Tuesday, August 9, 2011

SAP Training in Shanghai,China

Seminggu selepas balik dari Surabaya, aku terbang plak ke Shanghai,China. Tujuan sama, SAP Training. Aku pgl siri training sbg Training Tour.Kali ni berbeza sket suasananya. Sme users yg terlibat dari seluruh Greater China berkumpul di Shanghai office utk join training ni. Dlm senarai ada lbh krg 100 lebih. Buat kat conference hall (mcm lecture hall bentuknya), siap ada video cam lg utk rakam. Alasan, so that derang leh buat jadi rujukan in future.

Aku sampai di Pudong International Airport. Kuar je gate, dah ada org tunggu dgn sepanduk nama aku. Terus aku ikut pakcik driver tu ke kete. Suhu masa tu dlm sekitar 14'C. Sejuk tp leh tahan lg la x pakai baju tebal.

Sampai di perkarangan Parkyard Hotel, pintu kereta dibuka utk aku. Terus check in and masuk bilik. Nak cuci badan mcm malas sb sejukkkkk sgt. Tp x selesa plak..cucilah jugak.Lgpun kan ada heater. Lepas siap sme, mcm bese review slides dl sat. Nak amik mood. Maklum la audience nnt dlm 100 org wpun aku konfiden mesti less punya.


Lobby - Parkyard Hotel
Esoknya, aku mintak hotel dapatkan teksi utk ke office. Aku bg alamat yg dah siap2 tulis dlm bhs mandarin kat driver tu. Kat cina ni pun x ramai yg leh ckp bhs inggeris.Lbh krg Jepun je. Aku rs maybe sb kerajaan dia amalkan dasar tertutup. So perkembangan dari segi sosial tu x seberapa wpun negara dah maju. Ceewaah berfalsafah plak rs!hehehe..

Sampai office, aku tya le kat customer service, kat mana dewan utk SAP Training. Tak paham la plakkkk..... xleh ckp omputih rupanya..adusss.. Aku pun duduk je kat seat yg disediakan. Tiba2 ada sorg pompuan sampai and bila nampak aku, dia terus tegur aku, "Are you SAP trainer?". Aku ckp, "Yes".

Dia pun bawak la aku ke work station dia dl. Dia bg pas office satu kat aku so that senang the next days aku nak datang x payah lg sign buku attendance kat pondok guard. Maklumla training ni 4 hari. China training ni plg lama dlm siri tour tu, 5hari 4mlm.

Dah dekat kul 9pg,aku dibawa ke conference hall. IT admin tolong setupkan aku punya laptop, projector and microphone. 1st day mmg sesi aku sorang. Member aku lg 2 org akan sampai mlm tu. Esok sesi derang berdua. Aku free esok tp kena datang jugak la sb kot2 ada soalan inter-related.


Session aku...

Santai je..

Audience
Hari ke-3, ada separate session utk 3 modules tu. Kali ni terus aku masuk system,senang sket la. Pastu sesi soal jawab. Sempat la aku settlekan dua tiga issue yg simple2. Malam tu kitorg kuar makan kat restoren arab skali ngan 2 org Manager client.Derang la yg cari restoren tu sb dah tau aku muslim. Ada certain makanan xleh makan. So mlm tu derang belanja..hehehe..

Hari ke 4 tu plg dinanti. Tak sabar aku nak habiskan training ni. Malam nnt kitorg dah plan nak gi jenjalan kat Wai Tan Lake. On the way ke situ, singgah beli makanan yg makcik ni jual kat tepi hotel. Aku tak to pe nama mknan ni tp yg penting aku tau halal sb aku amik yg telur je and dia masak depan aku.


Kitorang melantak sambil jalan ke train station. Nak pegi nek train. Satu haram pun aku tak paham ape yg ditulis kat ticket. Sme dlm mandarin. Sib bek pegi ngan member chinese. Yeayyy!! let's go to Wai Tan Lake!! Derang ckp kat situ plg best. Ada mercu tanda kota Shanghai. Bangunan2 kat situ pun cantik2. Pemandangan mmg cantik cuma masa tu nak start musim sejuk, kat situ lebih sejuk la.Dah nama pun dekat tasik.Suhu aku rasa dlm 9'C - 11'C kot.


Cantik bangunan2 ni.. waktu malam tp disuluh spotlight oren. So nice! Pe lagi, abadikan la dlm gambar hehehhe...


