Siri CD Your Baby Can Read |
Pada peringkat awal, masa dia berumur lebih kurang 14-16bulan, aku belikan flash card alphabet dan nombor as well as CD "Your Baby Can Read - Starter". Aku mulakan dgn alphabet dulu.Disebabkan sibuk dengan urusan kerja pada waktu siang, aku mintak bibik pasangkan CD "Your Baby Can Read - Starter" tu berulang2 kecuali masa nak masuk waktu solat zohor atau asar. Masa tu stop, pasang zikir Indahnya Iman di channel Oasis.Balqis suka dengar dan aku tak nak dia hilang minat kat zikir2 tu plak nnt.
Pada waktu malam plak, aku ajarkan flashcard alphabet. Tiap2 hari jadual Balqis mcm tu. Naluri budak mmg ada ketikanya dia lari dan bosan utk duduk belajar lama2. Bila dia mula beralih perhatian pada mainan lain, aku ikutkan saja. Lepas tu aku tarik balik perhatian ke arah flashcard. Sehinggalah habis sampai Z. Caranya mudah, aku ambil satu persatu flashcard dan cuma tanya soalan sama
Flashcards |
Aku tanya aku yg jawab sb dia belum tau dan belum boleh bercakap. Aku ulang lagi flashcard lain plak
"Balqis, what is this?" , aku jawab "This is B. B for butterfly"
Begitulah seterusnya sampai Z.
Satu malam, entah kenapa aku terasa mcm yakin anakku Balqis dah mengenal alphabet2 tu sme. Jadi aku buatkan satu game. Aku letak 3 flashcards secara rawak dan aku suruh dia tunjukkan alphabet yang aku sebut.
"Balqis, can you tell me which one is C? C for Cap." Surprisingly dia amik flashcard C dan bagi pada aku.
Aku cuba lg yg lain. Pun tepat jugak. Sampai la semua alphabet dah habis aku cuba dan semuanya betul! Gembira tak terkata..dalam hati aku bersyukur. Aku berjaya buat dia kenal alphabet pada usia 1 tahun 4 bulan.
Kemudian aku mulakan yg nombor, color dan shape Aku gunakan kaedah yang sama. Alhamdulillah sebulan selepas tu, semua dia dah kenal. Lepas sebulan, aku suruh bibik pasang CD Your Baby Can Read volume 1. Dua bulan kemudian, volume 2 dan seterusnya. Ujian aku lakukan berperingkat. Lepas mengenal A-Z, 1-20,shape and color, aku uji plak dgn perkataan. Seperti yg anda boleh saksikan dalam post saya yg terdahulu, video yg saya kongsikan menunjukkan Balqis berjaya membaca perkataan2 yg saya tulis dgn betul.Selepas berjaya dgn perkataan, aku uji pula dgn ayat2 ringkas dan senang disebut. Alhamdulillah pada usia 2 tahun 4 bulan, Balqis dah boleh membaca ayat2 mudah.
Kini aku dalam proses mengembangkan lagi pembacaannya dan Balqis juga sudah tahu membaca kiraan matematik. "1 + 1 = 2". Dia akan baca "One plus one equals to two". Sekarang dalam peringkat pembacaan, insyaAllah aku akan ajarkan kaedah mengira pula nnt.
Semoga apa yg saya kongsikan ini dapat memberi sedikit idea dan membantu pembelajaran anak2 anda semua juga. Sama-sama kita berkongsi benda yg baik, mudah-mudahan diberikan ganjaran oleh Allah swt. Amiin..
No comments:
Post a Comment