Friday, August 26, 2011

Saya Boleh Nampak Dia… Mama Tak Nampak?

Jangan bimbang, si manja bukan nampak hantu; itu hanya kawan khayalannya!
Oleh Profesor Madya Dr Alvin Ng Lai Oon, Pakar Psikologi Klinikal


Saya Boleh Nampak Dia… Mama Tak
Nampak?
“Mama tak boleh duduk sini! Nanti Mama duduk atas Lina!” Aida menegur ibunya Puan Rosnah yang hendak meletakkan punggung di atas sofa di sebelahnya. Si ibu melihat tempat duduk yang kosong dan bertanya, “Siapa Lina?” dengan kening terangkat dan dahi berkerut.

Terpijak "halimunan"

Kanak-kanak kecil kadang-kalanya gemar bercakap sendirian sewaktu bermain trak dan kereta api atau bermain dengan anak patung mereka, yang setiap satu diberi nama seperti manusia. Ada kalanya si manja berbual atau bermain dengan seseorang yang tidak dilihat. Kawan imaginasi atau khayalan anak anda mungkin seorang kanak-kanak lain yang sebaya dengannya, seorang watak ajaib atau fantasi, atau mungkin juga seekor binatang.
Seseorang kawan khayalan boleh berubah mengikut peredaran masa, apabila si manja melalui fasa tertentu dalam hidupnya. Bagi sesetengah kanak-kanak, ‘kawannya’ mungkin datang sesekali atau muncul selang beberapa hari, manakala bagi yang lain ‘kawan’ itu adalah teman sepanjang masa. Anak anda akan melayan ‘kawannya’ seperti melayan kawan sebenar, kawan yang dilihatnya setiap hari dan boleh bermain bersama. Jadi, jangan terperanjat jika si manja memberitahu anda bahawa anda mungkin terpijak ‘kawannya’, atau anda duduk di tempatnya, atau meminta anda menyediakan tempat untuk ‘kawannya’ di meja makan apabila tiba waktu makan.

Adakah si manja anda kesunyian?

Bermain dengan kawan khayalan tidak bermakna anak anda kesunyian. Ia mungkin hanya bermakna si manja seronok bermain dengan seseorang selain kawan SEBENAR yang biasa menjadi teman sepermainannya setiap hari. Kawan khayalan membantu si manja anda berfikir secara lebih kreatif, membolehkan mereka melakukan sesuatu dengan cara yang berlainan. Ini juga adalah satu cara yang membolehkan anak anda mempraktikkan kemahiran sosial, agar mereka berasa lebih selesa dan lebih yakin apabila bertemu dengan kawan betul yang sebaya dengan mereka. Ada kalanya, mereka berpura-pura mempunyai kawan khayalan sematamata kerana ingin mempunyai seseorang yang boleh dikuasai dan mengikut telunjuk mereka, lebih-lebih lagi jika semua orang di sekeliling mereka cuba mengawal tindakan mereka. Kawan khayalan mungkin juga bertindak sebagai teman yang boleh dipercayai – tempat mencurah rahsia dan isi hati, kerana anak-anak kecil juga mempunyai isu yang terlalu peribadi atau takut diketahui oleh orang dewasa.

Sebahagian daripada proses membesar

Ramai pakar mengakui bahawa kawan khayalan adalah sebahagian daripada norma hidup dan perkembangan kanak-kanak. Kawan khayalan bukan menimbulkan masalah, sebaliknya mereka boleh membantu anak-anak anda menangani beberapa tekanan dalam hidup mereka, dan juga melenyapkan sesetengah daripada ketakutan mereka. Apabila si manja memujuk ‘kawannya’ yang takut gelap, ini mungkin bermakna bahawa anak anda sebenarnya yang takut berada di tempat gelap. Dengan memujuk ‘kawannya’, bermakna si manja juga cuba mengatasi ketakutannya sendiri. Ia juga mungkin bermakna anda terlalu mendesak anak-anak lebih daripada yang sepatutnya, atau mengenakan terlalu banyak peraturan untuk mereka, menyebabkan mereka menyalahkan kawan khayalan mereka apabila mereka berkelakuan buruk atau melakukan kesilapan.
Ambil perhatian!
Si manja mungkin cuba memanipulasi anda menggunakan kawan khayalannya. Ada kalanya, kanak-kanak menggunakan ‘kawan’ mereka untuk mengelakkan daripada melakukan sesuatu yang tidak diingini.

Kalau anda tak boleh kalahkan mereka, ikut rentak mereka!

Ikut rentak si manja jika anda tidak pasti bagaimana untuk memberi respons kepada kawan khayalannya:
  • Jika si manja tidak mahu berkongsi ‘kawannya’, jangan cuba untuk bermain dengan mereka melainkan anda diminta. Biasanya anda akan diminta menyediakan sesuatu, seperti tempat untuk kawannya makan bersama, atau diminta tidak duduk di kerusi tertentu.
  • Si manja mungkin menggunakan ‘kawannya’ untuk "dipersalahkan" bagi sesetengah daripada perbuatan yang dilakukan, seperti menumpahkan susu atau memecahkan pasu bunga. Anda boleh mengajarnya dengan memberitahu si manja bahawa kemalangan boleh berlaku dan dia bersama ‘kawannya’ boleh membantu anda membersihkan tumpahan atau memungut serpihan pasu.
  • Cuba beri peluang kepada anak anda untuk bertemu dan bermain dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Jika permainan dan aktiviti bersama mereka cukup menyeronokkan, minatnya terhadap ‘kawan istimewa’ akan beransur-ansur hilang dan si manja lebih suka bercampur gaul dengan budak lain.
  • Jangan memperbodohkan anak anda sekiranya dia mempunyai kawan khayalan, tetapi galakkannya supaya lebih berkawan dengan rakan sebayanya. Menghukum anak kerana mempunyai kawan khayalan boleh membawa lebih keburukan daripada kebaikan.

Kawan khayalan biasanya tidak menimbulkan masalah, dan jika si manja seronok bermain dengan budak lain dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama anda dan mereka, tidak ada apa-apa yang perlu anda risaukan. Apabila mereka besar dan mempunyai lebih ramai kawan ‘sebenar’ dan dapat menangani ketakutan mereka dengan lebih baik lagi, kawan khayalan mereka akan hilang dengan sendiri. Seandainya si manja anda terus memilih kawan khayalan sebagai teman bermain daripada menghabiskan masa dengan rakan sebayanya, anda patut renungkan apa yang sebenarnya berlaku dalam hidupnya dan berusaha untuk membolehkan anak anda merasai keseronokan bermain dalam kehidupan sebenar.



Original post by : http://www.mypositiveparenting.org/bm/cd_psychology.html

Salam and Hello..

Salam/Hello to all of bloggers, friends and family. This is not my first attempt on creating a blog. I've created 2 before but both remains as a name. No update at all and i have no time to explore or writting anything in it. Time passed and i keep on bz with stuffs but yet i'm still thinking of having a blog and seriously taking care of it. The reason is just to keep all my stories of life in a platform where i can always read, share, at the same time it will always remind me to the things happened in my life; good or bad and people can exchange their experience too.

I'm not that very creative person but would be enough to at least can write something that understandable. Please help yourself to explore my blog and do drop me comments if any as well as be my follower if that's not a big matter to you.