Unik van yg pakcik ni pakai wat berniaga kat situ

Puas merayau-rayau kat Wai Tan Lake, kaki pun dah lenguh, kitorang pun balik la ke hotel. Sblm balik sempat la aku rembat sourvenir sket wat kenangan. Bese la, fridge magnet benda wajib klu travel mana2. Sampai hotel, terus cuci2 sme, packing and tido! kepenatan weh..

Esok pagi amik transport hotel ke Pudong International Airport..
Malaysia!!! Here i come back!!!

SAP Training in Surabaya,Indonesia

September 2010, aku terbang lagi mengembara sendirian ke Surabaya, Indonesia. Tujuan yang sama, SAP Training. Audience lebih kurang dlm 20 org. Tak la ramai sgt. Kali ni aku dah tak segugup masa ke Bangkok sb ni kali kedua mengembara. Dah ada pengalaman. 3 hari 2 malam aku kat sana.

Penat x leh nak ckp. Hari sebelum bertolak tu, aku masih di Huangzhao, China. Sampai rumah dah malam. Pagi esoknya kul 11pg, dah kena terbang ke Surabaya. Rasa mcm kebingungan pun ada. Berada di 3 zon masa berlainan dlm tempoh 2 hari 1 malam. Nasib baik aku masih ada tenaga utk conduct training tu. Klu xde pun terpaksa la paksa diri.

Di Surabaya, aku stay di Hotel Sheraton, sebelah ngan Tunjangan Plaza. Tengah2 kota Surabaya. Cantik jugak la bandar ni. Cuma dari segi kebersihan dan keadaan lalu lintas agak kurang sket banding KL.

Sheraton Surabaya Hotel
Sampai di Juanda Airport, mcm bese ada driver hotel tunggu sambil pegang sepanduk tertulis nama aku. Ikut la dia ke kete. Kat sini org2 dia ske pakai kete MPV. Tak tau la sb anak ramai ke pe.


Dlm perjalanan ke hotel, bapak driver tu excited dok citer pasal sejarah2 kat kota Surabaya tu especially klu lalu depan monumen2. Ada satu moumen tu bentuk ikan dan buaya. Katanya, sejarah Surabaya ada kaitan dgn monumen tu. "Sura" tu maknanya ikan. "Baya" tu maknanya buaya. Dulu depa ni bergaduh. Pastu aku lupa dah peristiwa yg dia citer.......last2 derang namakan kota tu dgn nama "Surabaya".hihiihihi..sonok gak aku dgr citer dia.Mcm atuk2 citer kat cucu pun ye.

Dia tya gak keadaan kat KL. Dia x penah ke luar Indonesia.Ongkos mahal katanya. Aku citer la sket2 psl KL. Dr cara dia ckp, aku bleh agak seolah2 org indon pandang Malaysia lebih ke depan berbanding negara sendiri. Bagi aku, ntah la.. x sempat plak aku nak compare2 hehehe..

Sampai di hotel, aku terus check in. Mcm bese, aku review slides sepintas lalu nak make sure aku tak hilang fokus. Esok pagi, aku pegi dgn driver yg dah diatur oleh company. Naik la kete dia. User pun ada skali. Training kali ni dibuat kat plant, not the main office. Mak aiihhh..jauh bebenor plant nya..ada yg sampai terlelap dah dlm kete tu. Aku plak asik dok menengok pemandangan sekeliling. Ada something yg unik kat indon ni. Org leh menjaja sesuka hati even kat traffic light jalan raya. Dipikulnya barang yg nak dijual tu sambil menunjuk2 mengetok2 cermin tingkap kenderaan. Boleh ekk camtu?? hmm..


Training tu berlangsung di main board room derang. As i said, audience datang dr pelbagai level. Tak heran ada sesetgh tu x leh ckp bahasa inggeris. Disebabkan dia tau aku org Malaysia dan boleh berkomunikasi dlm bahasa melayu yg lbh krg indon tu, dia pun ckp la bahasa indonesia. Tapi presentation aku tetap dlm english. Aku x biasa present dlm event camtu dlm bhs melayu.

Sesi tu memang memenatkan berbanding kat Bangkok dl. Derang mcm susah nak faham and byk tak tau. Aku faham, ada yg baru join company and baru buat SAP but i didn't expect derang se'blur' camtu. Setiap bende tya. Drag sampai kul 5.30ptg. Dah gelap time tu. Lepas habis tu, derang belanja makan kat luar. Kat mana tah aku lupa. Sempat la aku abadikan gambar makan bersama derang :-)


Keesokan paginya,aku bersiap2 and check out. Lepas breakfast, driver hotel hantar aku ke Juanda Airport. Lega...akhirnya dah nak balik Malaysia. Benarlah kata orang, hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri. Sejauh mana kita melangkah, negara sendiri jugak yg dirindui. I miss my dear sweetheart, Balqis!

