kalau still tebal dgn pemikiran komputer,IT,customer service dan sbgnya, to me..you are not ready to do SAP and better you stay at where you are now. Sb klu paksa masuk SAP pun tak ke mana jadinya nnt. SAP tak semudah yg disangka. Aku penah ada junior drpd customer service yg nak convert ke line SAP. 2 tahun buat SAP,ada org guide one by one, bagi documentation lengkap, bagi buat on job support dan sbgnya, tp skill dia still flat... and when the company closed, it's very hard for her to get a new job sampai aku nasihatkan dia, klu ada job opp utk customer service ke service desk ke pe, accept it coz you are very good in that field.

So utk masuk SAP, buat la persediaan minda ke arah business orientation.  Ok berbalik kpd SAP, ia sbnrnya 1 jenis product yg dah sedia ada. Kita(Company) cuma beli/jadi partner then implement product tu based on our business needs. Bukan bermakna kita kena develop system,letak coding bagai.. function sme dah ada, cuma perlukan kemahiran kita utk mapkan every function, data and so on supaya bleh cater each of kita pya business process. Lagi persoalan disini, jadi macam mana product SAP tu boleh wujud?Siapa yg buat? Ada 3 golongan dalam SAP, pertama - SAP provider, kedua-SAP Consultant, ketiga-SAP user. Provider is secara asasnya bkn lah dari Malaysia.Product ni asalnya dari German. Derang lah pioneer tp dah ada branch kat seluruh dunia termasuklah Malaysia. Kat sini kita ada satu organization yg bertindak sebagai provider which is SAP Malaysia. Keje derang ni utk lakukan semakan berkala ke atas function2 SAP standard,support utk sebarang permasalahan yg disebabkan oleh bugs dlm SAP standard,sediakan SAP notes dan mungkin juga test new version. Bagi yg terlibat dgn aktiviti support, dealing with clients and trouble shoot SAP standard functions ni, mereka juga adalah dipanggil sbg SAP Consultant cuma mereka berada dlm golongan provider. Cuma yg terlibat secara tak langsung spt tester, QA dan sbgnya, mereka tidaklah dipanggil SAP Consultant sebaliknya hanyalah executive atau QA biasa shj.SAP ni ada byk version, dari awal hinggalah latest SAP ECC6. Klu tak silap dah nak launch new version ataupun mungkin dah launch tp luar pengetahuan aku; which is SAP ECC7.

Teringat ada seorang kawan pernah beritahu saya bhw kawan dia bekerja sbg SAP Tester. Berdasarkan pengalaman aku selama 5thn dlm SAP Consulting, tidak pernah ada 1 jawatan yg dinamakan SAP Tester. Dalam dunia SAP Consultation, cuma ada 2 jenis; SAP Technical Consultant atau SAP Functional Consultant. Memang dlm project SAP,ada peringkat User Acceptance Test(UAT) tp test di sini bukanlah bermaksud test system, tapi kita lebih kepada test business processes. Test bg org IT atau Computer kemungkinan berbeza maksud drp SAP. 'Test' mereka ialah utk memastikan system xde defect,error dan sbgnya. Tapi 'test' dlm project SAP bermaksud, test business process tu samada boleh complete the whole process atau tidak, integration part ok ke tidak, ada impact dlm module lain ke tidak, data and config betul ke tidak.Jauh bezanya.. Kemungkinan SAP Tester di sini adalah merujuk kpd mereka yg terlibat dgn SAP provider. Mereka mungkin memerlukan seseorg utk test sesuatu SAP version especially new version sblm released. Ini sbnrnya sama saja dgn tugas seorang QA.Cuma mungkin diberi nama khas 'SAP Tester' disebabkan ia memerlukan pengetahuan khusus iaitu SAP.