I'm honored to welcome you guys to my blog :-)
Nice to meet you!
Have a nice day!

Gelagat Anakku

Post ni dah lama aku masukkan dlm FB aku. Tp disebabkan blog ni baru wujud, aku baru nak post dlm ni and nampak la mcm baru..padahal anak aku skang dah 2 thn lebih..  Masa aku post kat FB dl dia baru setahun kot..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sonok betul jadi ibu.Apa lagi bila tengok anak membesar depan mata.Macam2 kerenah.Kadang2 penat jugak dibuatnya. Aku dulu budak baik,diam je.Tu pasal la mak ayah aku x penat sangat jaga aku.haha!

Balqis..bab2 manjat dia no 1! tapi bjalannye belum..dok bertatih tp tu pun time dia rajin.Yang byknya malas lah..Rekod langkahan balqis paling lama so far 10 langkah! haha! Ok la tu.. Caiyyok!

Skang ni Balqis dah pandai membebel..sorang2 pun jadik. Dah pandai dengar dan ikut arahan tp ada gak arahan yg dia x suke dengar! Antara arahan yg Balqis suke ikut :

1. shake hands..
balqis akan salam n cium tgn.kemudian tepuk tgn sambil nganga luas2..tandanya sonok dia dah berjaya buat..

2.clap ur hands..
balqis akan tepuk tgn sambil tersengih

3.riding horse..
balqis akan enjut2 badan dia mcm naik kuda

4.blink your eyes..
balqis akan kenyit2 mata dia

5.kiss mummy..
balqis akan cium pipi mummy dia

6.bila kita nyanyi lagu '1,2,3..' (yg aku reka sendiri!)
balqis akan goyang2 badan dia;menari..

7. finish..no more..
Balqis akan pusing2 tgn dia tanda dah habis..(besenye bila dah habis minum susu or glucolin)

8.pray..
Balqis akan angkat dua2 tangan dia letak kat kepala (takbir)..Allahuakbar!

9.comb your hair..
Balqis akan amik sikat and gosok2 kat kepala dia(sikat rambut la tu..)

10.bubye..
Balqis akan lambai tgn..bubye sb mummy n daddy nak gi keje pagi2 tu..

11.Helo..
Balqis akan amik hp mummy or daddy dia and letak kat tinga sambil membebel tah ape..

huh..xlarat aku nak senarai..dah la,kita tgk ape yg dia x suke ikut plak!

Antara arahan yg balqis x suke ikut..
1. No!
Balqis stop kejap tp kejap kmdn dia akan buat gak pe dia nak buat.x peduli org larang(besenya tang memanjat la..)

2. walk..
Balqis akan sengih2 jer..dia xnak buat la tu..

3.Bubye..
Balqis xnak lambai tp terus merengek nak ikut mummy n daddy sb bukan waktu pagi.means mummy n daddy bkn nak gi keje…

Rancangan TV kegemaran balqis
1.Zikir2 di Oasis.
Slagi x habis zikir2 tu jgn sape2 tuka channel nnt x leh wat keje kita.lgpun nnt balqis marah sambil pandang2 kita sb dia igt kita yg tuka..

2.Cartoon network

3.Kartun pe tah yg nyanyi lagu arab masa starting tuh..channel oasis.
Balqis akan menari-nari dgr lagu tuh.masuk je dialog dlm bahasa melayu,terus dia blah..

Thursday, August 25, 2011

Steve Jobs resigns from Apple, Cook becomes CEO


Apple Chief Executive Officer Steve Jobs holds the new "iPad" during the launch of Apple's new tablet computing device in San Francisco, California, in this January 27, 2010 file photograph. Jobs resigned as CEO of Apple, the company announced August 24, 2011. Tim Cook, the company's Chief Operating Officer, who has been standing in for Jobs during his medical leave, has been named the new CEO, with Jobs becoming Chairman.
 SAN FRANCISCO (Reuters) - Silicon Valley legend Steve Jobs on Wednesday resigned as chief executive of Apple Inc in a stunning move that ended his 14-year reign at the technology giant he co-founded in a garage.


Apple shares dived as much as 7 percent in after-hours trade after the pancreatic cancer survivor and industry icon, who has been on medical leave for an undisclosed condition since January 17, announced he will be replaced by COO and longtime heir apparent Tim Cook.

Analysts do not expect Jobs' resignation -- which had long been foreseen -- to derail the company's fabled product-launch roadmap, including possibly a new iPhone in September and a third iteration of the iPad tablet in 2012.

"I have always said if there ever came a day when I could no longer meet my duties and expectations as Apple's CEO, I would be the first to let you know. Unfortunately, that day has come," he said in a brief letter announcing his resignation.

The 55-year-old CEO had briefly emerged from his medical leave in March to unveil the latest version of the iPad and later to attend a dinner hosted by President Barack Obama for technology leaders in Silicon Valley.
Jobs' often-gaunt appearance has sparked questions about his health and his ability to continue at Apple.
"I will say to investors: don't panic and remain calm, it's the right thing to do. Steve will be chairman and Cook is CEO," said BGC Financial analyst Colin Gillis.

Apple shares slid to $357.40 in extended trading after a brief halt. They had gained 0.7 percent to close at $376.18 on the Nasdaq.Analysts again expressed confidence in the Apple bench, headed by longtime company No. 2 and supply-chain maven Cook.

"Investors are very comfortable with Tim Cook even though Jobs has been a driver of innovation and clearly an Apple success. Tim has shown Apple can still outperform extremely well when he's been acting as CEO," said Cross Research analyst Shannon Cross.

"I don't know if it's a health issue. I don't know if it is a shock. Most likely it was going to happen at some point. Why today versus another day? I don't know."

Mark Zuckerberg Beats Steve Jobs as Worst-Dressed Man in Technology

Facebook CEO Mark Zuckerberg was named worst-dressed man in technology by GQ magazine, beating out Apple’s Steve Jobs and proving that astronomical sums of money can’t buy style.

Zuckerberg hit the top spot in the tongue-in-chic survey because of his casual, forever-collegiate wardrobe of ill-fitting hoodies, jeans, t-shirts and Adidas sandals, which GQ called a “fresh-from-Stats-class look.”
The CEO is “oblivious to the fact that jeans and ties come in skinny sizes — or that suits exist.” Zuckerberg has donned suit jackets in the past, such as when he met with President Barack Obama for a tech summit with major technology executives, but stuck with his trademark jeans even on these special occasions.

The social network CEO’s style has even inspired a mock fashion line, Mark by Mark Zuckerberg, “which thankfully doesn’t sell any actual clothing,” according to GQ. Zuckerberg managed to beat out Apple CEO Steve Jobs, who took second place in GQ’s poll. Jobs was criticized for his trademark uniform of “black turtleneck, dad jeans and Seinfeld kicks,” which the magazine said was a “style blunder no AutoCorrect can fix.”

“Apple releases an iPhone every 0.5 seconds,” said the magazine. “Steve Jobs never gets an upgrade.”
Taking third place was Microsoft founder Bill Gates, which GQ took down for his “lazy preppy” wardrobe.

“Curious how Harry Potter will age post-Hogwarts?” GQ said. “When you’re Scrooge McDuck rich, a snazzy ensemble isn’t tops on your to-do.”