SAP Training in Bangkok,Thailand

In October 2011, bermula sejarah baru dlm career aku sebagai SAP Consultant. Alhamdulilah aku melangkah setapak lagi ke hadapan. 1st time diberi kepercayaan menggalas tugas di luar negara. Walaupun cuma utk 2 hari, tapi bukan mudah utk conduct training kat users(client) yg datang dari pelbagai level. Ada yg executive biasa, manager,supervisor, head of department and so on. And i have to really get prepared.
Seingat aku, last skali aku travel kuar Malaysia ni masa kecik2 dl. Passport aku pun still bawah mak ayah aku hahaha! Betapa lamanya aku x penah kuar Malaysia. So of course le masa kena gi Bangkok tu,mcm2 yg aku pikir. Takut sangkut kat kastam la, miss flight la, x tau cari jalan kat sana la itu ini.. Tapi demi kerana nak cantikkan experience dlm CV and melebarkan sayap dlm dunia SAP, aku gagahkan jua..Lgpun leh le aku collect untung perdiem tu!hehehehehe

Masa kat KLIA, masuk gate and alhamdulillah lepas 1st check point. Passport pun lepas. Pastu kena tunggu flight ready plak kat waiting lounge. Sambil2 tunggu tu aku isi le borang departure/arrival yg pakcik kastam bagi. Alamak! pebende nak isi ni??? Pe lg, tanya la budak sbelah aku. Rupanya dia keje ngan kedutaan Malaysia kat Bangkok. Hah bagusla, in case aku sesat ke pe, leh call dia terus kat kedutaan tu.Dia bg aku business card.

Dalam flight, seat aku satu row ngan dia. Borak le sket ngan dia. Ada le dia citer sket pasal tempat yg aku nak pegi tu mcm mana. Tempat yg aku tuju is Central World. Dia ckp,dulu sebelah centralworld pya bangunan tu ada food court tp skang dah ditutup lepas terbakar akibat rusuhan baju merah baju kuning. Menyirap darah aku jap. Aku ada anak kecik ni..huhu.. Tapi lepas tu lega balik sb dia ckp skang dah ok sket.


Suvarnabumi Airport
 Sampai je di Suvarnabumi Airport dalam kul 6pm waktu Malaysia, mata aku melilau baca signboard. Alamak x sure lak mana nak nengok lane utk collect bagasi. Sib bek tersempak ngan sorang org malaysia yg tunggu skali utk naik flight td. Tya dia arr. Dah dapat bagasi, kuar la aku dari gate. Mata aku sekali lg melilau mencari board yg tulis nama aku or hotel. Jumpe! "Sawadikap.."kata lelaki tempatan yg lengkap berpakaian uniform hotel tu. Aku anggukkan saja. Lepas dah semak nama sme,dia bawak aku ke tempat pick up/drop.



Sekejap lepas tu, datang la kereta camry hybrid from Holiday Inn Hotel. Dia bukakan pintu utk aku tp sblm aku masuk,aku mintak tolong dia amikkan gambar aku depan kete tu.Wat kenangan..hehehe!

Bestnye camry dia nih! cozy betul! Pastu dia mula la beramah mesra ngan aku. Tya dari mana nak ke mana,ada urusan ape ke Bangkok, penah datang ke tak and so on. Aku jawab jerk..

Sampai kat tol, ada tulisan2 siam kat pondok tol tu. Aku rakamkan jugak dlm photo.hehehe..
Kenangan tuuuuu..!
Haa..ni dia pondok tol tu.
Sampai je hotel, terus aku kemas2, mandi sme..rehat jap.ponat den! Sblm tido check dl presentation slides and went through one round. Masuk internet jap,surfing2 mana yg best.Sampai la mata dah berat nak bukak, tgk katil cam best jerk, pe lg..tido arr! :-)
Esoknya,aku siap2 terus utk check out.Lepas habis training aku nak terus ke airport.Flight kul 6pm. Masa check out tu aku dah book kete hotel utk jemput aku kat office client and hantar ke Suvarnabumi Airport.

Office tu sbelah hotel tu je. Aku jalan je ikut walking-bridge(jejambat pejalan kaki).Patutnya bleh terus sampai dlm Central World tower tp sb aku x tau, so aku turun bila nampak signboard turun.

Selesai training utk morning session, aku ajak le 2 org users ni teman aku gi amik gamba depan bangunan..haha! aku peduli apa dia user ke client ke, janji aku dpt snap pictures!

