Friday, September 23, 2011

Balqis @ 2 years 9 months - Improve reading

Ni video terbaru Balqis pada usianya 2 tahun 9 bulan. Balqis dah improve pembacaan dan mampu membaca ayat2 yg lebih advance. Alhamdulillah..

Thursday, September 22, 2011

Aidilfitri 2011

Seperti tahun2 sebelumnya, aku beraya di dua2 belah family; Husband aku Johor dan aku Kelantan. Cuma bezanya belah mana dulu. Kitorang ikut giliran. Tahun ni giliran Johor dl. Kitorg balik awal sket sb nak merasa puasa ngan family Johor. Ngan family Kelantan dah balik cuti mgu sebelum tu. Mmg slalu camni. Klu raya belah Kelantan dl pun, mcm tu la jugak. So ari sabtu 27.08. tu kitorg bertolak dari KL. Singgah Subang jap amik adik ipar kat Taylor College. Dia tgh wat persediaan utk gi US tajaan Bank Negara.

Sehari sebelum raya tu sempat lg aku ngan adik ipar yg doktor tu buat kuih raya. Kitorg buat tart nenas. Inti dia tu mak buat. Aku tukang picit doh,adik ipar aku tukang letak inti and gulung. 3 adunan tuuuu...perrhhh leh tahan la sakit blakang. Doh ada lg suku, aku ckp kat adik ipar aku, "adehhh..kak ina dah nak habis bateri dah ni". Dia gelak, sib bek ada dia. Bagi semangat utk aku teruskan picit doh sampai habis!

Ari raya pertama, pagi2 lepas sarapan lontong and lodeh,kitorg gi smayg kat masjid UTM(aku lupa plak nama masjid tu).Husband aku ckp,mmg tiap2 tahun smayg raya kat situ. Dari dia sekolah lg. Senang sb ayah dah biasa, dia lecturer kat UTM tu. Jadi aku ikut tradisi jer. Lepas smayg, sesi fotografi :-)


 
 

Selesai sesi fotografi di sekitar UTM, kitorg semua balik la berehat kat rumah dl. Makan2 biskut, borak2... lepas tu tibalah sesi bermaaf-maafan. Mak ngan ayah dok atas kerusi, anak2 amik giliran utk bersalam-salaman and bagi2 angpau. Balqis pun tak ketinggalan bersalaman dgn atuk, nenek, aunties and uncles. Dapat angpau!

Biasanya lepas tu kitorang akan berangkat ke kampung belah mak di Kg Melayu Majdi.Tapi tahun ni lewat sket berangkat sebab salah sorang adik iparku baru beberapa hari bersalin. Kesian plak nak tinggal lama2 berdua ngan husband dia je. Lepas zohor baru kami bertolak.

Sebelum bertolak tu sempat lagi aku layan main ngan Balqis and snap beberapa foto..

Kat rumah Nyang, dah tak ramai. Kebanyakkan orang datang beraya pagi. Yang ada cuma keluarga 2 org adik mak. Lepas layan kitorang makan, derang semua kuar pegi beraya rumah kawan yg sakit, kat mana tah. Kitorang tak pegi, yang pegi makcik2 and mak je. Layan la citer Puaka Niyang Rapik kat tv sat. Petang baru derang balik. Lepas derang balik, kitorang semua pun siap-siap la nak balik rumah.

Raya kedua tu, mak buat open house tp utk sedara2 terdekat je. Meriah jugak walaupun tak berapa ramai. Petang tu aku kena bergerak balik ke Kelantan utk beraya kat sana plak tapi kitorg stop bermalam kat Kuantan. Esoknya baru sambung perjalanan ke Kelantan. Jauh sgt, tak larat nak duduk dalam kereta 12 jam terus ke Kelantan. Husband aku pya plan sebenarnya nak bergerak dlm kul 5ptg tp sb tetamu ada lagi, last2 bergerak dlm kul 7mlm.

Hari Raya ke 4, parents aku wat open house. Jemput semua sedara, jiran2 and rakan2. Meriah betul! Balqis pun punya la seronok bermain ngan sepupu2 dia sampai 2 kali tukar baju. Berpeluh!   Sebelah pagi sblm tetamu datang, husband aku pegi beraya rumah salah sorang ahli AOC(Alphard Owner Club), Dr Syukri kat Jalan Hospital. Balqis and adik bongsu aku ikut skali. 

Lepas beraya rumah Dr Syukri, derang pun balik la. Kat rumah, tetamu dah start datang berperingkat. Aku tak menang tangan melayan, angkat makanan dan minuman, bersalaman dan bagi2 angpau kat budak2. Penat terasa tapi seronok tak terkata. Setahun sekali je dpt jumpe semua.

