Showing posts with label Campus. Show all posts
Showing posts with label Campus. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Memori Universiti Kebangsaan Malaysia : Hospital Kajang

Bila bukak mata, aku dah terbaring atas jalan tp xde org kerumun plak. Penglihatan aku kabur jap. Kepala aku terus cuba mengingat apa yg berlaku dan yg penting cuba igt balik apa yg aku dah study. Risau takut ilmu yg aku dah study tu tercampak kuar jugak masa kepala aku hentam blakang lori tu. Alhamdulillah igt lg.. Motor aku dah hanco, kemik and terbaring atas kaki kiri aku. Perlahan-lahan aku tarik kaki kiri dr bwh motor. Pastu kaki kanan plak tp rasa mcm kebas teruk xleh nak gerak padahal kaki kiri aku yg kena himpit motor, badan aku sakit2. Masa tarik tu tiba2 betis aku mcm jatuh ke bawah, aku dgr mcm bunyi gigi dikacip. Serentak dgn itu....perrhhhhhhhhhhh sakit gilerrrrrr!! Satu badan rasa sakit yg teramat, kaki kanan tu xyah ckp arr.Rasa mcm hancur! Pedih, panas.Muka aku rasa mcm parah sebelah.Aku raba2 muka kot2 ada darah tp xde plak.

Sekejap lepas tu, ada sorang mamat motor ni baik hati tolong. Dia tya aku leh bangun ke tak. Aku geleng! Muka aku berkerut tahan sakit.Aku tgk motor aku dah hanco bahagian depan.Ooonnnooo!!moto aku!!Punya la aku jaga baiikkk punya, gilap tiap2 hari..adussss sudah hanco..

Mamat moto tu pegi ketuk cermin driver lori. Agaknya besar sgt sampai x terasa ada org hentam dia kat blakang. Driver tu india. Pastu mamat tu mintak tolong driver tu anta aku pi hospital kajang. Dia ikut dari blakang.

Naik je lori tu, driver tu tya aku dok mana. Aku cakap UKM. Pastu tekak aku terasa perit sgt dahaga, mata aku kabur...ngantuk..rupanya aku pengsan! Sedar2 je doktor tgh tolak aku ke wad kecemasan. Kepala rasa pening. Nurse yg tolak stretcher tu betau, aku kat hospital. Accident. Aku pun cuba la imbas balik apa yg blaku. Mula2 tu mcm bingung jerk.Mcm dok dlm fantasi pun ye.Haa betul la aku pegi tiket pastu accident.

Sementara tunggu doktor datang, mamat motor td datang sebelah aku. Dia pesan kat aku, klu doktor tya dia sape, ckp saudara aku sb tadi dia betau doktor dia saudara aku. Wallet ngan kunci moto dia pegang. Aku x kenal pun mamat nih, ada rasa was2 gak bila dia simpan wallet and kunci. Tapi memandangkan aku pun xde sape2 lg yg teman waktu tu, aku tawakkal je la bg dia simpan.

Doktor datang nak wat rawatan kecemasan, mamat tu blah. Dia ckp nnt dia datang melawat and bagi barang2 aku tu skali.

Doktor tya aku boleh igt apa2 tak, aku angguk. Agaknya dia nak test, dia tya nama aku. "Adlina". Pastu dia soh aku tgk jari dia and cakap berapa jari yg dia tunjuk tu. "2".Pastu dia soh aku tgk ikut pergerakan jari dia ke kiri ke kana. Aku ikut le. Dia tya lagi, aku accident ngan ape.Aku ckp la lori.Pastu dia tya no fon rumah aku. Aku xnak betau. Aku ckp, x payah la.

Pastu doktor tu sambung keje dia.Dia potong seluar aku sampai kat bahagian peha.Aduss..dah la seluar kesayangan aku.Dia ckp nak suruh cabut pun payah sb tulang tersembul kat luar. Wat??!! tulang keluar??? Aku x tgk masa dia wat rawatan kat kaki tu. X larat! Pastu dia cakap ni nak kena operate sb nak betulkan tulang tu. Aduiiii...masalah masalah..Pastu dia tya lg no fon rumah sb dia ckp kena betau parents pasal nak operate ni. Aku pun bg la.