Sebelum naik nak sambung balik utk evening session, sempat le aku snap beberapa lg. 

Aku terpaksa lajukan tempo utk sebelah petang tu sb klu lewat kang miss flight plak. Kul 4.30pm aku habis, shut down and siap2 sme dlm kul 5pm. Derang pun risau takut aku x sempat catch up flight. Sib bek la driver tu tau nak escape jem cane.Alhamdulilllah sempat gak aku check in. Next trip aku x nak rushing dah. If they want me to be there, please don't make my way difficult. Arrange the other day la utk balik.

Hehehehe...trip yg seterusnya mmg aku dah x rushing. Jadual balik is on the next day lepas last day training.  

Tuesday, August 2, 2011

Memori Universiti Kebangsaan Malaysia : Hospital Kajang

Bila bukak mata, aku dah terbaring atas jalan tp xde org kerumun plak. Penglihatan aku kabur jap. Kepala aku terus cuba mengingat apa yg berlaku dan yg penting cuba igt balik apa yg aku dah study. Risau takut ilmu yg aku dah study tu tercampak kuar jugak masa kepala aku hentam blakang lori tu. Alhamdulillah igt lg.. Motor aku dah hanco, kemik and terbaring atas kaki kiri aku. Perlahan-lahan aku tarik kaki kiri dr bwh motor. Pastu kaki kanan plak tp rasa mcm kebas teruk xleh nak gerak padahal kaki kiri aku yg kena himpit motor, badan aku sakit2. Masa tarik tu tiba2 betis aku mcm jatuh ke bawah, aku dgr mcm bunyi gigi dikacip. Serentak dgn itu....perrhhhhhhhhhhh sakit gilerrrrrr!! Satu badan rasa sakit yg teramat, kaki kanan tu xyah ckp arr.Rasa mcm hancur! Pedih, panas.Muka aku rasa mcm parah sebelah.Aku raba2 muka kot2 ada darah tp xde plak.

Sekejap lepas tu, ada sorang mamat motor ni baik hati tolong. Dia tya aku leh bangun ke tak. Aku geleng! Muka aku berkerut tahan sakit.Aku tgk motor aku dah hanco bahagian depan.Ooonnnooo!!moto aku!!Punya la aku jaga baiikkk punya, gilap tiap2 hari..adussss sudah hanco..

Mamat moto tu pegi ketuk cermin driver lori. Agaknya besar sgt sampai x terasa ada org hentam dia kat blakang. Driver tu india. Pastu mamat tu mintak tolong driver tu anta aku pi hospital kajang. Dia ikut dari blakang.

Naik je lori tu, driver tu tya aku dok mana. Aku cakap UKM. Pastu tekak aku terasa perit sgt dahaga, mata aku kabur...ngantuk..rupanya aku pengsan! Sedar2 je doktor tgh tolak aku ke wad kecemasan. Kepala rasa pening. Nurse yg tolak stretcher tu betau, aku kat hospital. Accident. Aku pun cuba la imbas balik apa yg blaku. Mula2 tu mcm bingung jerk.Mcm dok dlm fantasi pun ye.Haa betul la aku pegi tiket pastu accident.

Sementara tunggu doktor datang, mamat motor td datang sebelah aku. Dia pesan kat aku, klu doktor tya dia sape, ckp saudara aku sb tadi dia betau doktor dia saudara aku. Wallet ngan kunci moto dia pegang. Aku x kenal pun mamat nih, ada rasa was2 gak bila dia simpan wallet and kunci. Tapi memandangkan aku pun xde sape2 lg yg teman waktu tu, aku tawakkal je la bg dia simpan.

Doktor datang nak wat rawatan kecemasan, mamat tu blah. Dia ckp nnt dia datang melawat and bagi barang2 aku tu skali.

Doktor tya aku boleh igt apa2 tak, aku angguk. Agaknya dia nak test, dia tya nama aku. "Adlina". Pastu dia soh aku tgk jari dia and cakap berapa jari yg dia tunjuk tu. "2".Pastu dia soh aku tgk ikut pergerakan jari dia ke kiri ke kana. Aku ikut le. Dia tya lagi, aku accident ngan ape.Aku ckp la lori.Pastu dia tya no fon rumah aku. Aku xnak betau. Aku ckp, x payah la.

