7 Disember 2011 yg lepas, PM Malaysia dah mengumumkan bajet kerajaan untuk tahun 2012. Bagi aku yg bekerja di sektor swasta, bende2 bajet ke pe yg berkaitain dgn govt ni xde la nak ambil pusing sgt. Tu depa punya hal la. Hal kita dgn majikan kita je. Namun setelah melihat corak strategi bajet tu, terdetik plak di hati kecil aku utk mengetahui lbh lanjut dan mengulas sedikit sebanyak berdasarkan pandangan aku yg tak berapa penting ni...cewahhh..hehehe
Ramai yg mengeluh di FB, bajet 2012 lebih kepada penjawat awam atau lbh spesifik, guru. Bila aku tengok balik, hmm..patut la depa tak puas hati. Aku baca pun aku tau mmg lebih kepada sesetgh golongan jer. Aku tak tau apa atau kat mana logikalnya yg mendorong golongan ini dilebihkan dari yg lain. Yg swasta tak yah cakap arr, mmg depa reti kaut duit from kitorg jerk.Pastu bawak masuk sbg agihan dalam bajet derang. Bukan bagi, ambik! Cukai penjawat awam RM50-RM100 jerk.Klu lbh pun sket jerk. Tapi kitorg, perhhh bedal pakai percentage! Makin byk kitorg carik duit makin byk derang kutip. Tapi tak pe lah, take into consideration; firm employees were earning 50%-70% more than govt employees. Some more we got a lot of other benefits, bonus, increment, claims as well as employer's contribution.
Kenaikan gaji siling guru dinaikkan sebanyak 37.7% utk siswazah and 39% utk bukan siswazah.Means before this, just about RM6325 utk siswazah, RM3860 utk bukan siswazah. Now is RM8710 utk siswazah, RM5370 utk bukan siswazah. Dari segi kenaikan gred plak, dulu kena tunggu 20thn baru leh merasa gaji byk tu. Skang kenaikan gred is every 8 years.Means lepas 8thn, leh naik ke DG 44, then after 16 yrs leh naik ke DG 48. Yang disebutkan ni mmg aku rasa patut la. Sikit sgt klu gaji siling RM6325. Apa lagi klu bukan siswazah, RM3860. Harga barang makin mahal. Ada tanggungan lagi. Memang kesian la klu byk tu je.Tu pun dekat 20 tahun baru dpt byk tu. So gaji siling naik sket ni ok la. Pastu kenaikan gred every 8 yrs wpun bg aku, better la than before wpun still lama gak. Aku keje 5 tahun dah mcm gaji siling siswazah yg baru dinaikkan tu, derang plak terpaksa bertungkus-lumus 16-20 thn baru dpt byk tu. Aku xleh bayang.
Yearly increment utk penjawat awam plak dinaikkan antara 10%-13% atau RM80-RM320 ikut gred. Yang ni pun aku rasa mmg patut la. Wpun bg aku still tak berbaloi tp at least byk la sket drp sblm ni. Betul tak penjawat awam? Aku tak tau bape yearly increment derang sblm ni. Tapi of course la lagi sket banding yg baru ni kot. Bagi sektor swasta mcm aku ni klu stakat 2 3 ratus mmg tak berbaloi la, tolak2 tax sme, lebih kurang je jadinya dgn before naik. Tu sb besenya swasta pya increment dlm jumlah percentage lbh tinggi berbanding govt wpun bergantung pada performance. Tax yg kerajaan kenakan utk sektor swasta lbh tinggi berbanding govt yg just around RM50-RM100 je every month.
Yang peruntukkan utk guru sambung blajar tu pun aku rasa mmg patut pun. Budak2 nowadays makin bijak, jadi cikgu pun klu still dgn gaya lama, aku rasa...susah sket la. Parents pun makin choosy skang ni.Of course la, if i would want to send my kids to school, i would send them to school with high reputation which have so many of high quality teachers.
