Wednesday, September 26, 2012

Episod luka Balqis..

Hari isnin baru ni, Balqis jatuh dalam toilet. Licin..
Dia memang suka mandi,pantang tengok mummy or bibik dia masuk toilet dia pun mesti nak masuk. Mandi dan berendam dlm bath tub adik dia. So happen that after dinner,bibik baru lepas siap kemas2 meja and nak mandi.. Balqis yang tengah khusyuk main kat depan tv ni terus berlari ke toilet. Diketuk2nya pintu toilet kuat2 sampai bibik bukak. Dah puas berendam dalam bath tub baby tu,dia pun kuar tunggu depan pintu toilet. Bibik pusing nak amik air smayang. Tanpa disedari, Balqis berlari masuk balik dlm toilet. Haa...time tu la.. pshiuuuukkkk...gedepop! jatuh! kepala terantuk kat curve pintu toilet.Tajam ler.. Aku yang tengah pangku Sarah kat luar ni, terus letak dan berlari ke dapur bila dengar dia menangis. Dia ni jenis tak mudah menangis kalau jatuh ke pe..menangis tu means mmg sakit la tu.

Aku tengok bibik tengah gosok2 kepala sambil pujuk2 dia. Tengok je aku masuk dapur, dia terus tunjuk isyarat tangan "NO". Tak bagi aku sentuh kepala dia. Tapi aku paksa nak tengok jugak. Memula tak perasan luka and darah. Tetiba ternampak warna merah kat belakang badan dalam sepanjang 3 atau 4cm. Igtkan ichy ke pe,skali dia menitik-nitik. Aku terus dapatkan Balqis and paksa tengok lagi skali kepala dia. Allahuakbar!! kepala berdarah! Aku terus angkat dia ke depan,tunjuk kat daddy dia. Takde bende lain dah dlm kepala aku selain dari bawak dia ke hospital!

Malam tu jugak aku call ING mintak bagi GL ke Ampang Puteri. Bila doktor cuci, nampak la luka dia yg sbenar. Luka tak dalam dan tak panjang, dalam 1cm je.So tak perlu jahit. Cuma letak medical gum je. Tak boleh kena air for 3days and don't let her scratch. Normally when it's about to heal, dia akan rasa ich. So make sure dia tak scratch. Haih.. scratch tu maybe ok la tp yg xleh kena air tu jenuh plak la nak berkonfrantasi ngn dia nanti.

Minggu sebelum tu jatuh kat tangga. pipi bawah mata kiri terantuk kat bucu tangga. Lebam biru kat situ ada lagi berbaki, dahhhh kena yg ni plak. Nasib baik doktor tak kata penderaan.Adoii la..

Ones' are right, 3yrs old is the year of surprises!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... -----LINK WITHIN-------- -----TIK TOK TIK TOK-----

-----TIK TOK TIK TOK----- -----WELCOME TO MY BLOG-----

-----WELCOME TO MY BLOG-----