Pastu doktor tu sambung keje dia.Dia potong seluar aku sampai kat bahagian peha.Aduss..dah la seluar kesayangan aku.Dia ckp nak suruh cabut pun payah sb tulang tersembul kat luar. Wat??!! tulang keluar??? Aku x tgk masa dia wat rawatan kat kaki tu. X larat! Pastu dia cakap ni nak kena operate sb nak betulkan tulang tu. Aduiiii...masalah masalah..Pastu dia tya lg no fon rumah sb dia ckp kena betau parents pasal nak operate ni. Aku pun bg la.

Alamak... habis la risau mak ayah aku.Dah la nurse tu pi cakap aku accident ngan lori. Weii,mmg la ngan lori tp ko x tya aku mcm mana aku accident tu, Aku pi langgar blakang lori yg berenti traffic light merah! Kan x serius sgt bunyinyer tuu..adehhh la. Siap ckp, aku dah sedar ni. waduh waduhhh..mesti derang igt aku kena teruk giler...

Lepas siap doktor tu cuci kaki aku, nurse pun tolak aku ke wad. Kejap kemudian, sepupu aku yg dok UIA datang. Dia org 1st datang.Aku rs mak aku dah call sedara2 yg kat KL ni pi tgk dl kot.. Kmdn sepupu aku yg dok kajang dtg. Tepon dia berbunyi. Mak aku yg call. Pastu dia pass fon tu kat aku. Menangis-nangis suara mak aku dihujung talian. Suara aku perlahan antara kuar ngan tak sb kesan dari sakit yg amat di kaki dan seluruh badan. Mak aku ckp, dia dah beli tiket flight mlm tu. Dia ngan ayah nak dtg. Aku pesan kat mak aku, nnt tolong amikkan buku2 aku kat kolej, nak study..exam.Ambik aku kena marah. Dlm keadaan camni leh pikir buku lg.
Di sebabkan kes aku ni open fracture, operation kena buat dgn segera sb takut ada jangkitan bakteria plak kat tulang yg terdedah tu. Muka aku rs pedih lg, susah rasa nak bukak mulut. Sepupu aku ckp, muka aku biru sebelah.Bengkak. Aku rs mesti kesan terhantuk kat bontot lori tu. Pastu nurse tolak aku masuk ke bilik X-Ray. Kena le x-ray kepala and kaki. Dah siap, dia tolak balik masuk wad.

Belum sempat mak ayah aku sampai, nurse dah datang bawak operation cap soh aku pakai. Dlm setengah jam kmdn, aku ditolak menuju ke bilik OT. Lepas bius, pandanganku terus gelap...................

Mataku rasa berair. Serentak dgn itu rasa sakit yg amat2 kat kaki kanan yg patah tu. Sampai aku konfius, aku sedar masa org tgh operate ke pe??? sakit Allah saja yg tau. Nurse yg dok kat sebelah panggil nama aku 2 kali. Aku pusing tgk dia. Xleh nak bersuara dah.Tgh menahan sakit yg melampau.Lg sakit dr sblm operate!

Bila tgk aku dah ada response, dia pun tolak aku keluar bilik pra-OT. Kat luar rupanya dah penuh sanak sedara aku yg menunggu. Mak ayah aku pun ada. Mak aku panggil aku masa strecher melintas depan dia. Aku cuma mampu memandang.

Sampai di wad, mak ayah and beberapa sepupu aku datang tgk. Lepas sepupu sme dah balik, ayah aku cium dahi. First time sejak sekian lama. Aku pun x igt bila last skali ayah aku cium aku. Agaknya itulah yg dpt dizahirkan kasih sayang dan rasa syukur seorang ayah apabila anaknya selamat dlm kemalangan. Aku terharu. Mak aku mengusap-usap rambut aku. Pastu aku muntah,habis sme nasi kerabu yg aku makan tgh hari td. Ye la, patutnya nak operate kena puasa tp dah kecemasan camtu mana leh tunggu.

3 hari aku terlantar kat wad di Hospital Kajang tu. Ramai gak kawan2 yg datang melawat. Pengetua kolej kediaman aku pun datang dgn JPP UKM. Terima kasih sme, kedatangan korang mengurangkan sket beban sakit yg aku tanggung masa tu. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada kedua ibu bapa ku sb bertungkus-lumus selesaikan urusan dan memaklumkan kejadian pd pihak universiti. Alhamdulillah sme berjalan lancar dan aku diberi kebenaran utk tangguhkan exam ke waktu cuti semester tu. Terima kasih sekali kepada kedua ibu bapaku yg sentiasa berada di sisi menjaga makan, pakai dan kesihatan aku sampai la bleh berjalan dan meneruskan kehidupan mcm bese balik.. Jasa yg tak mungkin dapat aku balas di dunia mahupun akhirat adalah jasa kedua IBU BAPA ku..

