Showing posts with label Parenthood. Show all posts
Showing posts with label Parenthood. Show all posts

Monday, December 5, 2011

"What about me, mommy?"

“What About Me, Mommy?”
Having a new sibling is a big change for your child. Read more on how you can help him adapt to the new environment.
By Dr Goh Chee Leong, Psychologist.


Expanding your family is great news to you and your spouse, but to your child, a new baby may bring about a lot of uncertainties. Some children may feel abandoned now that they are no longer the centre of attention, while others may relish the role of an older sibling.
In short, there is no way to tell how your child might react. However, as parents, you want things to run smoothly between your older child and his younger sibling. Therefore, it is essential for you to know what you can do to maintain the harmony between the siblings.
Planning Ahead
The sooner your older child knows about the arrival of his new sibling, the better. This can help him to adapt to the adjustments that may come. Ensure that before the baby arrives, you:

• Inform him about his new sibling. The earlier you let him know, the more time you have to prepare him for the arrival of the new sibling. This will also be an excellent opportunity for you to talk to him and clarify his doubts and excite him about his new role.

• Involve him in preparations to welcome the new baby. You may decorate the newborn’s room together and pick potential baby names together. Make him feel like part of the process.

• Share your experience with him. Bring him along to your monthly check-ups. This gives him the opportunity to learn about and witness the progression of his new sibling. You would be surprised how the sound of the heartbeat can excite your child and change his feelings.

• Explain to him what will happen when the new baby arrives. Let him know beforehand that you may be tired most of the time and the baby will most probably be the centre of attention because he requires extra care. Also, let him know that the baby will not do much at first except eat, sleep and cry. Giving him a realistic idea will reduce the shock when it happens.
The Arrival!
While you may have fully prepared your older child before the birth of your new baby, his behavior may change when the baby arrives. This is common, as children do not know how to control their feelings, especially when he sees family members paying more attention to the new baby. Don’t fret, as your child just needs some time to adjust.

• Let him be Mummy’s Helper. Get him involved in the care of your new arrival. For instance, ask him to hand you the diapers while you are changing the baby or keep an eye on the baby whilst you use the bathroom. His involvement will make him think that he still matters to you.

• Ask for his opinion. Ease him into the older brother or sister role by having your child help you make decisions about the baby. For example, when choosing an outfit for the new baby, let him decide on the colour of the clothing.

• Listen to his feelings. Your older child will get frustrated at times, especially when you are unable to spend time with him (eg; you are nursing your baby but he wants to play cars with you). When a situation like that occurs, acknowledge his feelings. Let him know that you are aware of his disappointment and you will make it up to him later.

• Spend one-on-one time. When your baby is sleeping, spend time with your older child. In fact, let your partner take care of the baby if you need to. Spending one-on-one time will make him feel special and loved.

• Praise him. Shower your older child with praises each time you see him showing interest in helping you care for his younger sibling. Believe it or not, praises that comes with hugs and kisses can go a long way.

Don’t Push the Baby on Him
If your child does not want to get involved with the baby, do not be alarmed. It is common for him to be feeling this way. The “ignoring the baby” phase is usually temporary. Therefore, it is best not to force your child to be involved. He will come around in time.

Original source : http://www.mypositiveparenting.org/en/fw_parenting.html

Tuesday, September 20, 2011

Learning method used for Balqis

Hari ni aku rasa tergerak hati nak berkongsi bahan2 pembelajaran yg aku gunakan utk mengajar Balqis. Aku bukan lah pakar ilmu atau kanak2 yang kaya dengan pengetahuan, teori dan sebagainya. Aku cuma seorang ibu yg mencuba logik fikiran sendiri utk mengajar anak membaca dan mengira lebih cepat berbanding usianya.


Siri CD Your Baby Can Read
Pada peringkat awal, masa dia berumur lebih kurang 14-16bulan, aku belikan flash card alphabet dan nombor as well as CD "Your Baby Can Read - Starter". Aku mulakan dgn alphabet dulu.Disebabkan sibuk dengan urusan kerja pada waktu siang, aku mintak bibik pasangkan CD "Your Baby Can Read - Starter" tu berulang2 kecuali masa nak masuk waktu solat zohor atau asar. Masa tu stop, pasang zikir Indahnya Iman di channel Oasis.Balqis suka dengar dan aku tak nak dia hilang minat kat zikir2 tu plak nnt.

Pada waktu malam plak, aku ajarkan flashcard alphabet. Tiap2 hari jadual Balqis mcm tu. Naluri budak mmg ada ketikanya dia lari dan bosan utk duduk belajar lama2. Bila dia mula beralih perhatian pada mainan lain, aku ikutkan saja. Lepas tu aku tarik balik perhatian ke arah flashcard. Sehinggalah habis sampai Z. Caranya mudah, aku ambil satu persatu flashcard dan cuma tanya soalan sama


Flashcards
"Balqis, what is this?" , aku jawab "this is A. A for apple".