Alamak... habis la risau mak ayah aku.Dah la nurse tu pi cakap aku accident ngan lori. Weii,mmg la ngan lori tp ko x tya aku mcm mana aku accident tu, Aku pi langgar blakang lori yg berenti traffic light merah! Kan x serius sgt bunyinyer tuu..adehhh la. Siap ckp, aku dah sedar ni. waduh waduhhh..mesti derang igt aku kena teruk giler...

Lepas siap doktor tu cuci kaki aku, nurse pun tolak aku ke wad. Kejap kemudian, sepupu aku yg dok UIA datang. Dia org 1st datang.Aku rs mak aku dah call sedara2 yg kat KL ni pi tgk dl kot.. Kmdn sepupu aku yg dok kajang dtg. Tepon dia berbunyi. Mak aku yg call. Pastu dia pass fon tu kat aku. Menangis-nangis suara mak aku dihujung talian. Suara aku perlahan antara kuar ngan tak sb kesan dari sakit yg amat di kaki dan seluruh badan. Mak aku ckp, dia dah beli tiket flight mlm tu. Dia ngan ayah nak dtg. Aku pesan kat mak aku, nnt tolong amikkan buku2 aku kat kolej, nak study..exam.Ambik aku kena marah. Dlm keadaan camni leh pikir buku lg.
Di sebabkan kes aku ni open fracture, operation kena buat dgn segera sb takut ada jangkitan bakteria plak kat tulang yg terdedah tu. Muka aku rs pedih lg, susah rasa nak bukak mulut. Sepupu aku ckp, muka aku biru sebelah.Bengkak. Aku rs mesti kesan terhantuk kat bontot lori tu. Pastu nurse tolak aku masuk ke bilik X-Ray. Kena le x-ray kepala and kaki. Dah siap, dia tolak balik masuk wad.

Belum sempat mak ayah aku sampai, nurse dah datang bawak operation cap soh aku pakai. Dlm setengah jam kmdn, aku ditolak menuju ke bilik OT. Lepas bius, pandanganku terus gelap...................

Mataku rasa berair. Serentak dgn itu rasa sakit yg amat2 kat kaki kanan yg patah tu. Sampai aku konfius, aku sedar masa org tgh operate ke pe??? sakit Allah saja yg tau. Nurse yg dok kat sebelah panggil nama aku 2 kali. Aku pusing tgk dia. Xleh nak bersuara dah.Tgh menahan sakit yg melampau.Lg sakit dr sblm operate!

Bila tgk aku dah ada response, dia pun tolak aku keluar bilik pra-OT. Kat luar rupanya dah penuh sanak sedara aku yg menunggu. Mak ayah aku pun ada. Mak aku panggil aku masa strecher melintas depan dia. Aku cuma mampu memandang.

Sampai di wad, mak ayah and beberapa sepupu aku datang tgk. Lepas sepupu sme dah balik, ayah aku cium dahi. First time sejak sekian lama. Aku pun x igt bila last skali ayah aku cium aku. Agaknya itulah yg dpt dizahirkan kasih sayang dan rasa syukur seorang ayah apabila anaknya selamat dlm kemalangan. Aku terharu. Mak aku mengusap-usap rambut aku. Pastu aku muntah,habis sme nasi kerabu yg aku makan tgh hari td. Ye la, patutnya nak operate kena puasa tp dah kecemasan camtu mana leh tunggu.

3 hari aku terlantar kat wad di Hospital Kajang tu. Ramai gak kawan2 yg datang melawat. Pengetua kolej kediaman aku pun datang dgn JPP UKM. Terima kasih sme, kedatangan korang mengurangkan sket beban sakit yg aku tanggung masa tu. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada kedua ibu bapa ku sb bertungkus-lumus selesaikan urusan dan memaklumkan kejadian pd pihak universiti. Alhamdulillah sme berjalan lancar dan aku diberi kebenaran utk tangguhkan exam ke waktu cuti semester tu. Terima kasih sekali kepada kedua ibu bapaku yg sentiasa berada di sisi menjaga makan, pakai dan kesihatan aku sampai la bleh berjalan dan meneruskan kehidupan mcm bese balik.. Jasa yg tak mungkin dapat aku balas di dunia mahupun akhirat adalah jasa kedua IBU BAPA ku..

