Thursday, September 22, 2011

Aidilfitri 2011

Seperti tahun2 sebelumnya, aku beraya di dua2 belah family; Husband aku Johor dan aku Kelantan. Cuma bezanya belah mana dulu. Kitorang ikut giliran. Tahun ni giliran Johor dl. Kitorg balik awal sket sb nak merasa puasa ngan family Johor. Ngan family Kelantan dah balik cuti mgu sebelum tu. Mmg slalu camni. Klu raya belah Kelantan dl pun, mcm tu la jugak. So ari sabtu 27.08. tu kitorg bertolak dari KL. Singgah Subang jap amik adik ipar kat Taylor College. Dia tgh wat persediaan utk gi US tajaan Bank Negara.

Sehari sebelum raya tu sempat lg aku ngan adik ipar yg doktor tu buat kuih raya. Kitorg buat tart nenas. Inti dia tu mak buat. Aku tukang picit doh,adik ipar aku tukang letak inti and gulung. 3 adunan tuuuu...perrhhh leh tahan la sakit blakang. Doh ada lg suku, aku ckp kat adik ipar aku, "adehhh..kak ina dah nak habis bateri dah ni". Dia gelak, sib bek ada dia. Bagi semangat utk aku teruskan picit doh sampai habis!

Ari raya pertama, pagi2 lepas sarapan lontong and lodeh,kitorg gi smayg kat masjid UTM(aku lupa plak nama masjid tu).Husband aku ckp,mmg tiap2 tahun smayg raya kat situ. Dari dia sekolah lg. Senang sb ayah dah biasa, dia lecturer kat UTM tu. Jadi aku ikut tradisi jer. Lepas smayg, sesi fotografi :-)


 
 

Selesai sesi fotografi di sekitar UTM, kitorg semua balik la berehat kat rumah dl. Makan2 biskut, borak2... lepas tu tibalah sesi bermaaf-maafan. Mak ngan ayah dok atas kerusi, anak2 amik giliran utk bersalam-salaman and bagi2 angpau. Balqis pun tak ketinggalan bersalaman dgn atuk, nenek, aunties and uncles. Dapat angpau!

Biasanya lepas tu kitorang akan berangkat ke kampung belah mak di Kg Melayu Majdi.Tapi tahun ni lewat sket berangkat sebab salah sorang adik iparku baru beberapa hari bersalin. Kesian plak nak tinggal lama2 berdua ngan husband dia je. Lepas zohor baru kami bertolak.

Sebelum bertolak tu sempat lagi aku layan main ngan Balqis and snap beberapa foto..

Kat rumah Nyang, dah tak ramai. Kebanyakkan orang datang beraya pagi. Yang ada cuma keluarga 2 org adik mak. Lepas layan kitorang makan, derang semua kuar pegi beraya rumah kawan yg sakit, kat mana tah. Kitorang tak pegi, yang pegi makcik2 and mak je. Layan la citer Puaka Niyang Rapik kat tv sat. Petang baru derang balik. Lepas derang balik, kitorang semua pun siap-siap la nak balik rumah.

Raya kedua tu, mak buat open house tp utk sedara2 terdekat je. Meriah jugak walaupun tak berapa ramai. Petang tu aku kena bergerak balik ke Kelantan utk beraya kat sana plak tapi kitorg stop bermalam kat Kuantan. Esoknya baru sambung perjalanan ke Kelantan. Jauh sgt, tak larat nak duduk dalam kereta 12 jam terus ke Kelantan. Husband aku pya plan sebenarnya nak bergerak dlm kul 5ptg tp sb tetamu ada lagi, last2 bergerak dlm kul 7mlm.

Hari Raya ke 4, parents aku wat open house. Jemput semua sedara, jiran2 and rakan2. Meriah betul! Balqis pun punya la seronok bermain ngan sepupu2 dia sampai 2 kali tukar baju. Berpeluh!   Sebelah pagi sblm tetamu datang, husband aku pegi beraya rumah salah sorang ahli AOC(Alphard Owner Club), Dr Syukri kat Jalan Hospital. Balqis and adik bongsu aku ikut skali. 

Lepas beraya rumah Dr Syukri, derang pun balik la. Kat rumah, tetamu dah start datang berperingkat. Aku tak menang tangan melayan, angkat makanan dan minuman, bersalaman dan bagi2 angpau kat budak2. Penat terasa tapi seronok tak terkata. Setahun sekali je dpt jumpe semua.

 Malam keesokkannya iaitu raya ke 5, selepas solat maghrib kami semua memakai pakaian warna tema tahun ni; Gold utk amik gambar family. Ruang yg digunakan mestilah guest hall sb besar sket dan lebih cantik utk photo potret keluarga. Then ada la sket ruang2 lain yg diambil as well as free style photo :-) Yg free style ni adik2 laki aku la nak.

Hari isnin 5 sept, kitorg bertolak balik ke KL. Untuk elak jem, kitorg lalu ikut Terengganu guna LPT. Highway tu tak siap sepenuhnya lagi, dijangka tahun depan siap dan dibuak secra rasmi tapi boleh la klu nak lalu separuh. Dibukak sementara khusus utk perayaan aildilfitri. Dalam pukul 9.30mlm, kitorg semua selamat sampai ke rumah..

Best betul beraya di kampung. Semoga berjumpa lagi Ramadhan dan Aidilfitri tahun hadapan :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... -----LINK WITHIN-------- -----TIK TOK TIK TOK-----

-----TIK TOK TIK TOK----- -----WELCOME TO MY BLOG-----

-----WELCOME TO MY BLOG-----