Tahun 2002..first time aku jejak kaki ke laman Kolej Matrikulasi Kuala Pilah... aku dah tak suka. Dah bleh rasa dah aura sengsara untuk hari hari seterusnya kat sini. Aku rasa sekolah aku dl dah cukup besar dah, rupanya kat sini lagi besar!Mata aku melilau mencari kot2 ada yang aku kenal. Mana la tau dari sekolah sama. Sebelum pendaftaran aku dah bertanya khabar geng2 sekolah sape lg yg dapat sama tempat ngan aku. Ada le 2 3 tp tak nampak batang idung pun masa pendaftaran tu. Lepas dpt nombor bilik, blok, level sme, maka angkut la aku beg2 pakaian, baldi dan kelengkapan2 lain. Mak aihhh.. tingkat 4 tuuu...dah la xde lif. Jenuh nak ngangkut. Sib bek ayah ada. Tapi at least aku dpt blok A1, dekat ngan dewan utama, cafe pun depan tangga je. Klu dpt blok C, perrhh..nun jauh di atas bukit sana. Xleh nak bayang kena ulang alik ke dewan utama sepanjang orientasi. Bukan setakat orientasi,nak gi dewan kuliah pun nanti jauh amat.. Cafe x kisah la sb setiap cluster mmg dah ada cafe masing2.
Sampai kat bilik, fuuhhh betapa leganya aku, ada room-mate dr sekolah sama cuma kat sekolah x geng. Tp arrghh peduli ape, itu zaman sekolah punya citer. Skang matrik, kat negeri orang plak tu. Mana yg kenal aku rembat wat geng..utk permulaan ni.hehe.. Tgh sonok2 berkenalan dgn roomates (1 bilik 4 org), tiba-tiba.. Adlina!!! Rupanya geng aku kat skolah dl! woohoooo!! betapa sonoknya aku akhirnya jupe gak geng lama, dah la depan bilik lak tu. Baru le semangat sket aku nak blajo kat situ.. Dah ada member cani xde la aku cuak sgt nak berjauhan ngan family. 1st time dok asrama niiii..
Seminggu berlalu, tamat la minggu orientasi..pastu sibuk la plak dgn pilihanraya JPP. Best gak nengok derang ni berdebat dok ngangkat diri masing2. Tapi aku peduli apa, bukannya aku kenal derang tuh. Org suruh turun pangkah, aku pun turun le pangkah.Tp tgk gak le nak pangkah pun..kena pilih yg skema2,baik2..bukan dak otai cam aku ni. Kang hancus lak kolej tu kang..
Makin lama aku bertapa menuntut ilmu kat kolej tu, makin pandai aku memilih 'geng' hehhee.. pangai lama dah datang balik dah..selain belajar ilmu sains biologi, aku belajar gak cara2 'fly' (aku rs budak2 yg penah dok asrama konpem tau istilah ni). Byk jugak lubang2 yg leh digunakan terutama kat belakang bukit blok A4. Nak menyusur bawah longkang besar bleh, nak lompat pagar dawai bleh ataupun yg lagi senang, malaun mana yg dah siap2 potong pagar dawai tu buat lobang hahaha! tima kasih le ye... memudahkan keje aku. Masa test jalan fly tu aku and da geng siap amik foto tuuu wat kenangan. Mana la tau kot esok2 masing2 dah berkeluarga, bawa haluan sendiri..tiba2 teringat waktu2 'bertanduk'..leh gak tersenyum lebar sorang2..macam aku skang ni ha.. :) Dek kerana gambar tu jugak la aku kantoi ngan Puan Bibi, lecturer bio masa kelas tutorial. Tgh syok belek2 album,dia datang jenguk. Sib bek le Pn Bibi ni sporting gak. Dia tersengih jerk tgk gambar aku fly tuh. Tp sempat la dia bg sebijik 'nampak muka cam baik tapi mcm ni rupanya..'
Yang membuatkan kitorg berkobar2 nak fly tu bukannya pe.. kat matrik dl mmg ada time outing tp masalahnya kena pakai uniform...cett!hampeh..wat malu arr dah besar panjang pun nak beruniform lg. Pastu balik xleh lebih dr kul 6ptg. Sib bek aku pandai kautim ngan mak gad and pak gad tuh. Lama2 mak gad ngan pak gad tu pun mcm dah jadi sekutu aku hahaha!! Maka aku abadikan jugak sekeping gambar ngan mak gad yg baik hati itu...
Ponteng kelas mmg still ada lg tp skali dua je le sb masa belajar kat matrik ni singkat, setahun je.. sukatan byk. Aku xnak le miss byk sgt, penat nak ngejor nnt. Dah le istilah bio pun mcm dah makin merapu tah hape2, berbelit lidah aku nak nyebut, belum lagi tang ngeja.Sape ler yg bg nama bende2 alah tu..xleh ke bagi nama yg senang nak igt senang nak eja sket??
Masa berlalu... baru setengah tahun kat situ, blok A1 terutama budak2 aras 4 dah terkenal ke seluruh pelosok matrik tuh. Paling byk kelentong, plg byk wat hal, tp result, most of us dpt result baik.Siap ada top scorer lg (bkn aku lerrr.aku belajar utk lepas ke next level jerk haha). Nak kata x study, result ok. Ye la kitorg blaja cuma bese le byk selingan.Baru best hidup ni penuh warna warni..Warden nak marah pun xbyk point sgt nak hentam.Cuma dia teeeerrus je bebel setiap kali kitorg wat pangai atau naik nama kat management.Tak sme yg mcm kitorg tp bilangan derang tu bape lah sgt banding yg jenis mcm aku nih.Tapi derang x kisah wpun slalu terpaksa tadah telinga time warden bebel asalkan time derang ada kemusykilan nak tya psl subjek pape,kitorg tolong..