Memori Universiti Kebangsaan Malaysia : 2nd Year

First year aku ulang alik dari kolej ke fakulti or ke mana2 dgn public transport je. Aku bukan la jenis yg slalu merayau-rayau ke luar kawasan universiti tu,so x kesah sgt lerr klu xde kenderaan sdiri pun. Tp yg aku x tahan tu bila nak ulang alik dari kolej aku ke fakulti. Perrrhh jauh giler nak jalan kaki. Bas plak bknnya ikut jadual kelas kita.Kadang2 terpaksa jugak la jalan kaki. Peluh jgn ckp arr, klu perah baju dpt la sekilo dua.Tu belum time hujan. Kadang terpaksa benti kat pondok bas dl sblm sambung perjalanan balik ke kolej. Hujan lebat sgt xleh nak redah.Satu hari masa anta aku balik ke kolej utk sambung 2nd year,ayah aku tya mana fakulti aku.Aku ckper jauh, nun kat blakang bukit sana. Ayah aku ni ex-UKM jugak. Dia tau kawasan2 dlm UKM tu tp maybe dia lupa kot, memori UKM dia tu drpd 20 tahun lepas. Skang ni mesti la landskapnya pun dah makin besar dan berubah. Takpe,aku pun bawak la derang melawat fakulti. Ayah aku ckp, "Oo dah ada bangunan kat blakang ni ye. Dulu xde.Jauh jugak ni nak jalan.Kalau malam bahaya ni." Last2 aku dpt la motosikal satu.hehehe..berbunga betul hati.So 2nd year tu bermotosikal la aku.

First year dl mmg aku bleh dipanggil budak mentah la dlm kampus,maklumla alam baru.Masuk second year, aku dah mula pilih geng. X sme geng aku tu satu course. Mana yg masuk ngan kepala otak aku, yg jenis selamber yaya, otai2, aku layan wat geng.Tp klu girlie sgt, gediks and ala2 control..mintak maap byk2,xde tempat utk korang dlm group aku kehkehkeh..

Aku start ubah appearance, klu dl mcm budak innocent sket gayanya tp skang dah brutal. Siap ada wrist band, gelang besi,gelang tali berwarna(aku xtao la ada org tau ke tak gelang ni.dia tali dlm mcm2 warna,kita kena ikat sdiri kat tgn klu nak pakai).Pakaian plak kadang2 ada jaket sleeveless luar baju lengan tiga suku,sport shoes,wallet plak sangkut ngan rantai besi kat pinggang sluar.Berderum sana sini seluruh pelosok UKM dgn motosikal Honda Wave 100 kelabu kesayanganku itu..kihkihkih..Kadang2 penah gak aku lumba ngan member2 and dak2 laki satu kuliah.Aku x kira mcm mana bahaya skali pun asalkan aku menang dan aku plg laju. Minyak hitam mmg sentiasa berganti. Nak make sure motor aku smooth jer bila bawak. Paling puas bila budak laki pun salute kat aku bila menang.hehehe.. Boleh la nak katakan aku ni minah rempit cuma aku xde ler keterlaluan sampai kuar lewat mlm smata-mata nak merempit kat jalanan.Time blaja, blaja, time rempit, rempit. Result nak kena jaga gak weii..kang x pasal2 repeat paper,extend semester.

Aku igt bila dah masuk U ni nak pencen ler aktiviti ponteng tu tp xleh ler.. Tutorial mmg aku xponteng tp kuliah susah sket arr. Ada setengah lecturer tu bosan giler.Satu masa ok lagi, dua masa huhhh..ngantuk gilerr.Klu stakat baca slide, budak darjah 6 pun boleh..Besenya kelas2 camtu yg slalu aku ponteng. Kat U lg senang nak ponteng. Attendance pakai passing kertas camtu jer. Tulis nama and sign. Pe lagi, pesan kat member soh tulis arr. Signature dah bagi siap atas kertas kecik nnt dia copy jer.Semudah 1 2 3 hikhikhik..

Pejam celik pejam celik, dah pun sampai ke hujung semester tahun 2. Peperiksaan pun bermula. Lepas exam means cuti panjang.Leh balik kampung tp nak kena amik tiket cepat ni kang habis lak. Sme org cuti. Berbaki lagi 5 paper, aku curi masa sket pegi amik tiket kat stesen komuter kajang. Maklum la balik Kelantan ngan ketapi. Amik yg tempat tidur, best gak! Lepas je beli tiket, aku pun memecut motor kuar dari kawasan stesen.Xde le laju pun, gear 2 je. Pastu bila dah kuar, aku dgr kete mana tah dok hon2.Tah hape yg dihon tah.Aku pedulikan je.Kat depan ada trafik light.Beratur panjang gak tu. Aku tukar ke gear 3.Then terpandang la plak sekolah kat sbelah kanan. Aku rs ada terpikir something pasal skolah tu tp lupa dah. Pastu pandang balik depan. Ya Allah!! tawakkal, handle motor aku lepaskan utk selamatkan tgn aku dari terperosok bawah perut lori.Bangggg!!!