SAP Consultant plak, org yg consult,implement and support SAP system utk companies yg melanggan dan menggunakan SAP. Golongan ni lah yg plg byk demand dlm market. Kat universiti,SAP mmg tak diajar dan bukan lah salah satu course ataupun subject kecuali Universiti Teknologi Petronas.Tu pun cuma cover ABAP programming. Dalam SAP ada 2 jenis area secara umumnya iaitu Functional dan Technical. Functional ialah Consultant yg terlibat dgn modul2 menjurus ke arah core bisnes dan berada di barisan depan(foreground) yg akan berurusan secara langsung dgn client seperti MM,PP,SD,QM,PM,PS dan FICO. Technical pula ialah utk Consultant yg terlibat dgn background system dan mainly berurusan dgn functional consultant seperti Basis, ABAP dan EDI. Tak dinafikan SAP pun ada programming tp bukan programming biasa yg boleh didapati secara open source,kursus2 oleh badan2 bebas dan sebagainya. ABAP ialah salah satu modul teknikal dalam SAP dan cara aplikasinya dari segi teknikal agak sama dgn apa yg dilakukan programmer lain iaitu menulis aturcara komputer. Tetapi secara pemahaman dan implementasinya adalah berbeza kerana ia memerlukan pengaturcaranya memahami function2 SAP dan juga bisnes proses. Kalau tak, memang susah utk communicate dgn functional consultant dan memberikan hasil spt yg dispesifikasikan. Disebabkan kesukaran mendapatkan org yg betul2 boleh memahami, mengimplement dan trouble shoot SAP ni lah,maka harga utk seorg SAP Consultant especially functional adalah agak tinggi.Kenapa functional lebih tinggi berbanding teknikal? Sebab functional memerlukan kemahiran dlm pelbagai business process yg selalunya berbeza2 dlm organisasi berbeza. Cabaran adalah lebih tinggi utk functional kerana perlu berdepan dgn pelbagai business process yg diutarakan oleh client disamping perlu berdepan dgn client dari pelbagai level; dari CEO, management atasan sehinggalah end user.Manakala utk teknikal, benda adalah sama dan mereka cuma perlu berurusan dgn functional consultant.

Ketiga ialah SAP user. Golongan ini sebenarnya bknlah org yg terlibat secara langsung dgn SAP. Mereka mempunyai nama jawatan sendiri dlm organisasi tetapi kerja harian memerlukan mereka menggunakan SAP system. Sbg cth, purchasing executive.Tugasnya ialah utk membuat order,memantau delivery dan menganalisa report. Akan tetapi semuanya dilakukan melalui SAP system.Secara tidak langsung mereka digelar sebagai SAP user.

Secara kesimpulannya, jika anda berhasrat untuk terlibat dgn SAP, bagi saya anda sebenarnya merujuk kpd SAP Consultant. Yang lain2nya bukanlah secara khusus utk SAP dan kurang pengalaman dari segi skills berbanding yg terlibat dlm Consultation. Ada juga yg bertanya, adakah jika saya mengikuti kursus utk mendapatkan sijil professional SAP maka saya akan boleh menceburi bidang SAP sbg SAP Consultant? Jawapannya TIDAK! Certification itu adalah cuma sbg value added. Yang plg diutamakan oleh interviewer utk menilai seseorg Consultant ialah pengalaman bekerja dlm bidang ini,business process yg diketahui dan juga skill sets yg ada termasuklah project implementation cycle.Jika anda hanya memiliki cert tp zero experience, lupakan saja kerana application sebegini biasanya akan ditolak mentah2 oleh interviewer terutama dlm multinasional and international company. Kalau ingin mencuba nasib juga, saya cadangkan pergilah kepada end user company which is the title may not be a Consultant tp executive or lain2 jawatan yg disediakan dlm organisasi tersebut. Dgn kata lainnya, bukan terlibat dgn SAP secara langsung.

Itulah serba sedikit berkaitan dgn latar belakang org yg bekerja dan terlibat dgn SAP dari segi pengertian SAP itu sendiri.Akan kita bincangkan konsep asas dan pengenalan kepada sistem aplikasi SAP dalam post saya yang berikutnya. Nantikan......

Tuesday, November 1, 2011

Remove certain gambar

Salam sme...halluuuu...

Klu anda perasan, sy telah remove beberapa gambar yg terlalu obvious dlm beberapa post2 sblmnya. Bkn apa, utk keselamatan selepas terdapat beberapa insiden yg dialami sdiri oleh keluarga terdekat. Di facebook, sy bleh ketatkan kawalan security melalui function2 yg disediakan tp di blog, agak susah sket sb xde function2 yg mcm tu. So blog ni akan jadi bende yg terlalu umum.

Sebagai langkah keselamatan awal, sy remove beberapa gambar yg dirasakan perlu diremove.Tapi tak mengapa, words pun sudah memadai utk menyampaikan message dan cerita.

Sekian.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... -----LINK WITHIN-------- -----TIK TOK TIK TOK-----

-----TIK TOK TIK TOK----- -----WELCOME TO MY BLOG-----

-----WELCOME TO MY BLOG-----