Regarding bonus half months salary that will be paid out by end of december utk penjawat awam tu, aku tak de bende nak pertikaikan.Takde kaitan dgn aku pun.Malah aku menyokong :) Parents aku keje govt, setahu aku dulu2 mana ada bonus half month salary. Bape percent je bonus derang. Aku dibesarkan dlm family yg keje govt dan aku dah rasa mcm mana hidup dlm keluarga yg bergantung pada gaji kerajaan. Mmg kena bajet betul2 sb takut tak cukup. Adik beradik 5 org. Kesian ayah dan mak aku dl. Aku anak sulung. Bila ayah aku bagi 50sen belanja sekolah ms sekolah rendah dl, aku x bising wpun jeles jugak tgk kawan aku bawak seringgit. Aku ada 4 lg adik yg parents aku kena sara. Jadi apa yg aku dpt, aku terima je tanpa byk songeh. Byk jugak aku berangan nak beli itu ini,tp 99% tak kan dapat la. Ye lah, dapat bonus pun bape ratus je, byk lagi bende nak buat dgn duit tu. So skang bila kerajaan umumkan nak bg half months bonus, aku sokong. Lagi pun bkn slalu nak dpt tu.
Kalau keje swasta, depends pada company. Ada setgh company pakai percentage, ada setengah pakai contractual bonus. Tapi klu percentage pun, gaji pokok derang bg tinggi, so klu 15% pun dah dpt byk.Klu company aku plak, performance bonus mmg every 3months. Klu achieve target 80% chargeability, dpt la 10% utk 3bln keje tu. Then klu capai lg utk next 3months, dapat lg 10%.Then at the end of the year, ada 1 month contractual bonus, plus performace bonus. Means bulan 12 every year konfem dapat 2bln gaji + performance bonus. Leh la nak wat blanje mak ayah aku, adik2 sme pegi melancong skali skala. Lgpun, duit aku bukannya pakai sgt, yg len2 sme husband aku punya tanggungan la hahahaha! leh dak?hehehe.. ye le, gaji dia 2 kali ganda aku, bonus plak 4 bln klu PPA 3, 6 bulan klu PPA 2. 10 bulan klu PPA 1. Jauh kan beza, so dia tanggung sme. hehehe...
Bantuan tambahan utk pesara kerajaan tu pun aku bersetuju :) Mak aku dah bersara, so dapat la duit belanja lebih sket every month.Bukan aku tak bagi 'elaun' sbg anak, aku bagi every month cuma klu ada lebih mesti dia lagi suka. Dia suka aku pun suka la :)
Yang pasal nak naikkan elaun ahli parlimen tu aku tak berapa setuju sket. Aku malas nak komen panjang yg ni, tp aku tak setuju(macam la derang kisah dgn suara aku ni kan??hmm..) Lagi satu, ritma kelebihan yang nyata kepada golongan guru ni dikhuatiri ada udang disebalik batu. Kelebihan lain pada penjawat awam pun sama, dikhuatiri hanya utk memancing undi. Takde penekanan and perhatian khusus utk sektor swasta sb mmg sudah sedia maklum, kerajaan tidak mempunyai apa2 hak ke atas pekerja di sektor ini. Pekerja adalah hak mutlak majikan asalkan beberapa sisip undang2 seperti tax dan caruman dipatuhi. In other words, tiada istilah pancing undi utk kami :) hehehehe... Cuma tu yg depa ambik kesempatan cabut tax byk2 from kami. Cess! Bonus 10 bulan, patut dpt RM300K tp disebabkan cukai haprak tu, yg masuk bersih cuma dlm 150K!! Cuba bygkan kes yg mcm ni.Berapa byk kerajaan kaut untung atas seorang drpd kami. Kalau dia agihkan pada yg sepatutnya, xpe lah. Bimbangnya takut ntah ke poket sape plak duit tu melayang kang..
Well..dengan kelebihan2 yg dah diberi ni, diharap penjawat awam akan lebih efisyen le wat keje. Slalu gak aku dgr rungutan, susah nak berurusan dgn jabatan kerajaan ni. Mcm2 hal, dah la slow, tak efisyen, bagi dokumen, dokumen ilang.. klu call, dekat 10 kali dail tu baru angkat, suara plak mcm tak cukup makan.. mcm2.Aku tak kata org je, mmg aku pun dah banyak kali terkena service yg mcm ni klu berurusan dgn govt agencies..
Jangan marah ye penjawat awam, sesetengah teguran tu bertujuan membina. Kita saling tegur menegur, ada faedahnya. Selamat maju jaya!
No comments:
Post a Comment