Memori Universiti Kebangsaan Malaysia : 2nd Year

First year aku ulang alik dari kolej ke fakulti or ke mana2 dgn public transport je. Aku bukan la jenis yg slalu merayau-rayau ke luar kawasan universiti tu,so x kesah sgt lerr klu xde kenderaan sdiri pun. Tp yg aku x tahan tu bila nak ulang alik dari kolej aku ke fakulti. Perrrhh jauh giler nak jalan kaki. Bas plak bknnya ikut jadual kelas kita.Kadang2 terpaksa jugak la jalan kaki. Peluh jgn ckp arr, klu perah baju dpt la sekilo dua.Tu belum time hujan. Kadang terpaksa benti kat pondok bas dl sblm sambung perjalanan balik ke kolej. Hujan lebat sgt xleh nak redah.Satu hari masa anta aku balik ke kolej utk sambung 2nd year,ayah aku tya mana fakulti aku.Aku ckper jauh, nun kat blakang bukit sana. Ayah aku ni ex-UKM jugak. Dia tau kawasan2 dlm UKM tu tp maybe dia lupa kot, memori UKM dia tu drpd 20 tahun lepas. Skang ni mesti la landskapnya pun dah makin besar dan berubah. Takpe,aku pun bawak la derang melawat fakulti. Ayah aku ckp, "Oo dah ada bangunan kat blakang ni ye. Dulu xde.Jauh jugak ni nak jalan.Kalau malam bahaya ni." Last2 aku dpt la motosikal satu.hehehe..berbunga betul hati.So 2nd year tu bermotosikal la aku.

First year dl mmg aku bleh dipanggil budak mentah la dlm kampus,maklumla alam baru.Masuk second year, aku dah mula pilih geng. X sme geng aku tu satu course. Mana yg masuk ngan kepala otak aku, yg jenis selamber yaya, otai2, aku layan wat geng.Tp klu girlie sgt, gediks and ala2 control..mintak maap byk2,xde tempat utk korang dlm group aku kehkehkeh..

Aku start ubah appearance, klu dl mcm budak innocent sket gayanya tp skang dah brutal. Siap ada wrist band, gelang besi,gelang tali berwarna(aku xtao la ada org tau ke tak gelang ni.dia tali dlm mcm2 warna,kita kena ikat sdiri kat tgn klu nak pakai).Pakaian plak kadang2 ada jaket sleeveless luar baju lengan tiga suku,sport shoes,wallet plak sangkut ngan rantai besi kat pinggang sluar.Berderum sana sini seluruh pelosok UKM dgn motosikal Honda Wave 100 kelabu kesayanganku itu..kihkihkih..Kadang2 penah gak aku lumba ngan member2 and dak2 laki satu kuliah.Aku x kira mcm mana bahaya skali pun asalkan aku menang dan aku plg laju. Minyak hitam mmg sentiasa berganti. Nak make sure motor aku smooth jer bila bawak. Paling puas bila budak laki pun salute kat aku bila menang.hehehe.. Boleh la nak katakan aku ni minah rempit cuma aku xde ler keterlaluan sampai kuar lewat mlm smata-mata nak merempit kat jalanan.Time blaja, blaja, time rempit, rempit. Result nak kena jaga gak weii..kang x pasal2 repeat paper,extend semester.

Aku igt bila dah masuk U ni nak pencen ler aktiviti ponteng tu tp xleh ler.. Tutorial mmg aku xponteng tp kuliah susah sket arr. Ada setengah lecturer tu bosan giler.Satu masa ok lagi, dua masa huhhh..ngantuk gilerr.Klu stakat baca slide, budak darjah 6 pun boleh..Besenya kelas2 camtu yg slalu aku ponteng. Kat U lg senang nak ponteng. Attendance pakai passing kertas camtu jer. Tulis nama and sign. Pe lagi, pesan kat member soh tulis arr. Signature dah bagi siap atas kertas kecik nnt dia copy jer.Semudah 1 2 3 hikhikhik..