Aku tanya aku yg jawab sb dia belum tau dan belum boleh bercakap. Aku ulang lagi flashcard lain plak

"Balqis, what is this?" , aku jawab "This is B. B for butterfly"

Begitulah seterusnya sampai Z.

Satu malam, entah kenapa aku terasa mcm yakin anakku Balqis dah mengenal alphabet2 tu sme. Jadi aku buatkan satu game. Aku letak 3 flashcards secara rawak dan aku suruh dia tunjukkan alphabet yang aku sebut.

"Balqis, can you tell me which one is C? C for Cap." Surprisingly dia amik flashcard C dan bagi pada aku.
Aku cuba lg yg lain. Pun tepat jugak. Sampai la semua alphabet dah habis aku cuba dan semuanya betul! Gembira tak terkata..dalam hati aku bersyukur. Aku berjaya buat dia kenal alphabet pada usia 1 tahun 4 bulan.

Kemudian aku mulakan yg nombor, color dan shape Aku gunakan kaedah yang sama. Alhamdulillah sebulan selepas tu, semua dia dah kenal. Lepas sebulan, aku suruh bibik pasang CD Your Baby Can Read volume 1. Dua bulan kemudian, volume 2 dan seterusnya. Ujian aku lakukan berperingkat. Lepas mengenal A-Z, 1-20,shape and color, aku uji plak dgn perkataan. Seperti yg anda boleh saksikan dalam post saya yg terdahulu, video yg saya kongsikan menunjukkan Balqis berjaya membaca perkataan2 yg saya tulis dgn betul.Selepas berjaya dgn perkataan, aku uji pula dgn ayat2 ringkas dan senang disebut. Alhamdulillah pada usia 2 tahun 4 bulan, Balqis dah boleh membaca ayat2 mudah.

Kini aku dalam proses mengembangkan lagi pembacaannya dan Balqis juga sudah tahu membaca kiraan matematik. "1 + 1 = 2". Dia akan baca "One plus one equals to two". Sekarang dalam peringkat pembacaan, insyaAllah aku akan ajarkan kaedah mengira pula nnt.

Semoga apa yg saya kongsikan ini dapat memberi sedikit idea dan membantu pembelajaran anak2 anda semua juga. Sama-sama kita berkongsi benda yg baik, mudah-mudahan diberikan ganjaran oleh Allah swt. Amiin..

Friday, August 26, 2011

Saya Boleh Nampak Dia… Mama Tak Nampak?

Jangan bimbang, si manja bukan nampak hantu; itu hanya kawan khayalannya!
Oleh Profesor Madya Dr Alvin Ng Lai Oon, Pakar Psikologi Klinikal


Saya Boleh Nampak Dia… Mama Tak
Nampak?
“Mama tak boleh duduk sini! Nanti Mama duduk atas Lina!” Aida menegur ibunya Puan Rosnah yang hendak meletakkan punggung di atas sofa di sebelahnya. Si ibu melihat tempat duduk yang kosong dan bertanya, “Siapa Lina?” dengan kening terangkat dan dahi berkerut.

Terpijak "halimunan"

Kanak-kanak kecil kadang-kalanya gemar bercakap sendirian sewaktu bermain trak dan kereta api atau bermain dengan anak patung mereka, yang setiap satu diberi nama seperti manusia. Ada kalanya si manja berbual atau bermain dengan seseorang yang tidak dilihat. Kawan imaginasi atau khayalan anak anda mungkin seorang kanak-kanak lain yang sebaya dengannya, seorang watak ajaib atau fantasi, atau mungkin juga seekor binatang.
Seseorang kawan khayalan boleh berubah mengikut peredaran masa, apabila si manja melalui fasa tertentu dalam hidupnya. Bagi sesetengah kanak-kanak, ‘kawannya’ mungkin datang sesekali atau muncul selang beberapa hari, manakala bagi yang lain ‘kawan’ itu adalah teman sepanjang masa. Anak anda akan melayan ‘kawannya’ seperti melayan kawan sebenar, kawan yang dilihatnya setiap hari dan boleh bermain bersama. Jadi, jangan terperanjat jika si manja memberitahu anda bahawa anda mungkin terpijak ‘kawannya’, atau anda duduk di tempatnya, atau meminta anda menyediakan tempat untuk ‘kawannya’ di meja makan apabila tiba waktu makan.

Adakah si manja anda kesunyian?