Original post by : http://www.forbes.com/sites/mobiledia/2011/08/06/mark-zuckerberg-beats-steve-jobs-as-worst-dressed-man-in-technology/?partner=yahoofeed

Wednesday, August 24, 2011

Kangkong RM300.02!

Smlm amik EL sb ada hal sket pg tu. Sbenarnya leh je nak masuk ofis petang tu tp malas la. Lgpun baju raya anak and tudung sme tak beli lg.Bek gi shopping jap.Lepas settle hal aku belah pagi, tgh hari tu aku balik amik bibik and anak aku. Kitorang bershopping kat Carefour Wangsamaju. Kat situ leh tahan gak la klu stakat tudung2, baju kurung budak, baju kurung bese utk bibik pun leh la nak beli situ.

Habis bershopping baju and tudung, kitorang masuk la dalam carefour cari barang dapur sket. Dah penat menjelajah carefour,barang pun dah dapat, beratur la plak utk bayar. Makcik depan aku ada masalah sb sayur tak timbang.Alamak! aku pun tak timbang gak. Aku tak penah beli barang dapur kat situ, tak sure le plak cane caranya. Aku tgk kat bahagian sayur td, papan tanda tu tulis RM0.25 per ikat. Aku faham mmg tu la harga utk satu ikat sayur kangkung.Wat pe nak timbang2 lg??

Budak cashier tu call le org dia...tya psl sayur ni cane.Agaknya org tu soh ketepikan dl ke pe tak to. Pastu budak tu totalkan barang len dl and sayur tu tolak tepi dl. Dah bayar yg tu, dia pun teruskan yg aku punya. Awal2 lg aku dah betau budak tu...

"Dik,akak pun ada sayur jugak. Kena timbang ke??"

"Aah,kena timbang dl kak."

"Tu tak timbang tu cane?"

Terkial-kial budak tu nak jawab. "Kejap eh kak"

Kejap lepas tu ada sorang pompuan datang bg kod yg ditulis si sekeping kertas. Budak tu pun masukkan la kod tu. Aku x pasan bape harga yg kuar kat screen rege mesin cash tu. Pastu utk sayur2 lain, dia pi panggil senior dia kot. Org tu datang baru la leh masukkan kod utk sayur2 len.

Total RM388.60!!

Oiiitt!!! terkejut gilerr aku. Tapi tah nape masa tu aku ikutkan je. Xde cash, aku pakai credit card. Melayang la RM388.60....

Masa jalan kuar ank turun escalater, aku terlintas nak check resit. Kebanyakan harga bawah RM10. Sampai kat kangkong, maakkkkk!!! Kangkong satu ikat RM300.02????? Gilerrr pe?!!!

"Jom bik, kita patah balik kat kaunter td. Malaun mana jual kangkong RM300 seikat!"

Sampai kat kaunter td, aku tunjuk resit kat budak tu. "Dik, ni salah ni dik. Kangkong RM300.Mengarut!"
Dia soh aku gi claim kat bhgn customer service kat depan. Aku pegi arr.. Kalau 30sen leh la aku pejam mata. ni RM300 weiii.. Kaya benor aku nak pejam mata!

Sampai kat customer service, mula la sesi clarification and investigation... aah betul budak cashier mentah tu silap key in kod. So derang refund RM300.02 yg di charge utk kangkong dlm credit card tu. Balance yg aku kena byr nnt utk credit card tu jadi RM88.58. Haa baru betul! Aku tya budak customer service tu klu refund sme xleh ke, aku nak byr cash RM88.58 tu. Derang ckp xleh.. aduiiii x pasal2 aku kena beratur kat maybank nnt utk byr ni. Account maybank xde, klu x..leh la aku bayar online je pakai maybank2u. 

Total price RM388.60!

Total refund RM300.02 (harga kangkong seikat!)



Wednesday, August 17, 2011

Maid Kemboja : Bangsat!

Dua hari lepas, husband aku citer pasal maid kawan dia lari dr rumah. Anak lelaki umo setahun lebih ditinggal berseorangan and rumah berkunci! "Sial punya maid!" tu la yg terludah dlm hati aku masa tu.

Pagi khamis lepas, kawan husband aku and wife dia turun pegi keje mcm bese. Petang tu wife dia sampai rumah dlm kul 4.30pm. Terkejut tgk anak dia menangis sambil gapai2 nak naik buaian (sb budak tu biasa tido dlm buai). Terus di tipon husband dia. Tergopoh-gopoh si suami balik rumah.

Disebabkan rumah derang ni jenis apartment, dlm lif tu ada CCTV. Bila di check, xde pun nampak maid tu naik lif ari kejadian tu. Kemungkinan dia turun ikut tangga. Padan la sebelum tu dia dok sibuk2 suruh pindahkan semua duit gaji dia ke akaun kakak dia kat kemboja. Rupanya dah plan nak lari. Bengong tul!

Aku pun seorang ibu kepada seorang anak pompuan berumo 2 tahun lebih. Bila dgr kisah budak tu yg ditinggal keseorangan dari pagi, of course la aku sedih.. Derang syak maid tu kuar dari pagi bcoz baju budak tu dah basah2 (kemungkinan dia dah x tentu arah merayau,menangis sampai ke bilik air), kotor, lesu dan kelaparan. Memang tak dapat aku bayangkan betapa takut dan seksanya budak tu. Agaknya dia tercari-cari mana pergi semua orang. Ketakutan, perut pun lapar.

Cukup lama tempoh dari pagi hingga ke pukul 4.30ptg untuk seorang bayi umo setahun lebih terkunci dlm rumah berseorangan.. Apa2 pun leh jadi memandangkan dia dah merayau seluruh rumah termasuklah bilik air. Nasib baik la Allah swt tak gerakkan hati dia untuk panjat ke mangkuk jamban atau baldi. Tapi tak tau la klu dia ada terminum atau tertelan sisa air dlm bilik air tu..

Lepas tu, si suami terpaksa amik cuti utk jaga anak tu. Isteri dia susah sket nak cuti sb cikgu. Smlm pun x masuk office lg. Budak tu plak dah mcm trauma. Asal pg je,dia bangun terus peluk kemas mak atau ayah dia. Agaknya takut ditinggalkan bersendirian lg.

Mungkin lepas ni terpaksa dok rumah mak bapak kat Seremban and ulang alik ke KL la. Sblm dpt maid tu pun derang ulang alik dr Seremban ke KL. Mak bapak derang jaga budak tu. Lepas dapat maid x beberapa bulan lalu tu je derang pindah dok rumah kat KL.

Husband aku sarankan dia pegi buat report polis. Klu tak dapat tangkap pun, at least dia dah di blacklist and tak boleh keje kat mana2 dah dlm Malaysia ni. Lg satu, pegi matikan permit keje dia kat imigresen.

Memang BANGSAT punya kemboja!! Tak sedar diri merempat di negara sendiri, menagih di negara orang! F**K YOU BLOODY B*T*H!!!!

Tuesday, August 9, 2011

SAP Training in Yokohama and Osaka,Japan

Japan was my last destination for SAP training. Jarak training Japan dgn China ni dlm 2 bulan jugak la. Akhir bulan January baru pegi. Kali ni berbeza sket sb training tu dibuat di 2 lokasi berbeza; Yokohama and Osaka. Penatnya memikirkan penerbangan tu sme.. From KLIA to Yokohama, Yokohama to Osaka, Osaka back to KLIA. Aduss...