Thursday, July 14, 2011

Memori Universiti Kebangsaan Malaysia : 1st Year

Tamat matrikulasi, bermulalah diari baru dlm hidup aku bergelar mahasiswi universiti. Betapa sonok aku dpt masuk UKM. Dah la dpt course aku mintak. Actually sampai ke alam kampus pun aku x tau nak jadi ape..yg pasti, time pilih course tu aku nak course yg plg pendek, bila keje nnt x kena pakai uniform, x keje dlm kilang atau tempat panas, yg kena pakai ala2 sofistikated, berurusan secara multinasional dan tempat keje pun sofistikated.Klu bleh aku nak keje dlm KLCC tp aku xnak amik course engineering sb lama sgt.So aku pilih ler komputer..Maka dapat la yg tu..

Mgu orientasi mmg membosankan. Part best cuma tang kena wat persembahan masa hari penutup orientasi tu jerk.Aku amik bahagian dlm pementasan teater. Dapat la 4 ke 5 kerat dialog..leh tahan gak le blakon ni ye. Mcm dok dlm dunia len.Menjiwai watak la katakan..haha! Asalnya saja cuba2 test power buat persembahan pentas utk penutup minggu orientasi tp lama2 rasa mcm suke plak. Lepas habis minggu orientasi ada pertandingan pekan teater universiti. Setiap kolej kediaman kena anta satu kumpulan teater utk ambil bahagian wat persembahan. Aku pun pe lg, masuk arr. Pegang watak nenek. Jalan citer penuhnya aku dah lupa. Tp secara ringkasnya teater kolej aku tu pasal anak derhaka dan ada kes dera sket la.Meleleh airmata audience yg tgk. Bajet dpt arr nombor tp huh!hampeh..Alasannya props yg digunakan x meyakinkan, byk kelemahan. Mmg xde chance la aku nak dpt pelakon wanita terbaik..wakaka!penat je aku mekap burok2 mcm tua, wat sore nenek,jalan bongkok2..

First year tu mmg aku agak baik ler...maklum freshies..Tapi disebabkan 'baik' tu la aku tertipu dek senior2. Kononnya suruh join kelab Xtreme C beramai-ramai sb mencabar dan byk aktiviti lasak. Ye le, mmg ada aktiviti berkhemah. Tapi ada agenda tersembunyi. Malam hari pertama perkhemahan tu, derang buat sesi brainwash daa...ini politik Universiti punya kess...tp yg aku nampak, politik universiti mencerminkan politik dunia sebenar kat luar tu. Aku puji jugak la derang ni yek, pandai buat helah. Promo kelab lasak, buat aktiviti perkhemahan kat luar, buat persembahan mlm tu pastu terus selit dgn ceramah2 utk brainwash budak2 hingusan yg baru kenal alam kampus nih. Ada yg x kisah, ada yg memihak dan ada yg menyampah and rasa tertipu. Aku antara sorang dlm kategori ketiga yg aku sebut td. Aku pekakkan tinga je sb tujuan aku masuk dan datang perkhemahan ni nak enjoy bukan nak berpolitik. Aku x minat politik dan aku xnak terlibat langsung. That's not me. Aku ingatkan bende ni habis kat sini jer. Rupanya bila dah balik kolej, sambung plak ngan aktiviti2 politikus kat kolej. Rupa2nya sb dah dekat pilihanraya universiti.