Bermain dengan kawan khayalan tidak bermakna anak anda kesunyian. Ia mungkin hanya bermakna si manja seronok bermain dengan seseorang selain kawan SEBENAR yang biasa menjadi teman sepermainannya setiap hari. Kawan khayalan membantu si manja anda berfikir secara lebih kreatif, membolehkan mereka melakukan sesuatu dengan cara yang berlainan. Ini juga adalah satu cara yang membolehkan anak anda mempraktikkan kemahiran sosial, agar mereka berasa lebih selesa dan lebih yakin apabila bertemu dengan kawan betul yang sebaya dengan mereka. Ada kalanya, mereka berpura-pura mempunyai kawan khayalan sematamata kerana ingin mempunyai seseorang yang boleh dikuasai dan mengikut telunjuk mereka, lebih-lebih lagi jika semua orang di sekeliling mereka cuba mengawal tindakan mereka. Kawan khayalan mungkin juga bertindak sebagai teman yang boleh dipercayai – tempat mencurah rahsia dan isi hati, kerana anak-anak kecil juga mempunyai isu yang terlalu peribadi atau takut diketahui oleh orang dewasa.

Sebahagian daripada proses membesar

Ramai pakar mengakui bahawa kawan khayalan adalah sebahagian daripada norma hidup dan perkembangan kanak-kanak. Kawan khayalan bukan menimbulkan masalah, sebaliknya mereka boleh membantu anak-anak anda menangani beberapa tekanan dalam hidup mereka, dan juga melenyapkan sesetengah daripada ketakutan mereka. Apabila si manja memujuk ‘kawannya’ yang takut gelap, ini mungkin bermakna bahawa anak anda sebenarnya yang takut berada di tempat gelap. Dengan memujuk ‘kawannya’, bermakna si manja juga cuba mengatasi ketakutannya sendiri. Ia juga mungkin bermakna anda terlalu mendesak anak-anak lebih daripada yang sepatutnya, atau mengenakan terlalu banyak peraturan untuk mereka, menyebabkan mereka menyalahkan kawan khayalan mereka apabila mereka berkelakuan buruk atau melakukan kesilapan.
Ambil perhatian!
Si manja mungkin cuba memanipulasi anda menggunakan kawan khayalannya. Ada kalanya, kanak-kanak menggunakan ‘kawan’ mereka untuk mengelakkan daripada melakukan sesuatu yang tidak diingini.

Kalau anda tak boleh kalahkan mereka, ikut rentak mereka!

Ikut rentak si manja jika anda tidak pasti bagaimana untuk memberi respons kepada kawan khayalannya:
  • Jika si manja tidak mahu berkongsi ‘kawannya’, jangan cuba untuk bermain dengan mereka melainkan anda diminta. Biasanya anda akan diminta menyediakan sesuatu, seperti tempat untuk kawannya makan bersama, atau diminta tidak duduk di kerusi tertentu.
  • Si manja mungkin menggunakan ‘kawannya’ untuk "dipersalahkan" bagi sesetengah daripada perbuatan yang dilakukan, seperti menumpahkan susu atau memecahkan pasu bunga. Anda boleh mengajarnya dengan memberitahu si manja bahawa kemalangan boleh berlaku dan dia bersama ‘kawannya’ boleh membantu anda membersihkan tumpahan atau memungut serpihan pasu.
  • Cuba beri peluang kepada anak anda untuk bertemu dan bermain dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Jika permainan dan aktiviti bersama mereka cukup menyeronokkan, minatnya terhadap ‘kawan istimewa’ akan beransur-ansur hilang dan si manja lebih suka bercampur gaul dengan budak lain.
  • Jangan memperbodohkan anak anda sekiranya dia mempunyai kawan khayalan, tetapi galakkannya supaya lebih berkawan dengan rakan sebayanya. Menghukum anak kerana mempunyai kawan khayalan boleh membawa lebih keburukan daripada kebaikan.

Kawan khayalan biasanya tidak menimbulkan masalah, dan jika si manja seronok bermain dengan budak lain dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama anda dan mereka, tidak ada apa-apa yang perlu anda risaukan. Apabila mereka besar dan mempunyai lebih ramai kawan ‘sebenar’ dan dapat menangani ketakutan mereka dengan lebih baik lagi, kawan khayalan mereka akan hilang dengan sendiri. Seandainya si manja anda terus memilih kawan khayalan sebagai teman bermain daripada menghabiskan masa dengan rakan sebayanya, anda patut renungkan apa yang sebenarnya berlaku dalam hidupnya dan berusaha untuk membolehkan anak anda merasai keseronokan bermain dalam kehidupan sebenar.



Original post by : http://www.mypositiveparenting.org/bm/cd_psychology.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... -----LINK WITHIN-------- -----TIK TOK TIK TOK-----

-----TIK TOK TIK TOK----- -----WELCOME TO MY BLOG-----

-----WELCOME TO MY BLOG-----