17 Jan 2011
11.50pagi :
Berlepas la aku dari main terminal KLIA menuju ke Singapore Changi Airport, naik SilkAir. Transit kat situ.From Singapore tu amik Singapore Airlines ke Tokyo Haneda International Airport.

Changi Airport

23.05malam :
Sampai la aku di Haneda International Airport. Berbeza dgn travel tour aku yg lepas2, sampai je dah ada org tunggu kat airport. Kali ni xde org tunggu. Derang xleh nak atur sb very high cost! Aku bengang giler masa mula2 tau. Cess! Tp nak wat cane.. Before terbang tu aku dah survey siap2,derang dah bg instruction siap2 cane nak ke Richmond Hotel. Dari Haneda Airport, aku amik bus ke Yokohama City Air Terminal (YCAT). Dlm flight aku dok sbelah pasangan veteran Jepun. Laki dia leh speaking sket2. So aku mintak tolong dia tuliskan alamat Richmond Hotel dalam bahasa jepun. Kot2 driver taxi nnt x faham dlm bhs inggeris. Masa tunggu bas ni pun,derang tolong guide aku bas mana yg kena naik.

Bas derang bertolak dl. Bas aku x sampai lg. So aku ckp la thank you. Derang pun bow2 kat aku. Aku bow la jugak. Masa bas derang nak bertolak, sme petugas2 kat stesen tu bow kat bas tu sampai la bas tu berlalu. Aku terpegun kejap ngan budaya derang ni. Kagum pun ye. Hormat! Masa bas aku bertolak pun mcm tu.

 Sampai di YCAT, aku tahan 1 cab ni. Kebetulan kat situ ada 2 org pompuan pun tgh tgu. Aku soh dia naik dl tp agaknya derang tgk aku ni pelancong ke pe,dia pun soh aku naik dl. Disebabkan nak jaga hati derang and hari pun dah lewat mlm, aku pun ikutkan aje. Aku bow and say thank you. Derang pun bow. Aku bow lg. Derang bow balik. Ahhh!sudah la wei. Asik dok bow2 bila nak habis?! haha..

Aku tunjuk alamat dlm bahasa jepun tu kat driver. Sampai depan hotel, terkocoh2 dia kuar bukak pintu kete utk aku.Pastu bow! adehh..jenuh plak nak tunduk2 nih. Sejuk gilerr!! Suhu masa tu dlm 0'C - 1'C. Malas nak pakai glove td. Mcm masuk freezer jer tgn aku nih.

Richmond Hotel
18.01.2011

Pagi2 lg aku dah check out and amik cab ke office. Org hotel tu ckp, mahal klu amik cab. Dia sarankan aku amik train. Malas la aku nak tercari-cari train mana,stop kat mana ape sme. Amik cab senang. Bg alamat kat driver, dah...

Sampai kat office, sme dah ready tunggu aku. Pakcik driver tu plak td tak bape faham omputih,terlajak la plak..terpaksa pusing balik. Lambat aku sampai. Dah la derang ni jenis on time.

Aku tau japanese x ramai leh speaking well. 90% tak leh. Masa aku present tu, tak tau la derang paham ke tak. Sme mcm paham,xde soalan sgt. Ada 2 3 org je yg nampak aktif sket. Tu yg leh speaking la wpun tergagap2. Yang len2 aku tak tau and aku tak peduli hahaha!

Audience...mcm khusyuk dgn 'ceramah' aku hikhikhik


Tamat sesi hari tu, aku terus ke Haneda Airport. Nak kejar flight ke Osaka plak. Aku pegi naik train je. Sesetgh train station derang ada signboard dlm english tp sesetgh tu xde. Train yg aku naik nak ke airport ni xde english, sme in kanji and pe tah satu lg nama tulisan tu. Sib bek aku gi ngan sorang Manager yg uruskan training ni kat sana. Dia pun naik plane kat Haneda gak cuma plane lain la. Tak sama ngan aku. Dia chinese, so leh paham la tulisan kanji tu. Aku ikut je dia. Sampai Haneda, naik la plane masing2. Janji jumpa kat Itami Airport nnt.

Sampai di Itami, aku plak lupa amik bagasi. Dah kuar gate, xleh masuk balik. Aku betau sorg petugas pompuan kat kaunter depan gate tu. Dia la yg tolong amikkan bagasi aku. Just bg description beg yg camne. Elok2 je dpt beg tu, Manager td pun sampai. So from there kitorg amik train ke Senri-Chuo station. Aku pakai glove, tak tahan sejuk sgt. Hidung pun dah rasa pedih,bibir kering,mata mcm berkabus. Sib bek dlm train ada heater kat bhgn bawah tempat duduk. Selesa sket rasa.

From Senri-Chuo station, kitorg jalan kaki ke Senri Hankyu Hotel. Tak jauh pun, sebelah je. Singgah beli makanan jap. Drpd tour ni aku blajar gak cara pilih and nilai makanan nak pastikan makanan tu halal wpun kdg2 tergerak dlm hati, ini 100% halal ke??? Normally aku akan pilih seafood and check kandungan dia. Klu xde bahan2 yg mencurigakan, aku beli. Sampai hotel, terus check in, cuci2 and tido.Penat,tak larat!



19.01.2011

Esoknya, pagi2 mcm biasa aku bersiap2 ke office. Breakfast dl kat hotel. Kali ni berdua ngan Manager smlm tu. Senang sket. Tak payah nak pikir mcm mana nak pegi. Aku ikut je dia. Lgpun dia leh ckp jepun sket2. Kitorg pegi naik cab je sb dia ckp office tu dekat je ngan hotel.

Kali ni aku sampai awal. Audience kat office ni lbh sedikit and pasif banding kat Yokohama. Tak pe lah, lagi senang keje aku. Tak payah pening2 pale sangat nak jawab soalan. hehehehe...

Habis training, kitorg balik ke hotel naik bas. Aku ikut aje... Kat depan office tu ada bus stand. So tunggu bas kat situ la. Then dia stop at Senri-Chuo station. On the way ke hotel tu mcm bese, kitorg stop cari makanan dl. Dia ajak kuar lg malam nnt lepas member aku 2 org lg tu sampai from Yokohama tp mcm malas plak nak kuar lepas dah naik. Aku beli siap2 makanan aku.

Balik hotel, surf sket. Update facebook and so on. Adapter tak bawak, pinjam yg Manager tu pya. hehehe...
Surf internet sampai la mata aku ngantuk..

20.01.2011

Pagi2 lg dah bangun, check out, breakfast and kejar train from Senri-Chuo ke Shin-Osaka station. From Shin-Osaka tu nnt aku amik Shinkansen(train laju yg terus ke airport) ke Kansai International Airport.

The day before, Manager tu dah betau aku, nnt amik tiket ke station no 13 (Shin-Osaka). Tapi aku lupa lak vending machine tu sme dlm bhs jepun.Satu haram pun aku tak faham. Aku tya la org sebelah yg tgh beli ticket. Aku betau nak gi Shin-Osaka. Then dia tolong buatkan utk aku.

Train ni pengangkutan utama org2 jepun. Jalan raya lengang je. Tak byk kete malah ada sesetgh tempat tu mmg tak nampak kete pun atas jalan. Tp klu pegi train station, ya Allah.. ramai betul manusia!

