Thursday, April 30, 2015

Lets move to Khartoum!

December 2012 was the final month for me been a career woman. I've submitted my resignation letter 2 months earlier to meet the 2 months notice period. Why???? First; because it is time.. and it genuinely came from the bottom of my heart. Second; my husband has been transferred to Khartoum for 3years and of course he needs his wife and kids to join him moving there!

Unfortunately, the plan changed.. my husband's relocation has been postponed for some reasons. But according to him, he will go there by hook or by crook but just not sure when is the new date. So he asked to wait dulu from applying any new job. Tunggu..punya tunggu..punya tunggu.. opsss I got pregnant! Then yang ditunggu datang menjengah..rupanya kena pergi bulan Jun.. disebabkan pregnant, aku dan anak2 pun tak ikut skali. Dia pergi sorang dulu. Aku and kids balik rumah parents aku and stay sampai bersalin and habis confinement. For him, since tak bawak family, dia boleh balik every 3 months. Means keje 3bulan, balik cuti sebulan.Begitulah seterusnya sampailah kami ke sana nanti.

Day after day, month after month... akhirnya aku bersalin and its a girl again!! yeahhh! Alhamdulillah.. :-)

After completing my confinement period, tibalah masa dia pulang bercuti dan cuti ini juga bermakna kami akan menyusulnya ke Khartoum. I've heard many things about life and the of living there from him. Deep in my heart I know the place is not for me hahaha! I can't imagine living in a place like a town in the dessert.. Hard to get many things especially food supplies and ... banyak lagi la. Susah aku nak cakap. Kadang benda ada kat sana tapi mahal gedabak! Contoh mcm sabun basuh baju yang cecair.. RM40/litter derr...

Ujian demi ujian datang. Makin hampir nak pergi makin hebat ujian. Sementara menunggu masa nak bersalin dan berangkat ke Sudan, aku sempat berniaga shawl online. Makin lama makin meluas pasaran dan makin ramai customer. Purata jualan sehari dah mencecah RM1000! Makin sayang aku nak let go bisnes ni. Aku cuba jugak la pujuk cik abang boleh tak kala aku tak ikut.. tp aku rasa jawapannya korang semua pun boleh agak..huhu

Finally, I let go the business to a lawyer.. ada sedikit agreement la tapi nampaknya..bukan rezeki dia untuk buat duit dengan bisnes aku ni. Memang tak jalan derrr..........

Dekat nak bersalin, datang lagi satu ujian.. headhunter call aku.Ada job offer and surprisingly it comes from my ex-client! It's a Japan Company - office in Cyberjaya. First call, memang aku nekad don't want to give a try but aku tolak cara elok la.. aku tak bagitau pulak nak migrate. Aku just cakap I'm not looking at the moment la..jawapan standard.. pastu dia call lagi aku tak angkat(tak sempat angkat).. Kali ke 3 call. Masih teguh dengan pendirian. Tapi dia pancing aku dengan reveal offered salary. RM15K uolls!! Tak termasuk pakej benefit lagi tu. Gaji basic je tu. Kalau ikutkan pengalaman aku kerja dengan international company selama 7thn as SAP Consultant ni.. benefit yang lain termasuklah cover parking, phone bills, broadband, tol.. semua company tanggung (dalam bentuk claim atau allowance). Kira gaji tu memang untuk makan pakai aku je le. Apa lagi..goyah jugak la iman aku.. "Terpaksa"la sekali lagi aku mencuba nasib tanya En Suami boleh tak kalau aku tak ikut.. namun jawapan tetap sama.. tapi dia tak la memaksa cuma dia lebih suka kalau isteri dan anak2 ada depan mata..dia jenis family man. Betul jugak.. aku pun lebih suka budak2 ni membesar dalam satu keluarga yang lengkap. Lagipun..betul cakap ayah aku.. tempat seorang isteri adalah di sisi suami.. (tak pasal2 aku kena lecture sekejap ngan ayah!)

Akhirnya aku beralah.. insyaAllah..tak dapat duit dan kebebasan didunia,sekurang2nya dapat saham akhirat yang jauh lebih bermanfaat..anak2 dan suami lebih memerlukan aku..sayang aku pada career dan kerja tak dapat mengatasi sayang aku pada Allah, Rasul, Suami, Ibu Bapa dan anak2. Kalau aku ingkar, setiap sorang dari lelaki dalam keluarga aku akan dapat habuan sket2 di akhirat esok2.

Persiapan pun dibuat.. Dekat RM10k aku berbelanja untuk buat stock ke sana. Untuk first time pergi, company bagi 1 kontena @ kargo (500kg) . So kalau by air kena not more than 500kg. Kalau lebih kena shipping la. Barang aku lebih, so ship la ke sana.. tak lama sangat, dalam sebulan lebih sampai lah. Syarikat yang bertanggungjawab datang packing dan bawak barang ke sana adalah Subalipack. Memang tip top keje derang ni. Barang kaca,perabot,cecair semua teliti dia pack. Alhamdulillah semua selamat sampai dalam keadaan elok.

Masa nak berangkat pun tak kurang banyak juga la barang.. bahan2 basah especially untuk memasak bawak masa nak berangkat. Masuk bagasi. Semua skali 5 bagasi besar!haha..

Tapi sebelum berangkat, sempat la berseronok 1 family ke Langkawi dulu.. 4hari 3mlm.. pastu balik rumah mertua di Johor, buat medical checkup and injection di KL...balik semula KB, pergi semula KL.. bla bla bla.. baru ke Khartoum. Panjang perjalanannya..huhu.. Tu nanti kita bukak lain topic. Dah lenguh nak menaip ni. Nak solat zohor dulu.. Kat sini dah pukul 2.35ptg. Malaysia malam la kot.. around 7.30 - 8mlm..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... -----LINK WITHIN-------- -----TIK TOK TIK TOK-----

-----TIK TOK TIK TOK----- -----WELCOME TO MY BLOG-----

-----WELCOME TO MY BLOG-----