Tamat matrikulasi, bermulalah diari baru dlm hidup aku bergelar mahasiswi universiti. Betapa sonok aku dpt masuk UKM. Dah la dpt course aku mintak. Actually sampai ke alam kampus pun aku x tau nak jadi ape..yg pasti, time pilih course tu aku nak course yg plg pendek, bila keje nnt x kena pakai uniform, x keje dlm kilang atau tempat panas, yg kena pakai ala2 sofistikated, berurusan secara multinasional dan tempat keje pun sofistikated.Klu bleh aku nak keje dlm KLCC tp aku xnak amik course engineering sb lama sgt.So aku pilih ler komputer..Maka dapat la yg tu..
Mgu orientasi mmg membosankan. Part best cuma tang kena wat persembahan masa hari penutup orientasi tu jerk.Aku amik bahagian dlm pementasan teater. Dapat la 4 ke 5 kerat dialog..leh tahan gak le blakon ni ye. Mcm dok dlm dunia len.Menjiwai watak la katakan..haha! Asalnya saja cuba2 test power buat persembahan pentas utk penutup minggu orientasi tp lama2 rasa mcm suke plak. Lepas habis minggu orientasi ada pertandingan pekan teater universiti. Setiap kolej kediaman kena anta satu kumpulan teater utk ambil bahagian wat persembahan. Aku pun pe lg, masuk arr. Pegang watak nenek. Jalan citer penuhnya aku dah lupa. Tp secara ringkasnya teater kolej aku tu pasal anak derhaka dan ada kes dera sket la.Meleleh airmata audience yg tgk. Bajet dpt arr nombor tp huh!hampeh..Alasannya props yg digunakan x meyakinkan, byk kelemahan. Mmg xde chance la aku nak dpt pelakon wanita terbaik..wakaka!penat je aku mekap burok2 mcm tua, wat sore nenek,jalan bongkok2..
First year tu mmg aku agak baik ler...maklum freshies..Tapi disebabkan 'baik' tu la aku tertipu dek senior2. Kononnya suruh join kelab Xtreme C beramai-ramai sb mencabar dan byk aktiviti lasak. Ye le, mmg ada aktiviti berkhemah. Tapi ada agenda tersembunyi. Malam hari pertama perkhemahan tu, derang buat sesi brainwash daa...ini politik Universiti punya kess...tp yg aku nampak, politik universiti mencerminkan politik dunia sebenar kat luar tu. Aku puji jugak la derang ni yek, pandai buat helah. Promo kelab lasak, buat aktiviti perkhemahan kat luar, buat persembahan mlm tu pastu terus selit dgn ceramah2 utk brainwash budak2 hingusan yg baru kenal alam kampus nih. Ada yg x kisah, ada yg memihak dan ada yg menyampah and rasa tertipu. Aku antara sorang dlm kategori ketiga yg aku sebut td. Aku pekakkan tinga je sb tujuan aku masuk dan datang perkhemahan ni nak enjoy bukan nak berpolitik. Aku x minat politik dan aku xnak terlibat langsung. That's not me. Aku ingatkan bende ni habis kat sini jer. Rupanya bila dah balik kolej, sambung plak ngan aktiviti2 politikus kat kolej. Rupa2nya sb dah dekat pilihanraya universiti.
Baruku tahu rupanya kelab Xtreme C ni ditubuhkan sebagai 'kaki kanan' salah satu parti kat universiti and kolej ni. Cara gerakan kononnya underground berpayungkan kelab lasak kolej. Ahli2nya especially budak2 1st year dikerah utk menjaga kawasan asrama masing2 utk menghalang parti lawan menyebarkan fliers yg dikatakan sbg 'fitnah lawan'.Kena wat giliran sampai kul 4pg. Giler! Mula2 mmg aku ikutkan sb x bape nak faham lg tp aku mmg xnak yg tang kena bgn pagi2 buta kul 2 3 pg semata2 nak ronda kawasan.Ada sorang ni beria2 tul sampai bawak batang besi tuu pi ronda. Keje bodo.. Pastu ada lak mamat senior sekor ni mcm nak ngurat aku la plak. Kul 12mlm ajak aku turun ke bilik gerakan. Ada le senior2 pompuan len gak kat situ, ajk tertinggi. Igtkan ape, rupanya nak tunjuk dia men gitar kat aku.cett!hampeh..aku tido lg bagus.Penah skali siap join aku training basketball. Berlagak pandai tp skali aku drive and shoot,terus terdiam dia. Beberapa kali gak la dia cuba cari peluang tp bila aku asyik berdaleh, kata aku mcm2 plak, jual mahal la, perasan bagus la itu ini. Aku rs mamat ni sewel sket la. Sib bek hati aku keras.