Shin-Osaka station mcm pusat inter-change ngan lain2 train. Besar and senang sebab ada direction dlm english.

Station tempat tunggu Shinkansen


Shinkansen
 Dalam Shinkansen, on the way ke Kansai International Airport tu sempat lg aku snap few photos wat kenangan. Just gambar view je la..

Kansai International Airport ni besar gak tp aku tak tau la plak besar ke tak compare to Narita kat Tokyo tu. Aku suka Japan ni dgn budaya derang yg berdisiplin, bersih x payah ckp arr.. toilet leh wat tido klu terdesak xde tempat tido. Pastu jenayah xde. Manager tu ckp, sepanjang dia dok Jepun ni, dlm setahun ada la satu kes jenayah utk seluruh Jepun. Tu pasal la dia leh tinggal je bagasi kat luar kedai masa masuk beli makanan aritu. Tapi aku x biasa, takut ilang ke pe. Aku bawak masuk skali bagasi aku. Kat Malaysia dah terbese ngan hidup sentiasa berjaga-jaga, byk crime.So kat sini wpun beg tu x ilang klu tinggal camtu, aku tetap risau.

Selesai check in, aku terus masuk. Tgu kat dlm la. Sempat gak gi shopping sourvenir sket kat airport tu. Kat Haneda aritu shopping key-chain.Ni beli tambah sket, and beli beg utk my only sister :-)

Balik pun sama, transit kat Singapore. Malam lepas maghrib baru aku sampai KLIA. Rindunya aku kat Balqis..my lil princess! Sampai, terus meluru peluk cium dia! Malaysia, i'm back!!

SAP Training in Shanghai,China

Seminggu selepas balik dari Surabaya, aku terbang plak ke Shanghai,China. Tujuan sama, SAP Training. Aku pgl siri training sbg Training Tour.Kali ni berbeza sket suasananya. Sme users yg terlibat dari seluruh Greater China berkumpul di Shanghai office utk join training ni. Dlm senarai ada lbh krg 100 lebih. Buat kat conference hall (mcm lecture hall bentuknya), siap ada video cam lg utk rakam. Alasan, so that derang leh buat jadi rujukan in future.

Aku sampai di Pudong International Airport. Kuar je gate, dah ada org tunggu dgn sepanduk nama aku. Terus aku ikut pakcik driver tu ke kete. Suhu masa tu dlm sekitar 14'C. Sejuk tp leh tahan lg la x pakai baju tebal.

Sampai di perkarangan Parkyard Hotel, pintu kereta dibuka utk aku. Terus check in and masuk bilik. Nak cuci badan mcm malas sb sejukkkkk sgt. Tp x selesa plak..cucilah jugak.Lgpun kan ada heater. Lepas siap sme, mcm bese review slides dl sat. Nak amik mood. Maklum la audience nnt dlm 100 org wpun aku konfiden mesti less punya.


Lobby - Parkyard Hotel
Esoknya, aku mintak hotel dapatkan teksi utk ke office. Aku bg alamat yg dah siap2 tulis dlm bhs mandarin kat driver tu. Kat cina ni pun x ramai yg leh ckp bhs inggeris.Lbh krg Jepun je. Aku rs maybe sb kerajaan dia amalkan dasar tertutup. So perkembangan dari segi sosial tu x seberapa wpun negara dah maju. Ceewaah berfalsafah plak rs!hehehe..

Sampai office, aku tya le kat customer service, kat mana dewan utk SAP Training. Tak paham la plakkkk..... xleh ckp omputih rupanya..adusss.. Aku pun duduk je kat seat yg disediakan. Tiba2 ada sorg pompuan sampai and bila nampak aku, dia terus tegur aku, "Are you SAP trainer?". Aku ckp, "Yes".

Dia pun bawak la aku ke work station dia dl. Dia bg pas office satu kat aku so that senang the next days aku nak datang x payah lg sign buku attendance kat pondok guard. Maklumla training ni 4 hari. China training ni plg lama dlm siri tour tu, 5hari 4mlm.

Dah dekat kul 9pg,aku dibawa ke conference hall. IT admin tolong setupkan aku punya laptop, projector and microphone. 1st day mmg sesi aku sorang. Member aku lg 2 org akan sampai mlm tu. Esok sesi derang berdua. Aku free esok tp kena datang jugak la sb kot2 ada soalan inter-related.


Session aku...

Santai je..

Audience
Hari ke-3, ada separate session utk 3 modules tu. Kali ni terus aku masuk system,senang sket la. Pastu sesi soal jawab. Sempat la aku settlekan dua tiga issue yg simple2. Malam tu kitorg kuar makan kat restoren arab skali ngan 2 org Manager client.Derang la yg cari restoren tu sb dah tau aku muslim. Ada certain makanan xleh makan. So mlm tu derang belanja..hehehe..

Hari ke 4 tu plg dinanti. Tak sabar aku nak habiskan training ni. Malam nnt kitorg dah plan nak gi jenjalan kat Wai Tan Lake. On the way ke situ, singgah beli makanan yg makcik ni jual kat tepi hotel. Aku tak to pe nama mknan ni tp yg penting aku tau halal sb aku amik yg telur je and dia masak depan aku.


Kitorang melantak sambil jalan ke train station. Nak pegi nek train. Satu haram pun aku tak paham ape yg ditulis kat ticket. Sme dlm mandarin. Sib bek pegi ngan member chinese. Yeayyy!! let's go to Wai Tan Lake!! Derang ckp kat situ plg best. Ada mercu tanda kota Shanghai. Bangunan2 kat situ pun cantik2. Pemandangan mmg cantik cuma masa tu nak start musim sejuk, kat situ lebih sejuk la.Dah nama pun dekat tasik.Suhu aku rasa dlm 9'C - 11'C kot.


Cantik bangunan2 ni.. waktu malam tp disuluh spotlight oren. So nice! Pe lagi, abadikan la dlm gambar hehehhe...


Unik van yg pakcik ni pakai wat berniaga kat situ

Puas merayau-rayau kat Wai Tan Lake, kaki pun dah lenguh, kitorang pun balik la ke hotel. Sblm balik sempat la aku rembat sourvenir sket wat kenangan. Bese la, fridge magnet benda wajib klu travel mana2. Sampai hotel, terus cuci2 sme, packing and tido! kepenatan weh..

Esok pagi amik transport hotel ke Pudong International Airport..
Malaysia!!! Here i come back!!!

SAP Training in Surabaya,Indonesia

September 2010, aku terbang lagi mengembara sendirian ke Surabaya, Indonesia. Tujuan yang sama, SAP Training. Audience lebih kurang dlm 20 org. Tak la ramai sgt. Kali ni aku dah tak segugup masa ke Bangkok sb ni kali kedua mengembara. Dah ada pengalaman. 3 hari 2 malam aku kat sana.

Penat x leh nak ckp. Hari sebelum bertolak tu, aku masih di Huangzhao, China. Sampai rumah dah malam. Pagi esoknya kul 11pg, dah kena terbang ke Surabaya. Rasa mcm kebingungan pun ada. Berada di 3 zon masa berlainan dlm tempoh 2 hari 1 malam. Nasib baik aku masih ada tenaga utk conduct training tu. Klu xde pun terpaksa la paksa diri.

Di Surabaya, aku stay di Hotel Sheraton, sebelah ngan Tunjangan Plaza. Tengah2 kota Surabaya. Cantik jugak la bandar ni. Cuma dari segi kebersihan dan keadaan lalu lintas agak kurang sket banding KL.