Baruku tahu rupanya kelab Xtreme C ni ditubuhkan sebagai 'kaki kanan' salah satu parti kat universiti and kolej ni. Cara gerakan kononnya underground berpayungkan kelab lasak kolej. Ahli2nya especially budak2 1st year dikerah utk menjaga kawasan asrama masing2 utk menghalang parti lawan menyebarkan fliers yg dikatakan sbg 'fitnah lawan'.Kena wat giliran sampai kul 4pg. Giler! Mula2 mmg aku ikutkan sb x bape nak faham lg tp aku mmg xnak yg tang kena bgn pagi2 buta kul 2 3 pg semata2 nak ronda kawasan.Ada sorang ni beria2 tul sampai bawak batang besi tuu pi ronda. Keje bodo.. Pastu ada lak mamat senior sekor ni mcm nak ngurat aku la plak. Kul 12mlm ajak aku turun ke bilik gerakan. Ada le senior2 pompuan len gak kat situ, ajk tertinggi. Igtkan ape, rupanya nak tunjuk dia men gitar kat aku.cett!hampeh..aku tido lg bagus.Penah skali siap join aku training basketball. Berlagak pandai tp skali aku drive and shoot,terus terdiam dia. Beberapa kali gak la dia cuba cari peluang tp bila aku asyik berdaleh, kata aku mcm2 plak, jual mahal la, perasan bagus la itu ini. Aku rs mamat ni sewel sket la. Sib bek hati aku keras.

Sampai time pilihanraya, aku tersempak ngan tutor kat kawasan kolej. Rupanya dia ni antara calon yg bertanding utk parti lawan. Dia student master rupanya. Mmg baik orgnya, tudung labuh, cakap pun sopan tp lantang. Aku borak la ngan dia jap.Maklumla tutor pun pengajar jugak. Layak dihormati anak murid, x kira la dia student master ke pe. Tgh2 borak ni tiba2 sorang senior laki dtg cuba halau dia. Pastu siap halang aku borak ngan tutor tu. Pehal ni?? Tutor tu soh aku ikut je. Tp sblm tu dia sempat pass satu kertas tertulis nombor undian utk calon parti dia kat aku. Then senior td ajak la aku duduk kat kerusi batu kat tepi kwsn parking kolej tu jap.Pe lg,soal selidik le ape yg aku borak ngan org tu td. Aku pun explain lerr..'Dia tu tutor aku. Ajar subjek pengaturcaraan. X salah rsnya sekadar nak borak ngan tutor. Kena hormat sket sb dia tu kira mcm cikgu aku ler'. Aku sorokkan kertas yg dibagi tutor tu td kat aku.Nombor2 genap adalah calon dari parti lawan. Nombor2 ganjil adalah calon dari parti pro derang.Dalam hati, aku akan undi sesiapa yg aku rs ada karakter sbg pemimpin utk mewakili suara2 siswa-siswi.Bukan sekadar yg hanya gilakan pangkat dan jawatan.Tak kira dia parti mana skali pun. Jiwa aku bebas dan aku x suke terikat dgn mana2 peraturan atau undang2 remeh buatan manusia!

Derang ckp,klu undi calon lawan, akan dibuang kolej utk 2nd year nnt. Terpaksa cari rumah sewa kat luar. Kecuali kalau merit tinggi. Ok, so aku akan pastikan merit aku tinggi and i will set up my own strong base kat kolej tu so that pengaruh aku kat kolej tu cukup kuat utk tidak dibuang.kihkihkih...they want a game, i give them a game.Let's see what can you do and will i do.. itu le antara yg terdetik dlm hati aku masa tu.

Lepas campak kertas undi, aku balik ke asrama. Kat lobi tu tersempak la ngan sorang member ni. Dia pun jenis otai gak tp ms tu dia mcm cemas sket. Katanya dia terkeliru nombor genap and ganjil. Mana satu utk pihak mana. Dia pi pangkah sme genap.Mcm nak nangis aku tgk sb takut kena buang kolej.hahaha! 'Wei, ko takut pehal? Aku ada cara utk ko stay dlm kolej. Jgn risau..' hehhee.. sejak dari tu, dia salah sorang yg plg awal jadi geng aku.Akademik, aku maintain so that result nnt org xleh pertikai sgt.Xde le meletop tp bleh le utk kumpul merit stay dlm kolej. Sukan, aku wakil kolej dlm basketball. Kebudayaan, aku wakil kolej dlm teater dan tarian.Kokurikulum, aku aktif PBSM,siap ada jawatan lagi.Dalam karnival kolej pun aku amik bahagian. Dlm setiap bende tu aku heret sama member aku tu td. Betapa sibuknya sampaikan pengetua and jawatankuasa kolej pun dah kenal kitorg. Alhamdulillah.. akhirnya utk 2nd year,nama kitorg tersenarai dlm pelajar yg kekal di kolej..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... -----LINK WITHIN-------- -----TIK TOK TIK TOK-----

-----TIK TOK TIK TOK----- -----WELCOME TO MY BLOG-----

-----WELCOME TO MY BLOG-----