Pejam celik pejam celik, dah pun sampai ke hujung semester tahun 2. Peperiksaan pun bermula. Lepas exam means cuti panjang.Leh balik kampung tp nak kena amik tiket cepat ni kang habis lak. Sme org cuti. Berbaki lagi 5 paper, aku curi masa sket pegi amik tiket kat stesen komuter kajang. Maklum la balik Kelantan ngan ketapi. Amik yg tempat tidur, best gak! Lepas je beli tiket, aku pun memecut motor kuar dari kawasan stesen.Xde le laju pun, gear 2 je. Pastu bila dah kuar, aku dgr kete mana tah dok hon2.Tah hape yg dihon tah.Aku pedulikan je.Kat depan ada trafik light.Beratur panjang gak tu. Aku tukar ke gear 3.Then terpandang la plak sekolah kat sbelah kanan. Aku rs ada terpikir something pasal skolah tu tp lupa dah. Pastu pandang balik depan. Ya Allah!! tawakkal, handle motor aku lepaskan utk selamatkan tgn aku dari terperosok bawah perut lori.Bangggg!!!

Thursday, July 14, 2011

Memori Universiti Kebangsaan Malaysia : 1st Year

Tamat matrikulasi, bermulalah diari baru dlm hidup aku bergelar mahasiswi universiti. Betapa sonok aku dpt masuk UKM. Dah la dpt course aku mintak. Actually sampai ke alam kampus pun aku x tau nak jadi ape..yg pasti, time pilih course tu aku nak course yg plg pendek, bila keje nnt x kena pakai uniform, x keje dlm kilang atau tempat panas, yg kena pakai ala2 sofistikated, berurusan secara multinasional dan tempat keje pun sofistikated.Klu bleh aku nak keje dlm KLCC tp aku xnak amik course engineering sb lama sgt.So aku pilih ler komputer..Maka dapat la yg tu..

Mgu orientasi mmg membosankan. Part best cuma tang kena wat persembahan masa hari penutup orientasi tu jerk.Aku amik bahagian dlm pementasan teater. Dapat la 4 ke 5 kerat dialog..leh tahan gak le blakon ni ye. Mcm dok dlm dunia len.Menjiwai watak la katakan..haha! Asalnya saja cuba2 test power buat persembahan pentas utk penutup minggu orientasi tp lama2 rasa mcm suke plak. Lepas habis minggu orientasi ada pertandingan pekan teater universiti. Setiap kolej kediaman kena anta satu kumpulan teater utk ambil bahagian wat persembahan. Aku pun pe lg, masuk arr. Pegang watak nenek. Jalan citer penuhnya aku dah lupa. Tp secara ringkasnya teater kolej aku tu pasal anak derhaka dan ada kes dera sket la.Meleleh airmata audience yg tgk. Bajet dpt arr nombor tp huh!hampeh..Alasannya props yg digunakan x meyakinkan, byk kelemahan. Mmg xde chance la aku nak dpt pelakon wanita terbaik..wakaka!penat je aku mekap burok2 mcm tua, wat sore nenek,jalan bongkok2..

First year tu mmg aku agak baik ler...maklum freshies..Tapi disebabkan 'baik' tu la aku tertipu dek senior2. Kononnya suruh join kelab Xtreme C beramai-ramai sb mencabar dan byk aktiviti lasak. Ye le, mmg ada aktiviti berkhemah. Tapi ada agenda tersembunyi. Malam hari pertama perkhemahan tu, derang buat sesi brainwash daa...ini politik Universiti punya kess...tp yg aku nampak, politik universiti mencerminkan politik dunia sebenar kat luar tu. Aku puji jugak la derang ni yek, pandai buat helah. Promo kelab lasak, buat aktiviti perkhemahan kat luar, buat persembahan mlm tu pastu terus selit dgn ceramah2 utk brainwash budak2 hingusan yg baru kenal alam kampus nih. Ada yg x kisah, ada yg memihak dan ada yg menyampah and rasa tertipu. Aku antara sorang dlm kategori ketiga yg aku sebut td. Aku pekakkan tinga je sb tujuan aku masuk dan datang perkhemahan ni nak enjoy bukan nak berpolitik. Aku x minat politik dan aku xnak terlibat langsung. That's not me. Aku ingatkan bende ni habis kat sini jer. Rupanya bila dah balik kolej, sambung plak ngan aktiviti2 politikus kat kolej. Rupa2nya sb dah dekat pilihanraya universiti.