Sheraton Surabaya Hotel
Sampai di Juanda Airport, mcm bese ada driver hotel tunggu sambil pegang sepanduk tertulis nama aku. Ikut la dia ke kete. Kat sini org2 dia ske pakai kete MPV. Tak tau la sb anak ramai ke pe.


Dlm perjalanan ke hotel, bapak driver tu excited dok citer pasal sejarah2 kat kota Surabaya tu especially klu lalu depan monumen2. Ada satu moumen tu bentuk ikan dan buaya. Katanya, sejarah Surabaya ada kaitan dgn monumen tu. "Sura" tu maknanya ikan. "Baya" tu maknanya buaya. Dulu depa ni bergaduh. Pastu aku lupa dah peristiwa yg dia citer.......last2 derang namakan kota tu dgn nama "Surabaya".hihiihihi..sonok gak aku dgr citer dia.Mcm atuk2 citer kat cucu pun ye.

Dia tya gak keadaan kat KL. Dia x penah ke luar Indonesia.Ongkos mahal katanya. Aku citer la sket2 psl KL. Dr cara dia ckp, aku bleh agak seolah2 org indon pandang Malaysia lebih ke depan berbanding negara sendiri. Bagi aku, ntah la.. x sempat plak aku nak compare2 hehehe..

Sampai di hotel, aku terus check in. Mcm bese, aku review slides sepintas lalu nak make sure aku tak hilang fokus. Esok pagi, aku pegi dgn driver yg dah diatur oleh company. Naik la kete dia. User pun ada skali. Training kali ni dibuat kat plant, not the main office. Mak aiihhh..jauh bebenor plant nya..ada yg sampai terlelap dah dlm kete tu. Aku plak asik dok menengok pemandangan sekeliling. Ada something yg unik kat indon ni. Org leh menjaja sesuka hati even kat traffic light jalan raya. Dipikulnya barang yg nak dijual tu sambil menunjuk2 mengetok2 cermin tingkap kenderaan. Boleh ekk camtu?? hmm..


Training tu berlangsung di main board room derang. As i said, audience datang dr pelbagai level. Tak heran ada sesetgh tu x leh ckp bahasa inggeris. Disebabkan dia tau aku org Malaysia dan boleh berkomunikasi dlm bahasa melayu yg lbh krg indon tu, dia pun ckp la bahasa indonesia. Tapi presentation aku tetap dlm english. Aku x biasa present dlm event camtu dlm bhs melayu.

Sesi tu memang memenatkan berbanding kat Bangkok dl. Derang mcm susah nak faham and byk tak tau. Aku faham, ada yg baru join company and baru buat SAP but i didn't expect derang se'blur' camtu. Setiap bende tya. Drag sampai kul 5.30ptg. Dah gelap time tu. Lepas habis tu, derang belanja makan kat luar. Kat mana tah aku lupa. Sempat la aku abadikan gambar makan bersama derang :-)


Keesokan paginya,aku bersiap2 and check out. Lepas breakfast, driver hotel hantar aku ke Juanda Airport. Lega...akhirnya dah nak balik Malaysia. Benarlah kata orang, hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri. Sejauh mana kita melangkah, negara sendiri jugak yg dirindui. I miss my dear sweetheart, Balqis!

SAP Training in Bangkok,Thailand

In October 2011, bermula sejarah baru dlm career aku sebagai SAP Consultant. Alhamdulilah aku melangkah setapak lagi ke hadapan. 1st time diberi kepercayaan menggalas tugas di luar negara. Walaupun cuma utk 2 hari, tapi bukan mudah utk conduct training kat users(client) yg datang dari pelbagai level. Ada yg executive biasa, manager,supervisor, head of department and so on. And i have to really get prepared.
Seingat aku, last skali aku travel kuar Malaysia ni masa kecik2 dl. Passport aku pun still bawah mak ayah aku hahaha! Betapa lamanya aku x penah kuar Malaysia. So of course le masa kena gi Bangkok tu,mcm2 yg aku pikir. Takut sangkut kat kastam la, miss flight la, x tau cari jalan kat sana la itu ini.. Tapi demi kerana nak cantikkan experience dlm CV and melebarkan sayap dlm dunia SAP, aku gagahkan jua..Lgpun leh le aku collect untung perdiem tu!hehehehehe

Masa kat KLIA, masuk gate and alhamdulillah lepas 1st check point. Passport pun lepas. Pastu kena tunggu flight ready plak kat waiting lounge. Sambil2 tunggu tu aku isi le borang departure/arrival yg pakcik kastam bagi. Alamak! pebende nak isi ni??? Pe lg, tanya la budak sbelah aku. Rupanya dia keje ngan kedutaan Malaysia kat Bangkok. Hah bagusla, in case aku sesat ke pe, leh call dia terus kat kedutaan tu.Dia bg aku business card.

Dalam flight, seat aku satu row ngan dia. Borak le sket ngan dia. Ada le dia citer sket pasal tempat yg aku nak pegi tu mcm mana. Tempat yg aku tuju is Central World. Dia ckp,dulu sebelah centralworld pya bangunan tu ada food court tp skang dah ditutup lepas terbakar akibat rusuhan baju merah baju kuning. Menyirap darah aku jap. Aku ada anak kecik ni..huhu.. Tapi lepas tu lega balik sb dia ckp skang dah ok sket.


Suvarnabumi Airport
 Sampai je di Suvarnabumi Airport dalam kul 6pm waktu Malaysia, mata aku melilau baca signboard. Alamak x sure lak mana nak nengok lane utk collect bagasi. Sib bek tersempak ngan sorang org malaysia yg tunggu skali utk naik flight td. Tya dia arr. Dah dapat bagasi, kuar la aku dari gate. Mata aku sekali lg melilau mencari board yg tulis nama aku or hotel. Jumpe! "Sawadikap.."kata lelaki tempatan yg lengkap berpakaian uniform hotel tu. Aku anggukkan saja. Lepas dah semak nama sme,dia bawak aku ke tempat pick up/drop.



Sekejap lepas tu, datang la kereta camry hybrid from Holiday Inn Hotel. Dia bukakan pintu utk aku tp sblm aku masuk,aku mintak tolong dia amikkan gambar aku depan kete tu.Wat kenangan..hehehe!

Bestnye camry dia nih! cozy betul! Pastu dia mula la beramah mesra ngan aku. Tya dari mana nak ke mana,ada urusan ape ke Bangkok, penah datang ke tak and so on. Aku jawab jerk..

Sampai kat tol, ada tulisan2 siam kat pondok tol tu. Aku rakamkan jugak dlm photo.hehehe..
Kenangan tuuuuu..!
Haa..ni dia pondok tol tu.
Sampai je hotel, terus aku kemas2, mandi sme..rehat jap.ponat den! Sblm tido check dl presentation slides and went through one round. Masuk internet jap,surfing2 mana yg best.Sampai la mata dah berat nak bukak, tgk katil cam best jerk, pe lg..tido arr! :-)
Esoknya,aku siap2 terus utk check out.Lepas habis training aku nak terus ke airport.Flight kul 6pm. Masa check out tu aku dah book kete hotel utk jemput aku kat office client and hantar ke Suvarnabumi Airport.