Penah skali, kitorg wat birthday party utk sorg geng ni.Bergegar satu blok tu.Asalnya makan2 cam bese, masuk time potong kek, elok2 je kek tu di agihkan,piuuuttt melayang krim kek tepat hala kat aku, sib bek aku sempat ngelak,kecepukkk kena member. Huh apa lg, berdetak berdentum ler meriam krim melayang sana sini.Setiap kali birthday party, mmg dajal la jadinya. Dari bawah leh dgr gegak gempita suara memekik,lari dari hujung ke hujung wing. Last2, ketua blok (yg jugak JPP) naik ke atas.Nampak muka yg comot2 dgn krim sme, agaknya dia pun tergamam. Dia just lalu sambil tgk jerk. Agaknya cuak pun ada tu sb kitorg pun keliling dok nengok dia.hahaha!! Dia turun camtu je x kuar sepatah pun dari mulut. Byk gak aksi yg kitorg abadikan dlm gambar tp xleh lerr nak upload kat sini sb aurat mesti dijaga.
Lepas dari peristiwa tu, ada ler ceramah hape tah kat dewan utama.. Dalam ceramah sorang ustaz kolej ni, ada le plak menyebut alkisah aktiviti menyambut hari lahir. Kitorg sme wat muke poyo cam xde pe yg blaku. Tp yg peliknya warden x bebel sgt pasal birthday party tu.Agaknya dia pun dah penat bebel kot..sian plak dia..tp tu la,nak wat cane..tabiat.. :D
Aku kesian gak ngan HEP tu(aku lupa apa nama dia n post dia kat situ). Pagi2 perhimpunan, xde bende len nak bersyarah.Fly, rokok di asrama laki, berdua-duaan(ni satu bende yg mmg aku x layan.aku otai mana leh jiwang2..lembik arr beb),samseng kolej( yg plg glamer.. Komeng!) Aku terfikir gak, klu xde bende2 ni sme, pe lg yg dia nak bawak sbg topik perhimpunan?? Agaknya nasyid byk2 sket, ceramah pendek motivasi diri, akhlak mulia..aihhh alamat meleleh la air liur basi aku kat perhimpunan tu kihkihkih..
Wpun slalu gak blok A1 ni naik nama sb masalah disiplin, tp slalu gak harum sb top scorer pun dari A1, ramai yg CGPA tinggi pun dari A1, sukan pun menang. Mmg A1 glamer masa tu especially aras 4. A1 siap ada peminat tuu..ada sorang dak aras 2 tu siap ckp, best arr korang...aku tingin nak dok aras 4 ngan korang.Hmm dia xtau yg kitorg ni slalu dok ngeluh kena panjat tangga tah bape kali sehari. Turun makan kenyang2 kat cafe bawah, baru je sampai bilik, nasi dah pun separuh hadam.. Dak2 blok len plak slalu gak bertenggek kat cafe A1. Derang ckp makanan kat cafe cluster A paling best.
Dalam byk2 kisah gila2 ni, cam bese ada gak selingan citer hantu..Paling femes hantu makcik karipap. Aku rs makcik karipap ni dah pegi ke seluruh matrik di Malaysia nih.Mana2 dak matrik yg penah aku jupe pun mesti ada citer hantu makcik karipap. Slalu jual karipap dia kat budak2 yg study lewat mlm. Tp sepanjang aku study lewat dl, x penah plak dia ketuk tingkap jual karipap kat aku. Agaknya level aku tu dah slalu huru hara, dia pun cuak nak naik berniaga hahahaha! Aku mmg jenis x layan sgt bende2 tahyul camni.Cuma..ada satu hari tu, kebetulan kitorg satu bilik sme tido awal. Esoknya tu, sorg roomate aku ni citer. Budak2 depan bilik kitorg tu tya, pehal yg kitorg gelak sakan smlm. Dah pukul 12mlm tp riuh bukan men lg.Gulpp!smlm tu belum kul 11mlm sme org dlm bilik tu dah dibuai mimpi dah pun. Pe lg, member aku tu pun sarankan la kitorg sme baca yasiin mlm tu. Hmm..klu aku jadi budak bilik depan tu, dah lama aku ketuk pintu tya pehal gelak riuh ni.Ade pape yg best ke?? Haa nnt baru betul2 konfem yg bunyi gelak tu dr bilik kitorg ke bilik len.
Citer2 hantu ni sme aku leh tahan lagi. Yg aku plg x tahan, bila xde air. Terpaksa la angkut dari pili bomba kat bawah.Perhh masak weii ulang alik ngankut baldi air dari bawah ke tingkat 4. Bergetar ganglion aku. Neurotransmitter aku pun agaknya lelah dok passing mesej ke sendi2. Bukan sekali dua xde air. Slalu jugak la sampaikan penah skali, arahan dikuarkan supaya balik cuti hujung minggu sb masalah air dah kritikal!
Pejam celik pejam celik..dah sampai ke penghujung.Alhamdulillah dlm huru hara dok buat hal saban hari,dapat jugak aku result yg melayakkan aku ke menara gading. Sedih nak tinggalkan matrik tu. Wpun setahun tp byk kenangan yg dihimpun. Tah bila plak dapat jumpa derang ni sme. Lepas ni, masing2 akan mengikuti kursus pengajian di universiti dan kolej yg akan menentukan hala tuju kerjaya masa depan. Bermakna,klu kita berjumpa sekali lagi pun, mgkin keadaan dah berbeza.Apa pun, hidup mesti diteruskan. The journey of life will never ends until the final breath..
No comments:
Post a Comment