Baruku tahu rupanya kelab Xtreme C ni ditubuhkan sebagai 'kaki kanan' salah satu parti kat universiti and kolej ni. Cara gerakan kononnya underground berpayungkan kelab lasak kolej. Ahli2nya especially budak2 1st year dikerah utk menjaga kawasan asrama masing2 utk menghalang parti lawan menyebarkan fliers yg dikatakan sbg 'fitnah lawan'.Kena wat giliran sampai kul 4pg. Giler! Mula2 mmg aku ikutkan sb x bape nak faham lg tp aku mmg xnak yg tang kena bgn pagi2 buta kul 2 3 pg semata2 nak ronda kawasan.Ada sorang ni beria2 tul sampai bawak batang besi tuu pi ronda. Keje bodo.. Pastu ada lak mamat senior sekor ni mcm nak ngurat aku la plak. Kul 12mlm ajak aku turun ke bilik gerakan. Ada le senior2 pompuan len gak kat situ, ajk tertinggi. Igtkan ape, rupanya nak tunjuk dia men gitar kat aku.cett!hampeh..aku tido lg bagus.Penah skali siap join aku training basketball. Berlagak pandai tp skali aku drive and shoot,terus terdiam dia. Beberapa kali gak la dia cuba cari peluang tp bila aku asyik berdaleh, kata aku mcm2 plak, jual mahal la, perasan bagus la itu ini. Aku rs mamat ni sewel sket la. Sib bek hati aku keras.

Sampai time pilihanraya, aku tersempak ngan tutor kat kawasan kolej. Rupanya dia ni antara calon yg bertanding utk parti lawan. Dia student master rupanya. Mmg baik orgnya, tudung labuh, cakap pun sopan tp lantang. Aku borak la ngan dia jap.Maklumla tutor pun pengajar jugak. Layak dihormati anak murid, x kira la dia student master ke pe. Tgh2 borak ni tiba2 sorang senior laki dtg cuba halau dia. Pastu siap halang aku borak ngan tutor tu. Pehal ni?? Tutor tu soh aku ikut je. Tp sblm tu dia sempat pass satu kertas tertulis nombor undian utk calon parti dia kat aku. Then senior td ajak la aku duduk kat kerusi batu kat tepi kwsn parking kolej tu jap.Pe lg,soal selidik le ape yg aku borak ngan org tu td. Aku pun explain lerr..'Dia tu tutor aku. Ajar subjek pengaturcaraan. X salah rsnya sekadar nak borak ngan tutor. Kena hormat sket sb dia tu kira mcm cikgu aku ler'. Aku sorokkan kertas yg dibagi tutor tu td kat aku.Nombor2 genap adalah calon dari parti lawan. Nombor2 ganjil adalah calon dari parti pro derang.Dalam hati, aku akan undi sesiapa yg aku rs ada karakter sbg pemimpin utk mewakili suara2 siswa-siswi.Bukan sekadar yg hanya gilakan pangkat dan jawatan.Tak kira dia parti mana skali pun. Jiwa aku bebas dan aku x suke terikat dgn mana2 peraturan atau undang2 remeh buatan manusia!

Derang ckp,klu undi calon lawan, akan dibuang kolej utk 2nd year nnt. Terpaksa cari rumah sewa kat luar. Kecuali kalau merit tinggi. Ok, so aku akan pastikan merit aku tinggi and i will set up my own strong base kat kolej tu so that pengaruh aku kat kolej tu cukup kuat utk tidak dibuang.kihkihkih...they want a game, i give them a game.Let's see what can you do and will i do.. itu le antara yg terdetik dlm hati aku masa tu.

Lepas campak kertas undi, aku balik ke asrama. Kat lobi tu tersempak la ngan sorang member ni. Dia pun jenis otai gak tp ms tu dia mcm cemas sket. Katanya dia terkeliru nombor genap and ganjil. Mana satu utk pihak mana. Dia pi pangkah sme genap.Mcm nak nangis aku tgk sb takut kena buang kolej.hahaha! 'Wei, ko takut pehal? Aku ada cara utk ko stay dlm kolej. Jgn risau..' hehhee.. sejak dari tu, dia salah sorang yg plg awal jadi geng aku.Akademik, aku maintain so that result nnt org xleh pertikai sgt.Xde le meletop tp bleh le utk kumpul merit stay dlm kolej. Sukan, aku wakil kolej dlm basketball. Kebudayaan, aku wakil kolej dlm teater dan tarian.Kokurikulum, aku aktif PBSM,siap ada jawatan lagi.Dalam karnival kolej pun aku amik bahagian. Dlm setiap bende tu aku heret sama member aku tu td. Betapa sibuknya sampaikan pengetua and jawatankuasa kolej pun dah kenal kitorg. Alhamdulillah.. akhirnya utk 2nd year,nama kitorg tersenarai dlm pelajar yg kekal di kolej..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... -----LINK WITHIN-------- -----TIK TOK TIK TOK-----

-----TIK TOK TIK TOK----- -----WELCOME TO MY BLOG-----

-----WELCOME TO MY BLOG-----