Office tu sbelah hotel tu je. Aku jalan je ikut walking-bridge(jejambat pejalan kaki).Patutnya bleh terus sampai dlm Central World tower tp sb aku x tau, so aku turun bila nampak signboard turun.

Selesai training utk morning session, aku ajak le 2 org users ni teman aku gi amik gamba depan bangunan..haha! aku peduli apa dia user ke client ke, janji aku dpt snap pictures!

Sebelum naik nak sambung balik utk evening session, sempat le aku snap beberapa lg. 

Aku terpaksa lajukan tempo utk sebelah petang tu sb klu lewat kang miss flight plak. Kul 4.30pm aku habis, shut down and siap2 sme dlm kul 5pm. Derang pun risau takut aku x sempat catch up flight. Sib bek la driver tu tau nak escape jem cane.Alhamdulilllah sempat gak aku check in. Next trip aku x nak rushing dah. If they want me to be there, please don't make my way difficult. Arrange the other day la utk balik.

Hehehehe...trip yg seterusnya mmg aku dah x rushing. Jadual balik is on the next day lepas last day training.  

Tuesday, August 2, 2011

Memori Universiti Kebangsaan Malaysia : Hospital Kajang

Bila bukak mata, aku dah terbaring atas jalan tp xde org kerumun plak. Penglihatan aku kabur jap. Kepala aku terus cuba mengingat apa yg berlaku dan yg penting cuba igt balik apa yg aku dah study. Risau takut ilmu yg aku dah study tu tercampak kuar jugak masa kepala aku hentam blakang lori tu. Alhamdulillah igt lg.. Motor aku dah hanco, kemik and terbaring atas kaki kiri aku. Perlahan-lahan aku tarik kaki kiri dr bwh motor. Pastu kaki kanan plak tp rasa mcm kebas teruk xleh nak gerak padahal kaki kiri aku yg kena himpit motor, badan aku sakit2. Masa tarik tu tiba2 betis aku mcm jatuh ke bawah, aku dgr mcm bunyi gigi dikacip. Serentak dgn itu....perrhhhhhhhhhhh sakit gilerrrrrr!! Satu badan rasa sakit yg teramat, kaki kanan tu xyah ckp arr.Rasa mcm hancur! Pedih, panas.Muka aku rasa mcm parah sebelah.Aku raba2 muka kot2 ada darah tp xde plak.

Sekejap lepas tu, ada sorang mamat motor ni baik hati tolong. Dia tya aku leh bangun ke tak. Aku geleng! Muka aku berkerut tahan sakit.Aku tgk motor aku dah hanco bahagian depan.Ooonnnooo!!moto aku!!Punya la aku jaga baiikkk punya, gilap tiap2 hari..adussss sudah hanco..

Mamat moto tu pegi ketuk cermin driver lori. Agaknya besar sgt sampai x terasa ada org hentam dia kat blakang. Driver tu india. Pastu mamat tu mintak tolong driver tu anta aku pi hospital kajang. Dia ikut dari blakang.

Naik je lori tu, driver tu tya aku dok mana. Aku cakap UKM. Pastu tekak aku terasa perit sgt dahaga, mata aku kabur...ngantuk..rupanya aku pengsan! Sedar2 je doktor tgh tolak aku ke wad kecemasan. Kepala rasa pening. Nurse yg tolak stretcher tu betau, aku kat hospital. Accident. Aku pun cuba la imbas balik apa yg blaku. Mula2 tu mcm bingung jerk.Mcm dok dlm fantasi pun ye.Haa betul la aku pegi tiket pastu accident.

Sementara tunggu doktor datang, mamat motor td datang sebelah aku. Dia pesan kat aku, klu doktor tya dia sape, ckp saudara aku sb tadi dia betau doktor dia saudara aku. Wallet ngan kunci moto dia pegang. Aku x kenal pun mamat nih, ada rasa was2 gak bila dia simpan wallet and kunci. Tapi memandangkan aku pun xde sape2 lg yg teman waktu tu, aku tawakkal je la bg dia simpan.

Doktor datang nak wat rawatan kecemasan, mamat tu blah. Dia ckp nnt dia datang melawat and bagi barang2 aku tu skali.

Doktor tya aku boleh igt apa2 tak, aku angguk. Agaknya dia nak test, dia tya nama aku. "Adlina". Pastu dia soh aku tgk jari dia and cakap berapa jari yg dia tunjuk tu. "2".Pastu dia soh aku tgk ikut pergerakan jari dia ke kiri ke kana. Aku ikut le. Dia tya lagi, aku accident ngan ape.Aku ckp la lori.Pastu dia tya no fon rumah aku. Aku xnak betau. Aku ckp, x payah la.

Pastu doktor tu sambung keje dia.Dia potong seluar aku sampai kat bahagian peha.Aduss..dah la seluar kesayangan aku.Dia ckp nak suruh cabut pun payah sb tulang tersembul kat luar. Wat??!! tulang keluar??? Aku x tgk masa dia wat rawatan kat kaki tu. X larat! Pastu dia cakap ni nak kena operate sb nak betulkan tulang tu. Aduiiii...masalah masalah..Pastu dia tya lg no fon rumah sb dia ckp kena betau parents pasal nak operate ni. Aku pun bg la.

Alamak... habis la risau mak ayah aku.Dah la nurse tu pi cakap aku accident ngan lori. Weii,mmg la ngan lori tp ko x tya aku mcm mana aku accident tu, Aku pi langgar blakang lori yg berenti traffic light merah! Kan x serius sgt bunyinyer tuu..adehhh la. Siap ckp, aku dah sedar ni. waduh waduhhh..mesti derang igt aku kena teruk giler...

Lepas siap doktor tu cuci kaki aku, nurse pun tolak aku ke wad. Kejap kemudian, sepupu aku yg dok UIA datang. Dia org 1st datang.Aku rs mak aku dah call sedara2 yg kat KL ni pi tgk dl kot.. Kmdn sepupu aku yg dok kajang dtg. Tepon dia berbunyi. Mak aku yg call. Pastu dia pass fon tu kat aku. Menangis-nangis suara mak aku dihujung talian. Suara aku perlahan antara kuar ngan tak sb kesan dari sakit yg amat di kaki dan seluruh badan. Mak aku ckp, dia dah beli tiket flight mlm tu. Dia ngan ayah nak dtg. Aku pesan kat mak aku, nnt tolong amikkan buku2 aku kat kolej, nak study..exam.Ambik aku kena marah. Dlm keadaan camni leh pikir buku lg.
Di sebabkan kes aku ni open fracture, operation kena buat dgn segera sb takut ada jangkitan bakteria plak kat tulang yg terdedah tu. Muka aku rs pedih lg, susah rasa nak bukak mulut. Sepupu aku ckp, muka aku biru sebelah.Bengkak. Aku rs mesti kesan terhantuk kat bontot lori tu. Pastu nurse tolak aku masuk ke bilik X-Ray. Kena le x-ray kepala and kaki. Dah siap, dia tolak balik masuk wad.

Belum sempat mak ayah aku sampai, nurse dah datang bawak operation cap soh aku pakai. Dlm setengah jam kmdn, aku ditolak menuju ke bilik OT. Lepas bius, pandanganku terus gelap...................