 Malam keesokkannya iaitu raya ke 5, selepas solat maghrib kami semua memakai pakaian warna tema tahun ni; Gold utk amik gambar family. Ruang yg digunakan mestilah guest hall sb besar sket dan lebih cantik utk photo potret keluarga. Then ada la sket ruang2 lain yg diambil as well as free style photo :-) Yg free style ni adik2 laki aku la nak.

Hari isnin 5 sept, kitorg bertolak balik ke KL. Untuk elak jem, kitorg lalu ikut Terengganu guna LPT. Highway tu tak siap sepenuhnya lagi, dijangka tahun depan siap dan dibuak secra rasmi tapi boleh la klu nak lalu separuh. Dibukak sementara khusus utk perayaan aildilfitri. Dalam pukul 9.30mlm, kitorg semua selamat sampai ke rumah..

Best betul beraya di kampung. Semoga berjumpa lagi Ramadhan dan Aidilfitri tahun hadapan :-)

Tuesday, September 20, 2011

Learning method used for Balqis

Hari ni aku rasa tergerak hati nak berkongsi bahan2 pembelajaran yg aku gunakan utk mengajar Balqis. Aku bukan lah pakar ilmu atau kanak2 yang kaya dengan pengetahuan, teori dan sebagainya. Aku cuma seorang ibu yg mencuba logik fikiran sendiri utk mengajar anak membaca dan mengira lebih cepat berbanding usianya.


Siri CD Your Baby Can Read
Pada peringkat awal, masa dia berumur lebih kurang 14-16bulan, aku belikan flash card alphabet dan nombor as well as CD "Your Baby Can Read - Starter". Aku mulakan dgn alphabet dulu.Disebabkan sibuk dengan urusan kerja pada waktu siang, aku mintak bibik pasangkan CD "Your Baby Can Read - Starter" tu berulang2 kecuali masa nak masuk waktu solat zohor atau asar. Masa tu stop, pasang zikir Indahnya Iman di channel Oasis.Balqis suka dengar dan aku tak nak dia hilang minat kat zikir2 tu plak nnt.

Pada waktu malam plak, aku ajarkan flashcard alphabet. Tiap2 hari jadual Balqis mcm tu. Naluri budak mmg ada ketikanya dia lari dan bosan utk duduk belajar lama2. Bila dia mula beralih perhatian pada mainan lain, aku ikutkan saja. Lepas tu aku tarik balik perhatian ke arah flashcard. Sehinggalah habis sampai Z. Caranya mudah, aku ambil satu persatu flashcard dan cuma tanya soalan sama


Flashcards
"Balqis, what is this?" , aku jawab "this is A. A for apple".

Aku tanya aku yg jawab sb dia belum tau dan belum boleh bercakap. Aku ulang lagi flashcard lain plak

"Balqis, what is this?" , aku jawab "This is B. B for butterfly"

Begitulah seterusnya sampai Z.

Satu malam, entah kenapa aku terasa mcm yakin anakku Balqis dah mengenal alphabet2 tu sme. Jadi aku buatkan satu game. Aku letak 3 flashcards secara rawak dan aku suruh dia tunjukkan alphabet yang aku sebut.

"Balqis, can you tell me which one is C? C for Cap." Surprisingly dia amik flashcard C dan bagi pada aku.
Aku cuba lg yg lain. Pun tepat jugak. Sampai la semua alphabet dah habis aku cuba dan semuanya betul! Gembira tak terkata..dalam hati aku bersyukur. Aku berjaya buat dia kenal alphabet pada usia 1 tahun 4 bulan.

Kemudian aku mulakan yg nombor, color dan shape Aku gunakan kaedah yang sama. Alhamdulillah sebulan selepas tu, semua dia dah kenal. Lepas sebulan, aku suruh bibik pasang CD Your Baby Can Read volume 1. Dua bulan kemudian, volume 2 dan seterusnya. Ujian aku lakukan berperingkat. Lepas mengenal A-Z, 1-20,shape and color, aku uji plak dgn perkataan. Seperti yg anda boleh saksikan dalam post saya yg terdahulu, video yg saya kongsikan menunjukkan Balqis berjaya membaca perkataan2 yg saya tulis dgn betul.Selepas berjaya dgn perkataan, aku uji pula dgn ayat2 ringkas dan senang disebut. Alhamdulillah pada usia 2 tahun 4 bulan, Balqis dah boleh membaca ayat2 mudah.

Kini aku dalam proses mengembangkan lagi pembacaannya dan Balqis juga sudah tahu membaca kiraan matematik. "1 + 1 = 2". Dia akan baca "One plus one equals to two". Sekarang dalam peringkat pembacaan, insyaAllah aku akan ajarkan kaedah mengira pula nnt.