Sampai time pilihanraya, aku tersempak ngan tutor kat kawasan kolej. Rupanya dia ni antara calon yg bertanding utk parti lawan. Dia student master rupanya. Mmg baik orgnya, tudung labuh, cakap pun sopan tp lantang. Aku borak la ngan dia jap.Maklumla tutor pun pengajar jugak. Layak dihormati anak murid, x kira la dia student master ke pe. Tgh2 borak ni tiba2 sorang senior laki dtg cuba halau dia. Pastu siap halang aku borak ngan tutor tu. Pehal ni?? Tutor tu soh aku ikut je. Tp sblm tu dia sempat pass satu kertas tertulis nombor undian utk calon parti dia kat aku. Then senior td ajak la aku duduk kat kerusi batu kat tepi kwsn parking kolej tu jap.Pe lg,soal selidik le ape yg aku borak ngan org tu td. Aku pun explain lerr..'Dia tu tutor aku. Ajar subjek pengaturcaraan. X salah rsnya sekadar nak borak ngan tutor. Kena hormat sket sb dia tu kira mcm cikgu aku ler'. Aku sorokkan kertas yg dibagi tutor tu td kat aku.Nombor2 genap adalah calon dari parti lawan. Nombor2 ganjil adalah calon dari parti pro derang.Dalam hati, aku akan undi sesiapa yg aku rs ada karakter sbg pemimpin utk mewakili suara2 siswa-siswi.Bukan sekadar yg hanya gilakan pangkat dan jawatan.Tak kira dia parti mana skali pun. Jiwa aku bebas dan aku x suke terikat dgn mana2 peraturan atau undang2 remeh buatan manusia!
Derang ckp,klu undi calon lawan, akan dibuang kolej utk 2nd year nnt. Terpaksa cari rumah sewa kat luar. Kecuali kalau merit tinggi. Ok, so aku akan pastikan merit aku tinggi and i will set up my own strong base kat kolej tu so that pengaruh aku kat kolej tu cukup kuat utk tidak dibuang.kihkihkih...they want a game, i give them a game.Let's see what can you do and will i do.. itu le antara yg terdetik dlm hati aku masa tu.
Lepas campak kertas undi, aku balik ke asrama. Kat lobi tu tersempak la ngan sorang member ni. Dia pun jenis otai gak tp ms tu dia mcm cemas sket. Katanya dia terkeliru nombor genap and ganjil. Mana satu utk pihak mana. Dia pi pangkah sme genap.Mcm nak nangis aku tgk sb takut kena buang kolej.hahaha! 'Wei, ko takut pehal? Aku ada cara utk ko stay dlm kolej. Jgn risau..' hehhee.. sejak dari tu, dia salah sorang yg plg awal jadi geng aku.Akademik, aku maintain so that result nnt org xleh pertikai sgt.Xde le meletop tp bleh le utk kumpul merit stay dlm kolej. Sukan, aku wakil kolej dlm basketball. Kebudayaan, aku wakil kolej dlm teater dan tarian.Kokurikulum, aku aktif PBSM,siap ada jawatan lagi.Dalam karnival kolej pun aku amik bahagian. Dlm setiap bende tu aku heret sama member aku tu td. Betapa sibuknya sampaikan pengetua and jawatankuasa kolej pun dah kenal kitorg. Alhamdulillah.. akhirnya utk 2nd year,nama kitorg tersenarai dlm pelajar yg kekal di kolej..
No comments:
Post a Comment