Mataku rasa berair. Serentak dgn itu rasa sakit yg amat2 kat kaki kanan yg patah tu. Sampai aku konfius, aku sedar masa org tgh operate ke pe??? sakit Allah saja yg tau. Nurse yg dok kat sebelah panggil nama aku 2 kali. Aku pusing tgk dia. Xleh nak bersuara dah.Tgh menahan sakit yg melampau.Lg sakit dr sblm operate!

Bila tgk aku dah ada response, dia pun tolak aku keluar bilik pra-OT. Kat luar rupanya dah penuh sanak sedara aku yg menunggu. Mak ayah aku pun ada. Mak aku panggil aku masa strecher melintas depan dia. Aku cuma mampu memandang.

Sampai di wad, mak ayah and beberapa sepupu aku datang tgk. Lepas sepupu sme dah balik, ayah aku cium dahi. First time sejak sekian lama. Aku pun x igt bila last skali ayah aku cium aku. Agaknya itulah yg dpt dizahirkan kasih sayang dan rasa syukur seorang ayah apabila anaknya selamat dlm kemalangan. Aku terharu. Mak aku mengusap-usap rambut aku. Pastu aku muntah,habis sme nasi kerabu yg aku makan tgh hari td. Ye la, patutnya nak operate kena puasa tp dah kecemasan camtu mana leh tunggu.

3 hari aku terlantar kat wad di Hospital Kajang tu. Ramai gak kawan2 yg datang melawat. Pengetua kolej kediaman aku pun datang dgn JPP UKM. Terima kasih sme, kedatangan korang mengurangkan sket beban sakit yg aku tanggung masa tu. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada kedua ibu bapa ku sb bertungkus-lumus selesaikan urusan dan memaklumkan kejadian pd pihak universiti. Alhamdulillah sme berjalan lancar dan aku diberi kebenaran utk tangguhkan exam ke waktu cuti semester tu. Terima kasih sekali kepada kedua ibu bapaku yg sentiasa berada di sisi menjaga makan, pakai dan kesihatan aku sampai la bleh berjalan dan meneruskan kehidupan mcm bese balik.. Jasa yg tak mungkin dapat aku balas di dunia mahupun akhirat adalah jasa kedua IBU BAPA ku..

Memori Universiti Kebangsaan Malaysia : 2nd Year

First year aku ulang alik dari kolej ke fakulti or ke mana2 dgn public transport je. Aku bukan la jenis yg slalu merayau-rayau ke luar kawasan universiti tu,so x kesah sgt lerr klu xde kenderaan sdiri pun. Tp yg aku x tahan tu bila nak ulang alik dari kolej aku ke fakulti. Perrrhh jauh giler nak jalan kaki. Bas plak bknnya ikut jadual kelas kita.Kadang2 terpaksa jugak la jalan kaki. Peluh jgn ckp arr, klu perah baju dpt la sekilo dua.Tu belum time hujan. Kadang terpaksa benti kat pondok bas dl sblm sambung perjalanan balik ke kolej. Hujan lebat sgt xleh nak redah.Satu hari masa anta aku balik ke kolej utk sambung 2nd year,ayah aku tya mana fakulti aku.Aku ckper jauh, nun kat blakang bukit sana. Ayah aku ni ex-UKM jugak. Dia tau kawasan2 dlm UKM tu tp maybe dia lupa kot, memori UKM dia tu drpd 20 tahun lepas. Skang ni mesti la landskapnya pun dah makin besar dan berubah. Takpe,aku pun bawak la derang melawat fakulti. Ayah aku ckp, "Oo dah ada bangunan kat blakang ni ye. Dulu xde.Jauh jugak ni nak jalan.Kalau malam bahaya ni." Last2 aku dpt la motosikal satu.hehehe..berbunga betul hati.So 2nd year tu bermotosikal la aku.

First year dl mmg aku bleh dipanggil budak mentah la dlm kampus,maklumla alam baru.Masuk second year, aku dah mula pilih geng. X sme geng aku tu satu course. Mana yg masuk ngan kepala otak aku, yg jenis selamber yaya, otai2, aku layan wat geng.Tp klu girlie sgt, gediks and ala2 control..mintak maap byk2,xde tempat utk korang dlm group aku kehkehkeh..

Aku start ubah appearance, klu dl mcm budak innocent sket gayanya tp skang dah brutal. Siap ada wrist band, gelang besi,gelang tali berwarna(aku xtao la ada org tau ke tak gelang ni.dia tali dlm mcm2 warna,kita kena ikat sdiri kat tgn klu nak pakai).Pakaian plak kadang2 ada jaket sleeveless luar baju lengan tiga suku,sport shoes,wallet plak sangkut ngan rantai besi kat pinggang sluar.Berderum sana sini seluruh pelosok UKM dgn motosikal Honda Wave 100 kelabu kesayanganku itu..kihkihkih..Kadang2 penah gak aku lumba ngan member2 and dak2 laki satu kuliah.Aku x kira mcm mana bahaya skali pun asalkan aku menang dan aku plg laju. Minyak hitam mmg sentiasa berganti. Nak make sure motor aku smooth jer bila bawak. Paling puas bila budak laki pun salute kat aku bila menang.hehehe.. Boleh la nak katakan aku ni minah rempit cuma aku xde ler keterlaluan sampai kuar lewat mlm smata-mata nak merempit kat jalanan.Time blaja, blaja, time rempit, rempit. Result nak kena jaga gak weii..kang x pasal2 repeat paper,extend semester.

Aku igt bila dah masuk U ni nak pencen ler aktiviti ponteng tu tp xleh ler.. Tutorial mmg aku xponteng tp kuliah susah sket arr. Ada setengah lecturer tu bosan giler.Satu masa ok lagi, dua masa huhhh..ngantuk gilerr.Klu stakat baca slide, budak darjah 6 pun boleh..Besenya kelas2 camtu yg slalu aku ponteng. Kat U lg senang nak ponteng. Attendance pakai passing kertas camtu jer. Tulis nama and sign. Pe lagi, pesan kat member soh tulis arr. Signature dah bagi siap atas kertas kecik nnt dia copy jer.Semudah 1 2 3 hikhikhik..

Pejam celik pejam celik, dah pun sampai ke hujung semester tahun 2. Peperiksaan pun bermula. Lepas exam means cuti panjang.Leh balik kampung tp nak kena amik tiket cepat ni kang habis lak. Sme org cuti. Berbaki lagi 5 paper, aku curi masa sket pegi amik tiket kat stesen komuter kajang. Maklum la balik Kelantan ngan ketapi. Amik yg tempat tidur, best gak! Lepas je beli tiket, aku pun memecut motor kuar dari kawasan stesen.Xde le laju pun, gear 2 je. Pastu bila dah kuar, aku dgr kete mana tah dok hon2.Tah hape yg dihon tah.Aku pedulikan je.Kat depan ada trafik light.Beratur panjang gak tu. Aku tukar ke gear 3.Then terpandang la plak sekolah kat sbelah kanan. Aku rs ada terpikir something pasal skolah tu tp lupa dah. Pastu pandang balik depan. Ya Allah!! tawakkal, handle motor aku lepaskan utk selamatkan tgn aku dari terperosok bawah perut lori.Bangggg!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... -----LINK WITHIN-------- -----TIK TOK TIK TOK-----

-----TIK TOK TIK TOK----- -----WELCOME TO MY BLOG-----

-----WELCOME TO MY BLOG-----