Semoga apa yg saya kongsikan ini dapat memberi sedikit idea dan membantu pembelajaran anak2 anda semua juga. Sama-sama kita berkongsi benda yg baik, mudah-mudahan diberikan ganjaran oleh Allah swt. Amiin..

Friday, September 16, 2011

WANTED!!!!!!!! Have anyone seen these 2 DEVILS????


MR ANDRE PANG KOK FEI(CEO of Diagonal Consulting Sdn Bhd) and MR HENRY TAN(CFO of Diagonal Consulting Sdn Bhd)
WANTED!!! If anyone seen these 2 devils please report to the nearest police station! And if happen that these devils apply to work in your company or organization, please kick their ass out of the door coz they’ll cease your operations with immediate effect without proper notice and procedure!

These are the 2 monkeys that ran away (suspected to run with company's money and asset) and declared that Diagonal Consulting Sdn Bhd had ceased operations with immediate effect, September 12 2011 via email sent to emplyees' personal mail on September 11 2011. They have not follow the proper procedure of business termination as stated under Companies Commission of Malaysia rules and guidelines. Subsequently they have breached the Companies Act 1965(Act 125) and Companies Regulations 1966.

We have lodged a police report and as this is a civil case, we're planning to appoint a lawyer to settle our compensation and rights. Their names have been blacklisted in the industries.

I wonder where they are now?? Don't tell me they're having fun at Hawaii beach with the money!! Bloody stupid monkeys!

Lesson learnt - You'll know it's time to move when many people left, no new staffs coming in, keep hiring freshies(much cheaper),terminate or freeze contractors, changing server to local,seldomly update company's status,group of outsiders coming in and out having discussion with CEO and CFO,keep on telling employees "we're doing fine" , "more projects coming in"... which actually..BULLSHITS!!

Wednesday, September 14, 2011

September 11, 2011

It's a unique date to me. This is the date where a big disaster once happened in US, and now after 10 years, the disaster repeated but to our company. Today, Diagonal Consulting Sdn Bhd was just a memory to all of employees who once serving for the company's businesses and clients. Shocking came when we check our personal mailbox on Sunday Sept 11, where CEO's email received informing that company ceased operations with immediate effect. Bigger shock came on Monday Sept 12 where the CEO and CFO were uncontactable and to be believed ran away with company's asset and cash.

Thanks and congratulation to all of us for being together and supporting each other. Diagonal was a beautiful place where it was full of joy, place to share happiness and pain and it was a place where we've built a strong relationship between each other. That day, we proved everything. Some of us already signed offer from other company but yet unhappy and postpone the start date just to stand with the rest, share the feeling, help them finding other jobs and of course to find justice! Some others were liaising with investor to absorb Diagonal's employees into their company. Even we know their main intention is to get Diagonal's clients to continue business with them, it was not a big matter as long as all of us guaranteed for job with better package.

Monday Sept 12.. i suppose to come to office to submit my resignation letter but this thing happened. It's no longer needed and by right i should be happy because at least i've already got other job with another MNC company from Denmark. Unfortunately no, i was not happy. I have many great friends there which i don't know what would happen to them next. How could i be happy??

Then few arrangements has been done with investors and we've been targeted by head hunters and other companies which looking for SAP Consultants. Our phones were kept on ringing and we're very busy answering their calls and emails. I felt like there're more options and offers after this thing happened compared to when we're still under a company :-) At the end we're confused and don't know which one to choose. Now i'm happy because i know there are so many opportunities for all of them. I myself also consider other offers even i've already got one :-)

As for the CEO and CFO case, we've lodged a police report, appointed a lawyer and referred the case to responsible ministry dept. We're working as a team to get these two bloody stupid monkeys down!

Now i'm free. Very free..first time i have time like this since graduated! :-) Let’s enjoy and fully utilize this free time!!!! I’ll busy and headache with work again starting this coming Oct.....huhuhu..

Balqis @ 2 years 4 months - Read short essay

Video ni di ambil masa Balqis umo 2 thn 4 bln. Dah 4 bulan berlalu..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah..Balqis dah boleh baca simple short essay. Aku tulis sendiri essay ni dgn menggabungkan perkataan2 yg dia dah belajar and kata2 penghubung utk jadikan satu ayat.

Thursday, September 8, 2011

Balqis @ 2 years 2 months - Improve learning!

Video ni yg lama jugak..dah post dlm FB tp baru skang nak post dlm blog.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masa ni Balqis umo 2 yrs 2 mths. Aku dah start develop dia nyer knowledge from reading simple words and recognizing numbers and shapes kpd Iqra' plak.

Alhamdulillah Balqis jenis yg senang catch up. Ajar skali dua dah leh igt. Paling senang nak ajar is huruf baris atas and depan. Baris bawah tu memula dia mcm terkonfius ngan baris atas. Skang ni dia dah bleh baca simple sentence.

Lepas dah confident, aku wat test utk sme start dari reading, numbers sampai iqra'. Inilah hasilnya...

Balqis @ 1 year 11 months - Read simple words

Video ni pun dah lama aku upload dlm FB. Cuma baru nak update dlm blog. Alang2 dah masuk blog, aku coretkan sket narration..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada usia 1 thn 11 bulan, Balqis dah boleh membaca simple words. Aku masih teruskan penggunaan CD Your Baby Can Read cuma aku kembangkan sket vocab dia. Alhamdulillah dia bleh ikut..

Mcm bese, lepas confident ngan learning session dia, aku buat test. Aku tulis perkataan2 atas drawing pad and aku soh dia baca. Alhamdulillah dia lulus test tu.. :-)

Dalam hati,aku bersyukur dan berdoa agar sme ni berterusan, Allah berikan aku kekuatan utk aku terus mendidik anakku wpun dlm masa yg terhad dan Balqis lebih maju hari demi hari..

Masa umo dia camni jugaklah dia start suke ikut mummy and daddy dia smayg berjemaah. Aku belum belikan telekung smayg utk dia tp cuma menggalakkan dia utk berdiri sbelah aku dan smayg sama2. Mmg xkan cukup rakaat bila dia smayg. Paling lama leh tahan pun 2 rakaat lepas tu ntah kemana dah... tp xpelah,sekurang2nya dia ada minat. Biasalah, bukan mudah nak suruh budak sekecil tu ikut peraturan dgn sempurna. Yg penting aku terus galakkan dia smayg, doa dan baca quran lepas smayg. Masa doa, dia akan duduk atas riba aku and tadah tgn sampai habis. Lepas habis doa, dia akan salam and cium pipi daddy and mummy. 

Lepas tu aku akan suruh dia amikkan al-Quran daddy and mummy.

"Balqis, can u pls take daddy's Quran and give it to daddy?" Dia pun cepat2 amik Quran daddy atas dressing table and bagi kat daddy. Dia dah kenal mana satu Quran daddy mana satu Quran mummy. 

Lepas bagi Quran daddy and mummy, aku akan tya "Where's your Quran? Go take your Quran syg". Dia pun cepat2 amik Quran dia. Sbenarnya bukan Quran, aku just bg buku yasin dan maksurat utk dia. Aku betau dia, itu Quran dia. Sampai skang dia anggap tu Quran dia. Wpun dia tak faham dan tak boleh baca pun Quran tu, sekurang2nya dia buat action and baca ikut sedap kuar mulut dia. Bg aku itu dah cukup baik, at least dia faham apa itu baca Quran, mcm mana tatatertib nak baca Quran and yg penting ada minat. Yang lain2, boleh perlaha-lahan ajar dia nnt. Aku yakin, dia akan igt surah2 lazim dan zikir2 klu slalu dan terus dgr bacaan smayg daddy and channel oasis. Alhamdulillah skang ni pun dia dah igt beberapa zikir yg daddy dia alunkan utk tidurkan dia and zikir2 ust zulkarnain, asri and munif kat channel oasis.

Wednesday, September 7, 2011

Balqis @ 19months - ABC Test

Masa Balqis umo 16mths, aku start dedahkan dia dgn mainan yg lebih berunsur akademik. No more dummy toys. First aku try ngan flash cards ABC. Tiap2 malam lepas makan, aku main and ajar dia flash cards ABC. Keep on repeating the same thing.. "What is this? This is A. A for apple" Aku yg tanya aku yg jawab. Dia tersengih2 and angguk2. Tak tau dia faham ke tak tp nampak mcm dia seronok. From there i know at least i got her attention. It's ok, just go on. I have to believe in my daughter's ability. She's a baby and very young but doesn't mean that she can't understand anything. That's what i was thinking.

Numbers plak aku slalu bilang anak tangga masa bawak dia naik turun tangga ke tingkat atas and bawah. Siap berirama lg hehhee.. Lama2 dia dah leh follow sequence number tu. So menyenangkan keje aku la sket. Just nak soh dia kenal bentuk nombor tu je la mcm mana.Sequence dah tahu.

Masa berlalu..

Masa dia umo 19mths, tergerak hati aku nak test dia nyer ABC. Aku susun 3 flashcards alphabet and soh dia tunjukkan alphabet yg aku sebut. Dapat! Terkejut jugak le. Tak sangka plak yg aku dok ajar2 slama ni mmg melekat dlm kepala dia. Lalu aku rakamkan dlm video sbg kenangan and today, i would like to share it with my dear readers.. :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... -----LINK WITHIN-------- -----TIK TOK TIK TOK-----

-----TIK TOK TIK TOK----- -----WELCOME TO MY BLOG-----

-----WELCOME TO MY BLOG-----